Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.
(Al-Imran:104)
Perkongsian Kuliah Kesempurnaan Solat oleh Ustaz Zakaria sebentar tadi:
- Hidup dalam jemaah menenangkan. - Kes halusinasi di UPSI, kawan serumah dengan anak ustaz. Mangsa terdengar bisikan suara. Mangsa seorang pelajar yang baik. - Syarat-syarat sah mengikut imam.
- Makmum wajib niat ikut imam. Imam perlu niat untuk dapatkan pahala,
jika tidak masih sah namun pahala jemaah tak dapat pada imam. -
Sentuh imam semasa solat, bukan sebelum solat. Haram mengganggu semasa
orang lain sedang bersolat. Tak perlu tepuk pun tidak mengapa. -
Tidak boleh mendahului imam walaupun satu rukun, kecuali salah sangka
semasa rukuk (ustaz memberi perumpamaan orang yang dimain-mainkan semasa
solat, menyangka imam telah iktidal sedangkan belum melakukannya). - Rukun hanya pada salam pertama solat. Makmum boleh memberi salam semasa imam memberi salam kedua. Salam kedua sunat sahaja. - Permasalahatan mubaligh yang memanjangkan suara dan menguatkan suara. - Masalah memakai tirai di dalam masjid.
- Kalau jemaah tak nampak imam, boleh hanya mendengar (dalam tempat
yang sama), ataupun jika tak dengar asalkan boleh nampak saf terakhir
yang mengikut imam (dalam tempat yang sama). - Tidak sah jika tidak berada pada tempat yang sama. Umpamanya mengikut solat jemaah dari siaran langsung di televisyen.
- Hendaklah jemaah berada dalam satu bangunan, tak lebih 300 hasta,
tidak ada dinding penghalang yang boleh menghalang pergerakan makmum
sampai ke tempat imam, walaupun di jalan raya. - Soalan dari jemaah surau. - Permaslahatan solat di Kaabah mengikut imam. - Jika imam tidak membaca doa qunut dan tidak sujud sahwi, tak perlu makmum melakukannya.
- Penyelesaian dan cadangan bagi yang liat untuk bagun subuh: pasangkan
penggera lagu yang dibenci, pesan pada ruh tidur, dan banyakkan membaca
fadilat solat subuh. - Masalah senyum berlawanan jantina, ataupun sekadar tundukkan pandangan. Boleh senyum jika tiada syahwat dan fitnah. - Masalah mak nyah yang bersolat jemaah: di mana kedudukannya? Di tengah-tengah bagi yang khunsa.
- Mufarakah ketika imam silap: terkena najis, tersilap rukun, yang mana
setelah ditegur imam masih tidak menyedari, boleh mufarakah. -
Permasalahatan perempuan haid di masjid: ada pendapat mengharamkan
terus, dan ada yang membenarkannya, asalkan tidak mengotori masjid. -
Permasalahatan orang kafir memasuki masjid: Boleh untuk tujuan dakwah
Islamiah, asalkan terpelihara dari kotoran dan pendedahan aurat.
Perkongsian Kuliah Maghrib oleh Ustaz Salleh sebentar tadi:
Pemuda penggerak Islam masa depan.
Apakah peranan anak muda? Kembali pada matlamat penciptaan, ubudiyyah (penghambaan) kepada Allah SWT.
Manusia sebagai khalifah, mentadbir bumi mengikut ketentuan Allah SWT.
Manusia menanggung amanah yang terbesar, tidak boleh ditanggung oleh mana-mana makhluk.
Telah tercatat di pintu syurga Rasulullah sebagai manusia terbaik.
Kisah permohonan nabi Adam yang 'mencemburui' umat Rasulullah SAW.
Apakah peranan Yaumul Mahsyar? Sebagai bukti adanya perhitungan,
keadilan Allah SWT. Hatta kambing yang menanduk kambing yang lain akan
dibangkitkan untuk diadili.
Salah satu sebab Abu Jahal menentang
Islam adalah disebabkan engkar dengan hari perhitungan, mereka takut
akan hal kezaliman yang mereka lakukan.
