Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)

Thursday, August 20

0

Marhaban Ya Ramadhan



Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak.....

Syaaban Yang Menjelma kini bakal meninggalkan kita dan Ramadhan semakin mendekati kita membawa seribu satu rahmat kepada umat Islam yang menginginkan rahmatnya...

“Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Bahwa sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda : Ketika datang bulan Ramadhan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk shaum, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, Syaitan-Syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya (tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini).

(Hadith Riwayat Ahmad, Nasai dan Baihaqy)

(Gambar Hiasan)

Ramadhan ini lakukanlah amalan-amalan berikut:

1. Berwawasan dan tidak sengaja meninggalkan puasa

"Barangsiapa tidak puasa pada bulan Ramadhan sekalipun sehari tanpa alasan rukhshah atau sakit, hal itu (merupakan dosa besar) yang tidak boleh ditebus bahkan seandainya ia berpuasa seumur hidup."

(HR. At Turmudzi).

Bukanlah (hakikat) puasa itu sekadar meninggalkan makan dan minum, melainkan meninggalkan perbuatan sia-sia (tidak bernilai) dan kata-kata bohong."

(HR. Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah).

"Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh Iman dan kesungguhan, maka akan diampuni dosa-dosa yang pernah dilakukan."

(HR. Bukhori, Muslim dan Abu Daud).

2. Sebolehnya Usah Tinggal Amalan Bersahur Walaupun Seteguk Air

Sabda Rasulullah bermaksud : "Makanan sahur semuanya bernilai berkah, maka jangan anda tinggalkan, sekalipun hanya dengan seteguk air. Allah dan para Malaikat mengucapkan salam kepada orang-orang yang makan sahur."

(HR. Ahmad)

3. Quamullai

Dalam sebuah hadits Rasulullah bersabda:

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّم مِنْ ذَنْبِهِ. (أخرجه البخاري ومسلم)

“Barangsiapa yang menunaikan qiyamul lail pada bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala, nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”

(HR. Al-Bukhari dan Muslim)

4. Banyakkan Membaca Al-Quran

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Puasa dan Al-Qur’an itu akan memberikan syafaat kepada hamba di hari kiamat. Puasa akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalangi-nya dari makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku memberikan syafa ‘at untuknya.’ Sedangkan Al-Qur’an akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dan tidur di malam hari, maka perkenankan aku memberikan syafaat untuknya. ‘Maka Allah memperkenankan keduanya memberikan syafaat.”

(HR. Imam Ahmad dan Ath Thabrani)

5. Banyakkan sedakah jariah

Nabi S.A.W bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِمْ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا

“Barang siapa memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya sama pahala mereka tanpa mengurangi sedikit pun dari pahala mereka.”

(HR Tirmidzi, Ibnu Majah dan Darimi)

6. Zakat Fitrah

"Pada hari-hari terakhir bulan Ramadhan amal yang disunnahkan oleh Rasulullah SAW ialah membayar zakat fitrah, suatu kewajiban yang harus dipenuhi oleh umat Islam baik laki-laki maupun perempuan, baik dewasa mahupun anak-anak"

(HR. Bukhari Muslim).

7. Banyakkan taubat nasuha

"Selama sebulan penuh, secara berduyun-duyun umat kembali kepada Allah yang Maha Pemurah juga Maha Pengampun. Dia Dzat yang menyampaikan bahawa pada setiap malam bulan Ramadhan Allah membebaskan banyak hambaNya dari api nereka"

(HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah)

"Oleh itu sempena bulan Ramadhan ini, sama-samalah kita setting niat, upgrade amal, redeam pahala banyak-banyak, delete dosa-dosa dan upload pahala banyak-banyak..."



"Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1430 H kepada semua mahasiswa IPG khususnya IPG Ipoh daripada Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Ipoh"
More

Friday, August 7

0

Syaaban Yang Istimewa



Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab bulan Allah dan Syaaban itu bulanku, manakala Ramadan itu bulan umatku."
(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Istimewanya bulan Syaaban berbanding bulan-bulan lain ialah sehinggakan Rasulullah menganggapnya sebagai bulan baginda. Di mana dalam bulan ini, Rasulullah banyak melakukan ibadat kepada Allah.

