Mengingati Peristiwa Besar Umat Islam
Walaupun setiap tahun ceramah sebegini diadakan, namun bukan kuantiti ceramah yang perlu dipersoalkan tetapi penghayatan tentang peristiwa Isra' Mikraj itu, adakah betul-betul dihayati oleh setiap daripada kita. Maka ceramah seperti ini adalah satu langkah kesedaran kepada kita umat Islam yang perlu sentiasa ingat akan peristiwa Nabi diisra' dan dimikrajkan.
Firman Allah yang bermaksud:
“Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Al-Isra’: 1)
“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.”
(An-Najm: 13-18).