Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)

Sunday, November 15

0

La Tahzan



Jalan dakwah ini penuh dengan liku-liku yang menuntut pengorbanan daripada para da'ie, namun rintangan dan mehnah yang datang kadang-kala membuatkan kita rebah dan tidak mahu bangun-bangun lagi. Kemudian, kita tekad membuat keputusan meninggalkan jalan dakwah ini...

Sahabatku...la tahzan, jangan bersedih, kerana kita sedang merasa apa yang dirasai oleh para anbia dan rasul terdahulu malah apa yang dilalui oleh para rasul dan nabi Allah adalah lebih berat dan teruk lagi. Sehingga ada yang terkorban nyawa demi Islam tercinta ini....sedikit taujihad kepada sahabat-sahabat agar terus thabat dalam jalan ini

Allah telah berfirman dalam surah al-Imran ayat 19 yang bermaksud:

"Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai di sisi Allah ialah Islam."

Bermakna semua aspek yang digariskan dalam Islam adalah yang terbaik dan syumul. Maka sepatutnya tidak timbul persoalan yang mengatakan bahawa bergaul dengan orang-orang soleh melecehkan sedangkan Islam menuntutnya, apatah lagi berasa bosan dan tawar hati dalam dunia dakwah.

Semuanya permainan syaitan yang ingin menyesatkan para da'ie daripada terus tabah memperjuangkan Islam. Maka usah hairan jika kita lihat seseorang itu yang dahulunya hebat dalam berdakwah tetapi kini hanyut dan berasa bosan dengan dakwah. Bukankah kita telah memberi kemenangan kepada syaitan dan iblis. Setiap masalah ada penyelesaiannya dan Islamlah satu-satunya penyelesaiannya. Usah kita menjadi bodoh menyelesaikan masalah dengan cara syaitan.



Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam dengan mematuhi segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

-Al-Baqarah ayat 208

Sahabat-sahabatku,

Betapa sayangnya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hamba-Nya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi…

KENAPA AKU DIUJI?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.”

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG DIIDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”

- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

-Surah Al-Imran ayat 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”

-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…

-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.”

-Surah At-Taubah ayat 129

AKU SUDAH TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

“… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”

-Surah Yusuf ayat 12



Usahlah kita membuang masa menangisi masalah dan mengenang nasib kita kerana tanggungjawab yang ada lebih banyak daripada masa yang kita ada....berjuang itu pahit, kerana ganjarannya syurga itu sangat manis....

"Suatu muhasabah untuk diri saya dan semua sahabat-sahabat yang telah berjanji untuk memperjuangkan agama Islam tercinta ini.""


"Patutkah sesudah mengetahui dan menerima perjanjian itu mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepadanyalah tunduk taat sekalian mahluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa dan kepadanyalah mereka dikembalikan."

-Al-Imran ayat 83

::Info adalah nukilan penulis sendiri & diambil daripada laman blog ustaz roslan (http://roslan2u.blogspot.com)::
More

Friday, November 13

1

Selamat Berjaya Dalam Imtihan


Salam 1 Aqidah kepada semua pelatih muslim IPG Kampus Ipoh

Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Semester Kepada Semua Pelatih IPG Kampus Ipoh

Semoga usaha dan penat lelah kita dalam akademik selama ini menjanjikan ganjaran kecemerlangan untuk kita teus melaju dalam dunia dakwah ini

Tidak lupa kepada pelatih-pelatih lain di IPG Kampus Ipoh, semoga cemerlang dalam peperiksaan

::Ikhlas daripada Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Kampus Ipoh::
More
0

Salam Perjuangan Buat ALUMNI Biro Agama & Kerohanian JPP 08/09

Kakak-kakak dan Abang-abang PISMK OUM yang telah banyak menyumbangkan jasa kepada Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Kampus Ipoh

Bagi meraikan abang-abang dan kakak-kakak OUM yang akan tamat pengajian nanti, Biro Agama dan Kerohanian IPG Ipoh telah mengadakan malam "Jasamu Dikenang PISMK OUM" di Pusat Islam Al-Hidayah pada 5 November 2009 yang lepas


Malam Siang Berlalu
Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya

Sejenak Kuterkenang
Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya

Berat Rasanya Di Dalam Jiwa
Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya

Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita

Hati Ini Sayu Mengenangkan
Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan

Tetapi Ku Akur Pada Hakikat
Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan


Selamat Menempuhi Alam Persekolahan Kepada Abang-abang dan Kakak-kakak OUM, semoga menjadi muallim, murrabbi, mudarris, mursyid dan muadib. Jangan lupa doakan kami semua disini...Jasamu Dikenang

Daripada Penerus-penerus rantai Perjuangan Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Kampus Ipoh


Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979
More

Friday, October 23

1

Penstrukturan Semula Biro Agama dan Kerohanian


PERHATIAN KEPADA SEMUA PELATIH MUSLIM IPG KAMPUS IPOH

Bermula 21 Oktober 2009 hingga 26 Oktober 2009, Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Kampus Ipoh akan mengadakan Penstrukturan Semula Organisasi

Oleh itu, kepada pelatih-pelatih muslim yang berminat untuk membantu menggerakkan Biro Agama dan Kerohanian JPP bolehlah memohon borang daripada:

1) Muhammad Firdaus bin Jamaluddin - Exco
2) Fawwiza bt Shahruddin - Timbalan Exco
3) AMT Biro Agama dan Kerohanian JPP
4) Ketua dan Penolong Ketua Lujnah Biro Agama dan Kerohanian
5) Fasilitator Study Circle



"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu tolong agama Allah maka Dia akan menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu."
(Surah Muhammad : 7)


"COME JOIN US, YOU ARE THE ONE WE ARE LOOKING FOR"
More

Tuesday, October 13

1

Kursus Perkahwinan 2009



Anjuran
Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Kampus Ipoh

Terbuka kepada semua warga IPG Kampus Ipoh

  • Berdaftar dengan JAIP
  • Sijil dikeluarkan oleh JAIP, Tanpa Had Tempoh, Sah Seluruh Malaysia
  • Yuran RM 90 seorang(SIJIL, Modul, Makan Minum & Fail)

Tarikh :
31 Okt & 1 Nov 2009 (Sabtu & Ahad)

Masa :
8.00 pagi - 6.30 petang

Tempat :
Dewan Sri Melati


BORANG PENYERTAAN BOLEH DIDAPATI DARIPADA KETUA UNIT SETIAP UNIT

ATAU BERHUBUNG DENGAN

Shahril - 013 5934301
Nur Izzah - 019 4194188

TARIKH TUTUP PENYERTAAN IALAH PADA 29 OKTOBER 2009

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI!!!


Daripada Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w bersabda:
"Seseorang perempuan dikahwini kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya atau agamanya. Maka pilihlah perempuan yang beragama kerana kamu memerlukannya."

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

More

Wednesday, September 16

0

Majlis Khatam Al-Quran


Tarikh:
27 Ramadhan 1430 H / 17 September 2009

Masa:
6.00 petang

Tentatif Program:

6.00 petang : Semua pelatih muslim berkumpul di Pusat Islam Al-Hidayah

6.15 petang : Pembukaan majlis khatam al-Quran

6.45 petang : Penyampaian hadiah pertandingan bunga pahar dan sijil khatam al-Quran

7.00 petang : Majlis penutup

7.15 petang : Berbuka puasa dan Iftar Jam'ei



Firman Allah s.w.t :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ
فَرُدُّوهُ إِلَى اللّهِ وَالرَّسُولِ إِن آُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً


“Wahai orang-orang yang beriman! Ta’atilah kepada Allah dan taatlah kepada rasul dan pemerintah-pemerintah dari golongan kamu. Kemudian jika kamu bertentangan pendapat mengenai sesuatu persoalan, maka rujukkanlah kepada Allah (al-Quran) dan rasul (as-Sunnah) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan kepada hari Akhirat. Tindakan itu adalah lebih baik untuk kamu dan lebih elok akibatnya.”
(Surah An-Nisa’ : 59)


SEMUA PELATIH MUSLIM IPG KAMPUS IPOH DIKEHENDAKI HADIR KE MAJLIS INI
More

Friday, September 11

0

Professional Talk Sempena Nuzul Quran Peringkat IPG Ipoh 09


"SAINS DAN RELEVENSINYA DENGAN AL-QURAN"