Syaaban bermaksud berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana pada bulan itu masyarakat Arab dulu bertempiaran ke serata tempat untuk mencari air, sehingga ada yang mencarinya sampai ke gua.

Ia juga diertikan demikian kerana menjadi 'bulan pemisah' iaitu memisahkan antara bulan Rejab dan Ramadan.

Amalan Yang Dituntut Dalam Bulan Syaaban

Dalam bulan Syaaban, kita dituntut melakukan sebanyak mungkin amalan sunat seperti puasa sunat dan solat sunat mengikut kemampuan kita sepertimana hadith Rasulullah yang bermaksud:

Aisyah r.a. juga berkata: Sesungguhnya ia (Nabi Muhammad) berpuasa pada bulan Syaaban keseluruhannya dan baginda bersabda: Laksanakanlah amalan sedaya yang kamu mampu, sesungguhnya Allah SWT tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Dan sebaik-baik solat (sunat) pada sisi Rasulullah SAW ialah yang berterusan meskipun sedikit, kerana baginda apabila solat (sunat) baginda akan sentiasa terus melakukannya.
(riwayat Bukhari dan Muslim).


Di dalam riwayat yang lain Ummu Salamah r.a berkata: Aku tidak pernah melihat baginda SAW berpuasa berturut-turut melainkan pada bulan Syaaban dan Ramadan.
(riwayat Tirmidzi).


"Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada Ramadan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak di bulan Syaaban."
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Dalam bulan ini juga kita dituntut untuk memperbanyakkan amalan-amalan dan tidak termaktub kepada amalan-amalan tertenti kecuali puasa sunat yang diterangkan dalam hadith-hadith Rasulullah S.A.W

Oleh itu, sempena bulan Syaaban yang hanya tinggal separuh bulan lagi, ayuh sama-sama rebutlah peluang untuk menggandakan pahala dengan ibadat-ibadat kepada Allah

Semoga ianya pentarbiahan dan persediaan yang baik untuk kita bagi menempuh Ramadhan Al-Mubarak...

Seafdalnya banyakkan ibadat di bulan Syaaban seperti mana Rasulullah S.A.W amalkan
More

Thursday, August 6

0

Influenza A H1N1 : Solat Zuhur Berjemaah, Solat Hajat & Tazkirah

Salam perjuangan kepada semua sahabat-sahabat terutama di IPG-IPG semoga anda semua di dalam keadaan sihat walafiat. Salam teristimewa kepada sahabat-sahabat di IPG Kampus Ilmu Khas, IPG Sultan Mizan, IPG Perempuan Melayu Melaka dan IPG-IPG yang diarahkan tutup selama seminggu kerana wabak Influenza A H1N1.

Alhamdulillah, setakat ini IPG Kampus Ipoh masih lagi berupaya beroperasi seperti biasa dan tiada kes-kes yang serius sehingga membawa kepada penutupan kampus buat sementara. Begitu juga dengan program tarbiah dan dakwah di kampus, semakin menular wabak ini, semakin rancak program Biro. Antaranya di bawah Sub Unit Kerohanian dan Moral HEP, bermula 4 Ogos, para mahasiswa mahasiswi IPG Ipoh digalakkan solat Zuhur secara berjemaah di Pusat Islam Al-Hidayah pada pukul 1.20 tengahari. Program kemudian diteruskan dengan Solat Hajat memohon perlindungan daripada Allah S.W.T daripada sebarang wabak. Tidak ketinggalan, ustaz juga menyampaikan tazkirah ringkas kepada semua jemaah sebelum selesai pada pukul 2.00 petang.

Ustaz Zakaria sedang menyampaikan tazkirah selepas solat Zuhur berjemaah



Para jemaah sedang khusyuk mendengar tazkirah ustaz

Program ini akan berterusan dalam usaha dan ikhtiar kita menangani wabak ini dan ia turut menilai tahap pergantungan kita kepada Allah S.W.T. dan semoga Allah memberkati program sebegini.
More
Powered by Blogger.