Penulis : Mohd Dzul Khairi Mohd Noor
Terbitan : Ilham Centre
Tentang Buku Ini:Buku ini memuatkan 50 kata-kata tokoh Islam terkemuka dalam lipatan sejarah. Ia merupakan himpunan kata-kata yang mampu memberikan motivasi dan semangat untuk para pembaca.
Antara tokoh-tokoh berpengaruh ialah Khalid al-Walid, Sa'ad bin Abi Waqas, Muhammad bin Kannasah, Umar bin Abdul Aziz dan juga Abu Ubaidah bin Amir ar-Jarrah. Selain daripada itu, turut dimuatkan kisah di sebalik terungkapnya kata-kata itu berserta kupasan oleh penulis itu sendiri.
Pendekatan Penulisan :1. Tidak memasukkan fakta atau kupasan yang lemah daya dan kualiti isinya
2. Menggunakan laras bahasa yang tidak terlalu berat dan bombastik
3. Memanfaatkan beberapa karya berat seperti tulisan Dr Muhammad Sayyid Wakil berkaitan wajah baru dunia Islam, karya Ibnu Khaldun, karya al-Mubarakfuri, al-Kilani, Syed Amir Ali dan ramai lagi.
Siapa Yang Sewajarnya Memiliki Buku Ini :1. Para pencinta ilmu dan maklumat sejarah yang jarang diselak penceramah biasa
2. Pemimpin persatuan yang mendahagakan kata-kata berpengaruh untuk mempengaruhi pendengar pidatonya
3. Nuqaba yang mahu memotivasi ahli usrahnya dan memperkaya maklumat dalam pemikiran mereka
“Islam sarat dengan tokoh, namun malang ramai kita tidak mengenali mereka yang pernah mewarnai dunia ini dengan semangat luarbiasa dakwah mereka. Sejarah telah mendesak-desak saya agar mengadakan pengembaraan dan kelana ke negara-negara luar. Banyak karya-karya berat telah membuka paradigma dan dogma pemikiran saya yang sempit. Sehingga dengan itu, saya terkena virus penyakit malas bekerja semata-mata kerana rasa ingin membaca dan menulis yang meluap-luap.” – Mohd Dzul Khairi Mohd Noor, Presiden GAMIS
Rujukan :
rijal82.blogspot.comhttp://izzahzulaikha.wordpress.com/2009/06/12/karya-sulung-ustaz-dzul/
0 comments:
Post a Comment