TARIKH :
11 SEPTEMBER 2009 (21 Ramadhan 1430 H)

TEMPAT :
PUSAT ISLAM AL-HIDAYAH

MASA :
8 PAGI


PENCERAMAH:
TN HJ MOHD ZAIDI BIN MOHD HASAN
KETUA PEGAWAI KAJI BUMI
BHG PERKHIDMATAN TEKNIKAL
JABATAN MINERAL DAN GEO SAINS IPOH
More

Wednesday, September 2

0

Tawaran Hebat Ramadhan Ini


Alhamdulillah, bulan Ramadhan kini telah memasuki pertengahan Ramadhan iaitu fasa kedua dalam usaha kita mendapatkan keberkatan Ramadhan. Di fasa kedua ini, Allah S.W.T menjanjikan para pelaku ibadat di bulan mulia ini akan keampunanNya. Oleh itu, sebagai langkah untuk memperoleh keampunanNya ayuh kita tingkatkan ibadat dan keikhlasan dalam melakukannya. Ayuh sambutlah tawaran yang disediakan oleh Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Ipoh kepada semua pelatih muslim dalam bulan Ramadhan ini.
Antaranya:

1. Berbuka Puasa Beramai-ramai (Iftar Jam'ei) di Pusat Islam Al-Hidayah IPG Ipoh
(Isnin -Khamis)

2. Solat Tarawikh Berjemaah

3. Kultum (Kuliah Tujuh Minit) Selepas Tarawikh

4. Tadarus Al-Quran Selepas Tarawikh

5. Solat Zuhur Berjemaah + Tazkirah

5. Kuliah Zuhur Pensyarah IPG Ipoh

6. Radio Ramadhan (6.30 petang Isnin - Khamis)

7. Qiamullai Setiap Hujung Minggu + Ukhwah Games (PC Games)


Tidak Ketinggalan Istimewa Nuzul Quran
"PROFESSIONAL TALK"

pada 21 Ramadhan 1430 H/ 11 September 09 (JUMAAT)
bermula jam 8.30 pagi - 10.30 pagi



"MAJLIS KHATAM QURAN & IFTAR PERDANA"
27 Ramadhan 1430 H/17 September 09
(KHAMIS)

6.00 petang - 9.00 malam


Berikut ialah ringkasan tentatif Ihya' Ramadhan IPG Kampus Ipoh


(Klik Untuk Perbesar)


Semoga Kita Beroleh Keberkatan dan Ma'rifat daripada-Nya di atas segala amalan yang dilakukan. Salam Ramadhan Mubarak.
More

Thursday, August 20

0

Marhaban Ya Ramadhan



Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak.....

Syaaban Yang Menjelma kini bakal meninggalkan kita dan Ramadhan semakin mendekati kita membawa seribu satu rahmat kepada umat Islam yang menginginkan rahmatnya...

“Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Bahwa sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda : Ketika datang bulan Ramadhan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk shaum, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, Syaitan-Syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya (tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini).

(Hadith Riwayat Ahmad, Nasai dan Baihaqy)

(Gambar Hiasan)

Ramadhan ini lakukanlah amalan-amalan berikut:

1. Berwawasan dan tidak sengaja meninggalkan puasa

"Barangsiapa tidak puasa pada bulan Ramadhan sekalipun sehari tanpa alasan rukhshah atau sakit, hal itu (merupakan dosa besar) yang tidak boleh ditebus bahkan seandainya ia berpuasa seumur hidup."

(HR. At Turmudzi).

Bukanlah (hakikat) puasa itu sekadar meninggalkan makan dan minum, melainkan meninggalkan perbuatan sia-sia (tidak bernilai) dan kata-kata bohong."

(HR. Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah).

"Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh Iman dan kesungguhan, maka akan diampuni dosa-dosa yang pernah dilakukan."

(HR. Bukhori, Muslim dan Abu Daud).

2. Sebolehnya Usah Tinggal Amalan Bersahur Walaupun Seteguk Air

Sabda Rasulullah bermaksud : "Makanan sahur semuanya bernilai berkah, maka jangan anda tinggalkan, sekalipun hanya dengan seteguk air. Allah dan para Malaikat mengucapkan salam kepada orang-orang yang makan sahur."

