Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)

Thursday, August 6

Influenza A H1N1 : Solat Zuhur Berjemaah, Solat Hajat & Tazkirah

Salam perjuangan kepada semua sahabat-sahabat terutama di IPG-IPG semoga anda semua di dalam keadaan sihat walafiat. Salam teristimewa kepada sahabat-sahabat di IPG Kampus Ilmu Khas, IPG Sultan Mizan, IPG Perempuan Melayu Melaka dan IPG-IPG yang diarahkan tutup selama seminggu kerana wabak Influenza A H1N1.

Alhamdulillah, setakat ini IPG Kampus Ipoh masih lagi berupaya beroperasi seperti biasa dan tiada kes-kes yang serius sehingga membawa kepada penutupan kampus buat sementara. Begitu juga dengan program tarbiah dan dakwah di kampus, semakin menular wabak ini, semakin rancak program Biro. Antaranya di bawah Sub Unit Kerohanian dan Moral HEP, bermula 4 Ogos, para mahasiswa mahasiswi IPG Ipoh digalakkan solat Zuhur secara berjemaah di Pusat Islam Al-Hidayah pada pukul 1.20 tengahari. Program kemudian diteruskan dengan Solat Hajat memohon perlindungan daripada Allah S.W.T daripada sebarang wabak. Tidak ketinggalan, ustaz juga menyampaikan tazkirah ringkas kepada semua jemaah sebelum selesai pada pukul 2.00 petang.

Ustaz Zakaria sedang menyampaikan tazkirah selepas solat Zuhur berjemaah



Para jemaah sedang khusyuk mendengar tazkirah ustaz

Program ini akan berterusan dalam usaha dan ikhtiar kita menangani wabak ini dan ia turut menilai tahap pergantungan kita kepada Allah S.W.T. dan semoga Allah memberkati program sebegini.

0 comments:

Powered by Blogger.