Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)

Friday, July 24

Selayang Pandang Ceramah Sambutan Israk Mikraj 1430 H

Alhamdulillah, puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya program "Ceramah Sambutan Isra' Mikraj 1430 H" Peringkat IPG Ipoh dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ceramah yang bermula selepas solat Maghrib berjemaah itu telah dihadiri oleh dif-dif jemputan seperti Tuan Pengarah, Tuan Hj Abdul Kadir b Basiran, Timbalan Pengarah, Tuan Hj Isa b Khalid, pensyarah-pensyarah, staf-staf sokongan serta para mahasiswa IPG Ipoh yang membanjiri Pusat Islam Al-Hidayah.

Mengingati Peristiwa Besar Umat Islam

Walaupun setiap tahun ceramah sebegini diadakan, namun bukan kuantiti ceramah yang perlu dipersoalkan tetapi penghayatan tentang peristiwa Isra' Mikraj itu, adakah betul-betul dihayati oleh setiap daripada kita. Maka ceramah seperti ini adalah satu langkah kesedaran kepada kita umat Islam yang perlu sentiasa ingat akan peristiwa Nabi diisra' dan dimikrajkan.


Dr Fahmi sedang menyampaikan ceramah

Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin.

Firman Allah yang bermaksud:
“Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Al-Isra’: 1)


Para mahasiswa IPG Ipoh sedang khusyuk mendengar ceramah


Lujnah Ekonomi tidak melepaskan peluang untuk membuka gerai jualan


Mahasiswa dan mahasiswi IPG Ipoh memenuhi Pusat Islam Al-Hidayah untuk sama-sama mendapatkan ilmu sebanyak boleh


Para mahasiswi yang begitu fokus dan teruja mendengar ceramah Dr Fahmi


Sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.”

(An-Najm: 13-18).



Jamuan dif-dif jemputan, Tuan Penceramah, Tuan Pengarah dan para pensyarah

Semoga Ceramah Sambutan Isra' Mikraj kali ini membawa seribu satu kefahaman kepada para mahasiswa dan mahasiswi IPG Ipoh dalam usaha mencari kerdhaan Allah...InsyaAllah

2 comments:

ku bertatih di bumiMu ya Allah said...

salam perjuangan buat para sahabat..

tahniah buat semua warga IPGM kampus Ipoh....

alhamdulillah ..semuanya berjalan lancar..semoga Allah membalas jasa baik antum semua dan memberikan kesedaran kepada kita tentang kehebatan Islam..

semoga terus istiqamah

salam jihad

Dx said...

salam,bagus n teruskan perjuangan........... ceramah sebegini dapat membuka minda pelatih muslim terutamanya....

Powered by Blogger.