Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)

Tuesday, August 23

9

Majlis Khatam al-Quran dan Ceramah Nuzul Quran


muslimin dan muslimat dijemput hadir

More

Wednesday, July 27

1

Semarak Ramadhan


“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.

More
1

Ihya' Ramadhan 1432 Hijrah


Abu Hurairah menyatakan: Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan"

(hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi)
More

Thursday, July 7

5

Professional Talk



Professional Talk
MEMBINA JATI DIRI KE ARAH KECEMERLANGAN
Disampaikan oleh:
Prof. Madya Dr. Jamil bin Hashim
Reaktor Kolej Islam Darul Ridzuan
Jumaat, 8 Julai 2011
8.00 - 9.30 pagi
Dewan Seri Tanjung IPG Kampus Ipoh
Anjuran:
Jabatan Agama Islam dan Moral
Biro Kerohanian dan Moral

Kehadiran pelatih diwajibkan. Bersama menjana professionalisme.
More

Sunday, June 26

2

Forum Perbandingan Agama



Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dengan kerjasama Jabatan Pengajian Islam dan Moral dibantu oleh Biro Kerohanian dan Moral Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh akan menganjurkan Forum Perbandingan Agama. Butirannya adalah seperti berikut:

Tarikh: 2 & 3 Julai 2011
Tempat: IPG Kampus Ipoh
Yuran Pendaftaran: RM10

Orang ramai dijemput hadir. Bersama-sama kita menambah ilmu dan pengetahuan.


TENTATIF PROGRAM

SABTU (2 JULAI 2011)

7.30 – 8.30 pg                      :               Pendaftaran peserta
8.30 – 9.00 pg                      :               Taklimat program
9.00 – 10.15 pg                    :               Pembentangan 1
                                                                “ PENTINGNYA ILMU PERBANDINGAN AGAMA”
                                                                Disampaikan oleh : Lim Jooi Soon
10.15 – 10.30 pg                 :               Rehat/Minum pagi
10.30 – 11.45 pg                 :               Pembentangan  2
                                                                “ SEJARAH PERKEMBANGAN AGAMA KRISTIAN ”
                                                                Disampaikan oleh Mohd Amin bin Yaacob
11.45 – 1.00 ptg                   :               Pembentangan 3
                                                                ASAS-ASAS KEPERCAYAAN AGAMA KRISTIAN ”
                                                                Disampaikan oleh : Lim Jooi Soon
1.00 – 2.00 ptg                     :               Makan tengahari/Solat Zohor
2.00 – 3.15 ptg                     :               Pembentangan 4
                                                                “ KATOLIK DAN PROTESTANT ”
                                                                Disampaikan oleh : Mohd Amin bin Yaacob
3.15 – 4.15 ptg                     :               Pembentangan 5
                                                                “ KOSMOLOGI ”
                                                                Disampaikan oleh : Lim Jooi Soon
4.15 – 5.15 ptg                     :               Pembentangan 6
                                                                “ SALAH TANGGAPAN TERHADAP ISLAM “
                                                                Disampaikan oleh : Lim Jooi Soon

AHAD (3 JULAI 2011)

8.00 – 9.00 pg                      :               Minum pagi
9.00 – 10.30 pg                    :               Pembentangan 7
                                                                “ PERSAMAAN ISLAM DAN KRISTIANITI ”
                                                                Disampaikan oleh : Mohd Amin bin Yaacob
10.30 – 11.45 pg                 :               Pembentangan 8
                                                                “ BIBLE STUDY “
                                                                Disampaikan oleh : Lim Jooi Soon & Mohd Amin bin Yaacob
11.45 – 12.45 tgh hari        :               Pembentangan 9
                                                                “ KEMUKJIZATAN AL-QURAN “
                                                                Disampaikan oleh : Lim Jooi Soon
12.45 – 1.15 ptg                   :               SESI SOAL JAWAB
                                                                bersama Lim Jooi Soon & Mohd Amin bin Yaacob
1.15 -  1.45 ptg                     :               Majlis Penutup
                                                                Oleh : Khairul Azhar bin Samsuddin
                                                                Ketua Unit Latihan Jabatan Agama Islam Negeri Perak.
1.45 – 2.00 ptg                     :               Bersurai
  
More

Monday, June 20

2

AHLAN WASAHLAN BAKAL-BAKAL GURU TERBILANG...

