Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)
Showing posts with label Aktiviti Biro. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Biro. Show all posts

Monday, August 6

1

Risalah Ramadan Edisi 3

Bismillahiroohmanirrohim..

Sukacita di maklumkan bahawa Risalah Ramadan Edisi ke-3 telah selamat diterbitkan..
Moga bermanfaat.


Risalah Ramadan Edisi 3


Juga boleh di download di sini.



More

Wednesday, July 25

0

Risalah Ramadan Edisi Ke-2

Bismillahirrohmanirrohim...

Segala pujian kita rafakkan pada Sang Pencipta atas segala nikmatnya keatas kita..

Seperti yang dijanjikan, Risalah Ramadan Edisi Kedua telah diterbitkan.. Moga bermanfaat..

Risalah Ramadhan_2_2


Juga boleh di download di sini..


More

Wednesday, May 9

0

60 Minit bersama Timbalan Mufti Perak

Bismillahirrohmanirrohim..

Pada 10 Mei 2012 Biro Kerohanian dan Moral akan menganjurkan Program 60 Minit bersama Timbalan Mufti bertempat di puast Islam Al-Hidayah. IPG Kampus Ipoh. Maklumat adalah seperti berikut.

Sila Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas





More

Friday, May 4

1

"Bolehkah Aku Berubah?"

Bismillahirrohmanirrohim


Biro Kerohanian dan Moral akan menganjurkan Forum Siswa yang bertajuk "Bolehkah Aku Berubah?". Segala butiran adalah seperti berikut.


Sila klik untuk paparan lebih jelas.

More

Tuesday, April 24

0

Kesempurnaan Solat 23/4/12

Bismillahirrohmanirrohim...

Perkongsian Kuliah Kesempurnaan Solat oleh Ustaz Zakaria sebentar tadi:
- Hidup dalam jemaah menenangkan.
- Kes halusinasi di UPSI, kawan serumah dengan anak ustaz. Mangsa terdengar bisikan suara. Mangsa seorang pelajar yang baik.
- Syarat-syarat sah mengikut imam.
- Makmum wajib niat ikut imam. Imam perlu niat untuk dapatkan pahala, jika tidak masih sah namun pahala jemaah tak dapat pada imam.
- Sentuh imam semasa solat, bukan sebelum solat. Haram mengganggu semasa orang lain sedang bersolat. Tak perlu tepuk pun tidak mengapa.
- Tidak boleh mendahului imam walaupun satu rukun, kecuali salah sangka semasa rukuk (ustaz memberi perumpamaan orang yang dimain-mainkan semasa solat, menyangka imam telah iktidal sedangkan belum melakukannya).
- Rukun hanya pada salam pertama solat. Makmum boleh memberi salam semasa imam memberi salam kedua. Salam kedua sunat sahaja.
- Permasalahatan mubaligh yang memanjangkan suara dan menguatkan suara.
- Masalah memakai tirai di dalam masjid.
- Kalau jemaah tak nampak imam, boleh hanya mendengar (dalam tempat yang sama), ataupun jika tak dengar asalkan boleh nampak saf terakhir yang mengikut imam (dalam tempat yang sama).
- Tidak sah jika tidak berada pada tempat yang sama. Umpamanya mengikut solat jemaah dari siaran langsung di televisyen.
- Hendaklah jemaah berada dalam satu bangunan, tak lebih 300 hasta, tidak ada dinding penghalang yang boleh menghalang pergerakan makmum sampai ke tempat imam, walaupun di jalan raya.
- Soalan dari jemaah surau.
- Permaslahatan solat di Kaabah mengikut imam.
- Jika imam tidak membaca doa qunut dan tidak sujud sahwi, tak perlu makmum melakukannya.
- Penyelesaian dan cadangan bagi yang liat untuk bagun subuh: pasangkan penggera lagu yang dibenci, pesan pada ruh tidur, dan banyakkan membaca fadilat solat subuh.
- Masalah senyum berlawanan jantina, ataupun sekadar tundukkan pandangan. Boleh senyum jika tiada syahwat dan fitnah.
- Masalah mak nyah yang bersolat jemaah: di mana kedudukannya? Di tengah-tengah bagi yang khunsa.
- Mufarakah ketika imam silap: terkena najis, tersilap rukun, yang mana setelah ditegur imam masih tidak menyedari, boleh mufarakah.
- Permasalahatan perempuan haid di masjid: ada pendapat mengharamkan terus, dan ada yang membenarkannya, asalkan tidak mengotori masjid.
- Permasalahatan orang kafir memasuki masjid: Boleh untuk tujuan dakwah Islamiah, asalkan terpelihara dari kotoran dan pendedahan aurat.




More

Tuesday, August 24

2

Program Ihya Ramadhan 2010 / 1931 H



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Ramadhan yang mulia menjelma lagi yang pastinya menjanjikan ganjaran pahala yang berlipat ganda kepada umat Islam yang benar-benar menghayatinya dengan memperbanyakkan amalan di bulan ini.

Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Kampus Ipoh sekali lagi mengadakan program tahunan sempena Ramadhan iaitu Program Ihya' Ramadhan. Seperti mana Ramadhan-Ramadhan sebelum ini pengisian sepanjang Ihya' Ramadhan pada tahun ini termasuklah:

1. Majlis Berbuka Puasa (Iftar Jama'i)

Majlis berbuka puasa pada tahun ini seperti mana tahun-tahun lepas iaitu setiap Jabatan-Jabatan di IPG Kampus Ipoh akan bergilir-gilir bergotong-royong menyediakan juadah berbuka puasa atau menaja juadah berbuka untuk semua pelatih guru yang berpuasa di Pusat Islam.

Berikut ialah jadual giliran penyediaan juadah berbuka puasa:



Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.

(At-Tirmidzi)


Muslimat mengembeling tenaga menyediakan juadah berbuka puasa


Tenaga muslimin memasak juadah berbuka puasa



Persiapan untuk majlis berbuka puasa yang akan dihadiri seramai 300 lebih jemaah


Pelatih-pelatih mengikut unit yang telah ditugaskan untuk membantu Jabatan menyediakan juadah



Berbuka puasa di Pusat Islam Al-Hidayah


Hadith riwayat Ibn Majah dan al‐Hakim, daripada Ibn Umar bahawa Nabi bersabda maksudnya: " Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak."


2. Solat Tarawikh Berjemaah

Seoperti kebiasaan di bulan Ramadhan, solat tarawikh secara berjemaah di mana imam dan bilal terdiri daripada pelatih-pelatih guru IPG Kampus Ipoh.

3. Kuliah Tujuh Minit (KULTUM)

KULTUM dijalankan diantara selepas empat rakhaat Solat Sunat Tarawikh yang disampaikan secara bergilir-gilir oleh para pelatih guru IPG Kampus Ipoh.


Moreh:

Aktiviti moreh pula dibuat selepas solat terawih berjemaah di Pusat Islam Al-Hidayah. program ini juga diadakan pada hari Isnin dan Khamis sepanjang bulan Ramadhan untuk para pelajar dan para pensyarah. program ini juga akan diuruskan oleh unit yang bertugas untuk menguruskan iftar jam'ie pada hari tersebut. motif program ini juga adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara setiap pelajar dan pensyarah yang hadir untuk solat terawih berjemaah di Pusat Islam Al-Hidayah.








4. Radio Ramadhan

Sebagai pengisian rohani di bulan Ramadhan, radio ramadhan diteruskan di Pusat Islam Al-Hidayah dalam memberikan pengisian rohani tentang Ramadhan kepada semua pelatih yang berada di Pusat Islam sambil menunggu waktu berbuka puasa.

Penyampai radio ramadhan juga terdiri daripada pelatih-pelatih guru IPG Kampus Ipoh

Biro Agama dan Kerohanian sangat mengalu-alukan para pelatih guru IPG Kampus Ipoh untuk sama-sama menjayakan program Ihya' Ramadhan agar setiap daripada kita dapat mengecap nikmat pahala dan rahmat di sisi Allah.

Di bulan mulia ini juga, Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Kampus Ipoh mengajak semua warga muslim IPG Kampus Ipoh untuk meningkatkan amalan kepada Allah Taala. Solat Berjemaah di Pusat Islam, surau atau masjid serta amalan bersedekah hendaklah ditingkatkan sepanjang bulan Ramadhan ini dan diharap akan berterusan di bulan-bulan lain.

Hayatilah madrasah Ramadhan ini dengan sepenuhnya agar kita semua memperoleh redha Allah di akhirat kelak.

"Salam Ramadhan Kareem"
More

Saturday, July 24

0

ZOOM IN HALAL


TARIKH :

25 JULAI 2010

ANJURAN :
LUJNAH MAKANAN BIRO AGAMA DAN KEROHANIAN JPP

ANTARA AKTIVITI MENARIK:

1) PERTANDINGAN MENGHIAS KEK

MASA : 8.00 PAGI-12 TENGAHARI

TEMPAT : CAFETERIA ASRAMA

SYARAT PERTANDINGAN:
• Terbuka pada semua pelatih muslim dan non-muslim IPGKI
• Penyertaan adalah secara berkumpulan dan setiap kumpulan terdiri 3 orang ahli
• Yuran pendaftaran adalah RM 6 bagi setiap kumpulan
• Pihak pneganjur akan menyediakan bahan asas sahaja iaitu sebiji kek dan aising.
• Setiap kumpulan DIBENARKAN untuk membawa bahan tambahan lain sekiranya ingin mencantikkan lagi kek kumpulan mereka
• Borang boleh didapati dari NAJIBAH MUSA 0198484384 / FAWIZA 0194194190 / AZIZI HARUN 0132733069 / SHAMSURI 0137163649






2) CERAMAH MAKANAN HALAL


MASA : 7.30 – 9.30 MALAM
TEMPAT : PUSAT ISLAM AL-HIDAYAH
PENCERAMAH : HJ MAT YUSOF B ABD. LATIF
Pegawai Pendidikan Consumer Association Penang ( CAP )



SEMUA PELATIH MUSLIM DIWAJIBKAN HADIR
More

Friday, April 30

0

TENTATIF HARI MAHABBAH 2010

"HARI MAHABBAH 2010"




TARIKH :

1 & 2 MEI 2010 (SABTU DAN AHAD)

MASA :
7.30 malam (SABTU)
hingga
10.00 pagi (AHAD)

TEMPAT:
Pusat Islam Al-Hidayah IPG Kampus Ipoh



More

Monday, February 1

1

Bulan Penghayatan Solat IPG Kampus Ipoh

“SOLAT MEMBINA BUDAYA CEMERLANG”




"Bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan."