Harta dunia tidak akan pernah memuaskan manusia. Manusia hanya boleh 'ditambat' dengan hidayah Allah SWT.
Pelik bagi orang beriman, kerana mereka memperoleh kebaikan pada
semua hal keadaan. Sakit bersyukur dengan kiffarah dosa, sihat bersyukur
dengan nikmat.
Takrif wara': tak melakukan dosa besar, tak
berterusan melakukan dosa kecil. Menunjukkan manusa tak terlepas dari
dosa, melainkan nabi-nabi yang maksum.
Kita hanyalah pendorong,
hidayah Allah yang mengubah hati manusia. Syaitan pun tidak mampu mengubah hati manusia, mereka hanya mempengaruhi. Rasulullah tidak mampu
mengislamkan Abu Talib, bapa saudara sendiri.
Biro Kerohanian dan Moral akan menganjurkan satu kuliah maghrib yang bertajuk "Apa Baktimu Anak Muda Idaman Syurga" yang akan disampaikan oleh Ustaz Salleh. Segala butiran adalah seperti berikut:
Seringkali kata-kata itu kita lafazkan. Namun, adakah ia benar-benar lahir ikhlas dari hati atau hanya zahir di mulut sahaja? (tepuk dada tanya iman)
Kata Saidina Ali bin Abi Talib: Sesungguhnya keagungan Allah sentiasa bertapak dalam hati, apa yang mereka lihat selainNya adalah kecil belaka.
Cuba faham dan cerna kata-kata Saidina Ali Karamallahu Wajhah tersebut.
Cuba hayati maksud Hadis ni pula.
Jadi, soalan buat pembaca sekalian, dimana kita letak Allah dihati kita? Berapa kerap kita mengingatinya? Adakah kita hanya ingat padanya tatkala masa susah sahaja? Dan soalan yang paling penting, apa BUKTI CINTA kita pada-Nya?
Sama-sama kita muhasabah dan perbaiki diri dalam mencari reda Ilahi.
It was narrated from Abu Sa'eed al-Khduri that the Prophet (peace and
blessings of be upon him) said: "Whoever reads Surat al-Kahf on Friday,
he will be illuminated with light between the two Fridays." Narrated by
al-Hakim
Enjoy the song and try to understand the lyric posted...
IT'S JUMUAH - Lyric
5AM Waking up for Fajr
Got to make Wudu, got to pray my Sunnah
Got to make Ghusl, got to clip my nails
Looking outside, the sun is rising up in the sky
Everybody's rushing
Got to get down to the masjid
Got to say "Salam!" to the Imam
Sitting in the first Saff (row), chilling in the back Saff (row)
Got to make my mind up... Do what the prophet did!
It's Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to His mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to the Ajr
Miswaking!, Miswaking!
Miswaking!, Miswaking!
Pray, Pray , Pray, Pray
Got to read Surat Al-Kahf
12:45 the Imam's on the minbar, talking about something like "Fiqh Az-Zakat"
They're whispering, chatting from the crowd, don't they know that it's haram
I stand up, you stand up, prayer's about to start "Qad, Qaamat es-Salaah"
Foot to foot! shoulder to shoulder! Just don't step on me!
Sitting in the first Saff (row), chilling in the back Saff (row)
Got to make my mind up... Do what the prophet did!
It's Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to his mercy, mercy
“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.
Rebat RM200
-
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum w.b.t.
Dalam Pembentangan Bajet 2013 Malaysia kali ini, Pakej Komunikasi Belia
yang merupakan salah satu proje...
SALAM MAAL HIJRAH 1433H
-
Sekali lagi awal tahun Hijrah berkunjung lagi. Kini bermulalah tahun 1433
Hijrah dalam kalendar umat islam.
Awal muharram adalah perayaan bagi umat Islam...
Pengenalan Organisasi
-
Pihak Pengurusan:
Unit Pembangunan Insan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), IPG Kampus Ipoh
Objektif:
- Membentuk sahsiah dan akhlak yang mulia berlan...