Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)

Sunday, July 19

Tadarus a.k.a "Quranic Circle"


Biro Agama dan Kerohanian dengan kerjasama Jabatan Pengajian Islam dan Moral (JAPIM) akan mengadakan kelas "Quranic Circle" atau QC.

QC merupakan kelas yang berkonsepkan tadarus iaitu mebaca al-quran secara berkumpulan dan diselitkan pengisian mengikut modul-modul dalam silibus usrah.

Antara objektif QC ialah:

1. Memberikan peluang kepada para mahasiswa Islam untuk memantapkan lagi bacaan al-Qur’an dari segi tajwid, penyebutan makhraj huruf dan sebagainya.

2. Menanamkan sifat cintakan al-Qur’an dalam diri para mahasiswa.

3. Memberikan pendedahan terhadap para mahasiswa terhadap isi kandungan al-Qur’an.

4. Mengeratkan hubungan antara mahasiswa Islam.

5. Menanamkan kesedaran kepada mahasiswa Islam peri penting menguasai ilmu al-Qur’an sebagai tunjang dalam kehidupan kita seharian.

QC adalah diwajibkan untuk pelatih-pelatih muslim Ambilan Julai 2009 (unit J).

Pelaksanaan QC ialah:

1. Terdapat seorang mentor (senior) dan mentee (junior unit J). Mentor akan mengetuai bacaan al-Quran kemudian diikuti oleh mentee.

2. Setiap kumpulan akan dibimbing oleh seorang pembimbing (ahli Majlis Nuqaba').

3. Selesai bertadarus, mentor akan membuka topik pengisian mengikut modul yang telah ditetapkan.

QC akan dijalankan pada setiap Selasa selepas waktu Maghrib hingga Isyaq di Pusat Islam Al-Hidayah IPG Ipoh

::Ayuh sama-sama menyokong usaha murni ini dan semoga kita mampu melahirkan pelatih IPG Ipoh yang cintakan al-Quran::

0 comments:

Powered by Blogger.