(Al-Ankabut: 45)

Sepanjang Februari, Lujnah Tarbiah Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Kampus Ipoh akan mengadakan "Bulan Penghayatan Solat Peringkat IPG Kampus Ipoh 2010"


Bulan Penghayatan Solat ini diadakan untuk menggalakkan guru-guru pelatih muslim untuk mengimarahkan surau dan menunaikan solat secara berjemaah. Kempen ini dapat memupuk sifat perpaduan dan merapatkan lagi hubungan silaturahim antara pelatih muslim IPIP. Melalui kempen ini juga, seribu manfaat boleh diperolehi para guru pelatih dan pensyarah sekaligus membentuk insan yang diberkati Allah. InsyaAllah. Selaras dengan visi Biro Agama dan Kerohanian iaitu ke arah penerapan Islam menyubur biah solehah.

Objektif Karnival:

1. Memupuk dan menggalakkan amalan solat berjemaah.

2. Meningkatkan bilangan jemaah di Pusat Islam Al-Hidayah.

3. Memberi pengetahuan tentang kelebihan, kepentingan dan meningkatkan kualiti solat.

Sepanjang Februari, pelabagai aktiviti diaturkan kepada semua pelatih muslim IPG Kampus Ipoh. Berikut adalah rumusan aktiviti-aktiviti sepajang Bulan Penghayatan Solat:

TARIKH

HARI

PROGRAM

HURAIAN

1 FEB

ISNIN

SMART SOLAT

TAJUK: KESILAPAN DALAM RUKUN QAULI

PENCERAMAH: UST IDRIS

2 FEB

SELASA

3 FEB

RABU

4 FEB

KHAMIS

PELANCARAN BULAN PENGHAYATAN SOLAT

CERAMAH : PERANAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN MUSLIM

- PERANAN SOLAT

- FALSAFAH SOLAT

5 FEB

JUMAAT

QIAMMULAIL MINGGUAN/

6 FEB

SABTU

KURSUS IMAM DAN BILAL

7 FEB

AHAD

BENGKEL SOLAT

PAGI- PETANG

-AMALI TOHARAH

8 FEB

ISNIN

SMART SOLAT

TAJUK : KHUSYUK

PENCERAMAH: USTAZ AS’AD

9 FEB

SELASA

SMART SOLAT

TAJUK: KESILAPAN DALAM RUKUN QALBI

PENCERAMAH: UST PAHARUDDIN

-

10 FEB

RABU

HELWI-MADAH SISWA

11 FEB

KHAMIS

SMART SOLAT

KULIAH MAGHRIB: KESILAPAN RUKUN FI’LI

PENCERAMAH : UST RAZIMI

12 FEB

JUMAAT

13 FEB

SABTU

14 FEB

AHAD

CHINESE NEW YEAR

15 FEB

ISNIN

CHINESE NEW YEAR

16 FEB

SELASA

17 FEB

RABU

18 FEB

KHAMIS

19 FEB

JUMAAT

20 FEB

SABTU

21 FEB

AHAD

22 FEB

ISNIN

SMART SOLAT

KULIAH MAGHRIB : SOLAT JEMAAH : PANDUAN DAN PERMASALAHAN

23 FEB

SELASA

SMART SOLAT

TAJUK:IMAM BILAL

-KUIZ : IKUT UNIT

24 FEB

RABU

HELWI-MADAH SISWA

25 FEB

KHAMIS

SKETSA:

-SEJADAH KIAN KUSAM

-TENTANG KEMATIAN

-LUJNAH KESENIAN

26 FEB

JUMAAT

MAULIDUR RASUL

QIAMMULAIL PERDANA

BERMULA SELEPAS MAGHRIB

-LEPAS ISYAK TAYANGAN TENTANG QIAMMULAILL

-MUSLIMIN DI SRI SIANTAN

-MUSLIMAT DI PUSAT ISLAM

-SUBUH BERJEMAAH

-KULIAH SUBUH

-AHLI BIRO WAJIB

27 FEB

SABTU

QIAMMULAIL PERDANA

4 MAC

KHAMIS

PENUTUPAN BULAN PENGHAYATAN SOLAT




SMART SOLAT SIRI 1 (2 Februari 2010)



Smart Solat Siri 1 Bersama Ustaz Idris b Zainal Abidin, Pensyarah JAPIM IPG Ipoh
mengupas tajuk kesilapan dalam solat berkenaan rukun Qauli

AYUH BERSAMA-SAMA MENYOKONG PROGRAM INI!!!

More
Powered by Blogger.