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Semester baru telahpun membuka tirainya. IPG Ipoh sekali lagi dengan berbesar hati menerima saudara-saudara baru yang datang dari pelabagai pelosok negeri pada semester kali ini. Sedekat-dekat Ipoh hinggalah sejauh-jauh Sabah dan Serawak. Pastinya semester kali ini mewarnakan lagi kehidupan di kampus IPG Ipoh.

Justeru, kami warga IPG Kampus Ipoh khususnya Biro Kerohanian dan Moral JPP,   mengucapkan ahlan wasahlan dan tahniah kepada semua pelatih baru Unit L. Semoga adik-adik unit L dapat mengadaptasi kehidupan di kampus. Kami di Biro Kerohanian dan Moral mengalu-alukan sekiranya para pelatih baru mahupun pelatih-pelatih lain memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang kemusykilan yang terbuku di hati. Diharapkan perkenalan dengan pelatih-pelatih baru ini dapat meningkatkan ukhuwah antara satu sama lain. 

Marilah sama-sama kita tingkatkan prestasi untuk semester baru ini. Tingkatkan amalan dunia dan juga beringat bekalan untuk dibawa ke akhirat.Jaga diri hiasi peribadi...(^_^)V


Mulakan kehidupan di kampus IPG Kampus Ipoh dengan semangat dan iltizam yang tinggi...Ayuh!!

More

Monday, May 16

3

~SELAMAT HARI GURU~


بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Salam guru Malaysia

Apa khabar guru-guru dan bakal guru sekalian? 16 Mei pastinya menyimpul senyuman buat semua. Meskipun belum bergelar guru, ucapan Selamat Hari Guru sudah bertandang di wall facebook mahupun di inbox message telefon bimbit. Itu belum dikira mereka yang sudah bergelar guru, berpuluhan tahun mencurah bakti di medan tarbiyah. Ucapan "Selamat Hari Guru" itu menjadi ucapan biasa di telinga.

Memegang gelaran "guru" saja sudah terasa beratnya amanah yang terpikul di pundak apatah lagi memanifestasikan tanggungjawab guru itu sendiri . Menjadi guru bukan kerjanya bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 2 petang, bukan sekadar menyemak buku anak-anak murid dengan tinta merah, bukan saban tahun menanti ucapan "Selamat Hari Guru, cikgu!" daripada anak didik. Tanggungjawab dan amanah sebagai guru menuntut lebih dari itu kerana gurulah "pencetak generasi seterusnya". Apakah 'printout' yang ingin 'dipersembahkan' adalah hasil yang pincang, hasil yang tiada gunanya kepada agama dan manusia? 'Tangan' gurulah yang mencorak anak bangsa. Hitam putih hidup mereka atas usaha guru. Ingin 'membina' jiwa mereka atau 'membunuh' hidup mereka? Gurulah pemula segalanya.



Guru itu nasihatnya mutiara, marahnya sayang, ajarannya lahir dari hati yang ikhlas, tanpa mengharapkan balasan apatahlagi hadiah-hadiah yang mahal setiapkali Hari Guru berkunjung tiba. Selagimana adanya insan bergelar guru itu, selagi itulah bertebarnya ilmu Allah di muka bumi.

Buat para guru yang tiada kenal lelah mendidik, teruskan perjuanganmu. Terima kasih atas pengorbanan mendidik, memanusiakan manusia.
Buat bakal guru, persiapkan dirimu kerana jalan yang dirintis ini kiri kanannya onak dan diri, penuh mehnah dan tribulasi.
Tiada istilah putus asa dalam hidup seorang pejuang. Guru adalah pejuang itu!


SELAMAT HARI GURU!!!