(HR. Ahmad)

3. Quamullai

Dalam sebuah hadits Rasulullah bersabda:

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّم مِنْ ذَنْبِهِ. (أخرجه البخاري ومسلم)

“Barangsiapa yang menunaikan qiyamul lail pada bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala, nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”

(HR. Al-Bukhari dan Muslim)

4. Banyakkan Membaca Al-Quran

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Puasa dan Al-Qur’an itu akan memberikan syafaat kepada hamba di hari kiamat. Puasa akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalangi-nya dari makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku memberikan syafa ‘at untuknya.’ Sedangkan Al-Qur’an akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dan tidur di malam hari, maka perkenankan aku memberikan syafaat untuknya. ‘Maka Allah memperkenankan keduanya memberikan syafaat.”

(HR. Imam Ahmad dan Ath Thabrani)

5. Banyakkan sedakah jariah

Nabi S.A.W bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِمْ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا

“Barang siapa memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya sama pahala mereka tanpa mengurangi sedikit pun dari pahala mereka.”

(HR Tirmidzi, Ibnu Majah dan Darimi)

6. Zakat Fitrah

"Pada hari-hari terakhir bulan Ramadhan amal yang disunnahkan oleh Rasulullah SAW ialah membayar zakat fitrah, suatu kewajiban yang harus dipenuhi oleh umat Islam baik laki-laki maupun perempuan, baik dewasa mahupun anak-anak"

(HR. Bukhari Muslim).

7. Banyakkan taubat nasuha

"Selama sebulan penuh, secara berduyun-duyun umat kembali kepada Allah yang Maha Pemurah juga Maha Pengampun. Dia Dzat yang menyampaikan bahawa pada setiap malam bulan Ramadhan Allah membebaskan banyak hambaNya dari api nereka"

(HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah)

"Oleh itu sempena bulan Ramadhan ini, sama-samalah kita setting niat, upgrade amal, redeam pahala banyak-banyak, delete dosa-dosa dan upload pahala banyak-banyak..."



"Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1430 H kepada semua mahasiswa IPG khususnya IPG Ipoh daripada Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Ipoh"
More

Friday, August 7

0

Syaaban Yang Istimewa



Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab bulan Allah dan Syaaban itu bulanku, manakala Ramadan itu bulan umatku."
(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Istimewanya bulan Syaaban berbanding bulan-bulan lain ialah sehinggakan Rasulullah menganggapnya sebagai bulan baginda. Di mana dalam bulan ini, Rasulullah banyak melakukan ibadat kepada Allah.

Syaaban bermaksud berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana pada bulan itu masyarakat Arab dulu bertempiaran ke serata tempat untuk mencari air, sehingga ada yang mencarinya sampai ke gua.

Ia juga diertikan demikian kerana menjadi 'bulan pemisah' iaitu memisahkan antara bulan Rejab dan Ramadan.

Amalan Yang Dituntut Dalam Bulan Syaaban

Dalam bulan Syaaban, kita dituntut melakukan sebanyak mungkin amalan sunat seperti puasa sunat dan solat sunat mengikut kemampuan kita sepertimana hadith Rasulullah yang bermaksud:

Aisyah r.a. juga berkata: Sesungguhnya ia (Nabi Muhammad) berpuasa pada bulan Syaaban keseluruhannya dan baginda bersabda: Laksanakanlah amalan sedaya yang kamu mampu, sesungguhnya Allah SWT tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Dan sebaik-baik solat (sunat) pada sisi Rasulullah SAW ialah yang berterusan meskipun sedikit, kerana baginda apabila solat (sunat) baginda akan sentiasa terus melakukannya.
(riwayat Bukhari dan Muslim).


Di dalam riwayat yang lain Ummu Salamah r.a berkata: Aku tidak pernah melihat baginda SAW berpuasa berturut-turut melainkan pada bulan Syaaban dan Ramadan.
(riwayat Tirmidzi).


"Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada Ramadan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak di bulan Syaaban."
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Dalam bulan ini juga kita dituntut untuk memperbanyakkan amalan-amalan dan tidak termaktub kepada amalan-amalan tertenti kecuali puasa sunat yang diterangkan dalam hadith-hadith Rasulullah S.A.W

Oleh itu, sempena bulan Syaaban yang hanya tinggal separuh bulan lagi, ayuh sama-sama rebutlah peluang untuk menggandakan pahala dengan ibadat-ibadat kepada Allah

Semoga ianya pentarbiahan dan persediaan yang baik untuk kita bagi menempuh Ramadhan Al-Mubarak...

Seafdalnya banyakkan ibadat di bulan Syaaban seperti mana Rasulullah S.A.W amalkan
More

Thursday, August 6

0

Influenza A H1N1 : Solat Zuhur Berjemaah, Solat Hajat & Tazkirah

Salam perjuangan kepada semua sahabat-sahabat terutama di IPG-IPG semoga anda semua di dalam keadaan sihat walafiat. Salam teristimewa kepada sahabat-sahabat di IPG Kampus Ilmu Khas, IPG Sultan Mizan, IPG Perempuan Melayu Melaka dan IPG-IPG yang diarahkan tutup selama seminggu kerana wabak Influenza A H1N1.

Alhamdulillah, setakat ini IPG Kampus Ipoh masih lagi berupaya beroperasi seperti biasa dan tiada kes-kes yang serius sehingga membawa kepada penutupan kampus buat sementara. Begitu juga dengan program tarbiah dan dakwah di kampus, semakin menular wabak ini, semakin rancak program Biro. Antaranya di bawah Sub Unit Kerohanian dan Moral HEP, bermula 4 Ogos, para mahasiswa mahasiswi IPG Ipoh digalakkan solat Zuhur secara berjemaah di Pusat Islam Al-Hidayah pada pukul 1.20 tengahari. Program kemudian diteruskan dengan Solat Hajat memohon perlindungan daripada Allah S.W.T daripada sebarang wabak. Tidak ketinggalan, ustaz juga menyampaikan tazkirah ringkas kepada semua jemaah sebelum selesai pada pukul 2.00 petang.

Ustaz Zakaria sedang menyampaikan tazkirah selepas solat Zuhur berjemaah



Para jemaah sedang khusyuk mendengar tazkirah ustaz

Program ini akan berterusan dalam usaha dan ikhtiar kita menangani wabak ini dan ia turut menilai tahap pergantungan kita kepada Allah S.W.T. dan semoga Allah memberkati program sebegini.
More

Friday, July 24

2

Selayang Pandang Ceramah Sambutan Israk Mikraj 1430 H

Alhamdulillah, puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya program "Ceramah Sambutan Isra' Mikraj 1430 H" Peringkat IPG Ipoh dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ceramah yang bermula selepas solat Maghrib berjemaah itu telah dihadiri oleh dif-dif jemputan seperti Tuan Pengarah, Tuan Hj Abdul Kadir b Basiran, Timbalan Pengarah, Tuan Hj Isa b Khalid, pensyarah-pensyarah, staf-staf sokongan serta para mahasiswa IPG Ipoh yang membanjiri Pusat Islam Al-Hidayah.

Mengingati Peristiwa Besar Umat Islam

Walaupun setiap tahun ceramah sebegini diadakan, namun bukan kuantiti ceramah yang perlu dipersoalkan tetapi penghayatan tentang peristiwa Isra' Mikraj itu, adakah betul-betul dihayati oleh setiap daripada kita. Maka ceramah seperti ini adalah satu langkah kesedaran kepada kita umat Islam yang perlu sentiasa ingat akan peristiwa Nabi diisra' dan dimikrajkan.


Dr Fahmi sedang menyampaikan ceramah

Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin.

Firman Allah yang bermaksud:
“Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Al-Isra’: 1)


Para mahasiswa IPG Ipoh sedang khusyuk mendengar ceramah


Lujnah Ekonomi tidak melepaskan peluang untuk membuka gerai jualan


Mahasiswa dan mahasiswi IPG Ipoh memenuhi Pusat Islam Al-Hidayah untuk sama-sama mendapatkan ilmu sebanyak boleh


Para mahasiswi yang begitu fokus dan teruja mendengar ceramah Dr Fahmi


Sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.”

(An-Najm: 13-18).