More

Monday, February 7

0

Perutusan Exco Kerohanian dan Moral JPP sempena Tahun Baru CIna



Assalamualikum dan Salam Sejahtera
Gong Xi Fa Chai! 
SAYA mewakili Biro Kerohanian dan Moral ingin mengucapkan
Gong Xi Fa Chai!
Xin Nian Kuai Le!
Gung Hay Fat Choy!
Sun Nin Fy Lok!
kepada semua masyarakat berbangsa Tionghua IPG Kampus Ipoh khususnya, kepada siswa dan siswi yang jatuh pada 3 Febuari 2011. Selamat Tahun Baru kami ucapkan.
”Perayaan Musim Bunga”  yang kini lebih dikenali sebagai Perayaan Tahun Baru Cina merupakan satu perayaan yang penting dalam kalangan Masyarakat Tionghua dan mengikut Kalendar Cina tahun ini adalah merupakan “ Tahun Arnab ”
Tahun arnab bagi masyarakat Cina merupakan tahun keempat dalam kalendar mereka. Arnab adalah isyarat bertuah serta lambang kepada kestabilan, keamanan dan ketenangan. Sepanjang tahun arnab ini sememangnya baik dan tumpuan harus diberikan kepada akademik, keselamatan diri dan kawan serta berusaha untuk me”optimum”kan pontensi diri dengan stabil.
Arnab melambangkan keamanan dan dapat dilihat dalam beberapa sudut dalam kehidupan Masyarakat Tionghua IPG KI telah pun berusaha keras bersama kaum lain menjaga keamanan. Kita dapat melihat bagaimana mesej "keamanan" yang diselitkan dalam Slot Pendidikan seperti “Speaker’s Conner” . Mungkin ada yang ingin mengetahui keunikkan “Speaker’s Conner”  Bahasa Mandarin, ( tidak terlupa pada bahasa lain) dijemputlah untuk menghadirinya. Anda pasti teruja.
Saya amat mengimpikan Slot Tulisan dalam Ruhul Jadid dalam versi selain Bahasa Melayu terus diusahakan,semoga semangat  “Tahun Arnab “ menjadi anjakan paradigma kepada kita untuk menerokai khazanah ilmu dan budaya yang tersimpan di dalamnya. Pernahkah kita terfikir, sebelum kita tinggalkan kampus ini, kita mampu berbahasa lain selain dari bahasa ibuanda terutama Mandarin. Jika diwujudkan Kelas Mandarin untuk pelatih selain Bangsa Cina, bagaimana??. Hanya sekadar cetusan idea. Tapi pada masa yang sama juga kita tidak lupakan kepada bahasa lain.
Islam adalah agama yang tidak pernah mengamalkan diskriminasi kepada sesiapapun. Lantaran itu, Islam memerintahkan penganutnya agar berlaku adil kepada semua manusia tidak mengira bangsa dan agama.
Satu perkara yang perlu diingatkan, kami penganut Agama Islam boleh meraikan perkara yang melibatkan budaya namun jika ia berkaitan dengan agama seperti perayaan melibatkan tuhan dan dewa serta unsur berlawanan adalah ditentang. Namun yang penting, “raikan kesamaan, hormati perbezaan, jagalah perpaduan.”
Terima kasih dan Xie xie.

More

Sunday, January 16

2

Karnival Penghayatan Solat Sudah Membuka Tirai

Assalamualaikum...

Rasanya, masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru bagi Tahun 1432 dan Tahun 2011. Semoga dengan pertukaran tahun baharu ini, dapatlah sama-sama kita menhijrahkan diri daripada tidak baik kepada yang lebih baik. Insya Allah.

Sebagai pembuka tirai program Biro Kerohanian dan Moral Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Ipoh, pihak Biro Kerohanian dan Moral telah bekerjasama dengan pihak Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPG Kampus Ipoh untuk menganjurkan Karnival Penghayatan Solat Kali Ke-2.

Logo Rasmi Karnival Penghayan Solat Tahun 2011/1432


Tema.

Pemantapan Akidah Menerusi Solat

Tarikh.

14 Januari 2011 hingga 11 Februari 2011. Bersamaan dengan 9 Safar 1432 hingga 8 Rabiul Awal 1432.

Objektif Program.

1. Membentuk akidah yang mantap dalam kalangan pelatih IPG Kampus Ipoh.

2. Meningkatkan pengetahuan dan memberi kesedaran kepada warga IPG Kampus Ipoh tentang kepentingan solat.

3. Menambah bilangan jemaah solat fardhu di Pusat Islam Al-Hidayah, IPG Kampus Ipoh.

4. Mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pelatih dengan pensyarah serta staf di IPG Kampus Ipoh.

5. Membina kerjasama dengan Unit Dakwah, Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).


Jadual Pelaksanaan Program.



More
Powered by Blogger.