Jamuan dif-dif jemputan, Tuan Penceramah, Tuan Pengarah dan para pensyarah

Semoga Ceramah Sambutan Isra' Mikraj kali ini membawa seribu satu kefahaman kepada para mahasiswa dan mahasiswi IPG Ipoh dalam usaha mencari kerdhaan Allah...InsyaAllah
More

Tuesday, July 21

4

Ceramah Sambutan Israk Mikraj 1430 H


Tarikh :
23 Julai 2009 (Khamis)


Masa :
7.30 - 9.30 malam


Tempat :
Pusat Islam Al-Hidayah IPG Kampus Ipoh

Penceramah:
Dr. Mohd Fahmi bin Abdul Kadir
(Pensyarah Kolej Komuniti Gerik)

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Ayuh Bersama-sama Kita Selami Peristiwa Isra' Mikraj Dengan Kefahaman Yang Jitu dan Keimanan Yang Sebenarnya...

Firman Allah yang bermaksud:
“Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Al-Isra’: 1)

More

Sunday, July 19

0

Tadarus a.k.a "Quranic Circle"


Biro Agama dan Kerohanian dengan kerjasama Jabatan Pengajian Islam dan Moral (JAPIM) akan mengadakan kelas "Quranic Circle" atau QC.

QC merupakan kelas yang berkonsepkan tadarus iaitu mebaca al-quran secara berkumpulan dan diselitkan pengisian mengikut modul-modul dalam silibus usrah.

Antara objektif QC ialah:

1. Memberikan peluang kepada para mahasiswa Islam untuk memantapkan lagi bacaan al-Qur’an dari segi tajwid, penyebutan makhraj huruf dan sebagainya.

2. Menanamkan sifat cintakan al-Qur’an dalam diri para mahasiswa.

3. Memberikan pendedahan terhadap para mahasiswa terhadap isi kandungan al-Qur’an.

4. Mengeratkan hubungan antara mahasiswa Islam.

5. Menanamkan kesedaran kepada mahasiswa Islam peri penting menguasai ilmu al-Qur’an sebagai tunjang dalam kehidupan kita seharian.

QC adalah diwajibkan untuk pelatih-pelatih muslim Ambilan Julai 2009 (unit J).

Pelaksanaan QC ialah:

1. Terdapat seorang mentor (senior) dan mentee (junior unit J). Mentor akan mengetuai bacaan al-Quran kemudian diikuti oleh mentee.

2. Setiap kumpulan akan dibimbing oleh seorang pembimbing (ahli Majlis Nuqaba').

3. Selesai bertadarus, mentor akan membuka topik pengisian mengikut modul yang telah ditetapkan.

QC akan dijalankan pada setiap Selasa selepas waktu Maghrib hingga Isyaq di Pusat Islam Al-Hidayah IPG Ipoh

::Ayuh sama-sama menyokong usaha murni ini dan semoga kita mampu melahirkan pelatih IPG Ipoh yang cintakan al-Quran::
More
0

Ahlan Wasahlan Pelatih-Pelatih Baru IPG Ipoh


Tanggal 20 Rejab 1430 Hijrah bersamaan 13 Julai 2009, IPG Kampus Ipoh telah menerima seramai 318 orang pelatih baru Ambilan Julai 2009 dalam program PPISMP. Ternyata jumlah ambilan kali ini terbayak setakat ini dan kebanyakannya terdiri daripada kursus-kursus yang baru. Antara kursus-kursus tersebut ialah:

1. BM/PJ/KS
2. BM/PJ/PSV
3. SN/BM/BI
4. SN/BC/CI
5. BC/PJ/KS
6. BC/PJ/KS
7. BT/PJ/KS
8. BT/PJ/PSV
9. BI/EL/MtSn (Sek Ren)
10.BI/EL/MtSn (Sek Men)
11.PKH/KS/PJ
12.MT/BC/BI
13.PA/BA/BI

Kami Biro Agama dan Kerohanian IPG Ipoh mengalu-alukan kedatangan anda semua ke kampus Ipoh dan semoga anda semua dapat menyesuaikan diri dengan suasana di IPG Ipoh.

Pada hari pendaftaran pelatih baru, Biro Agama dan Kerohanian juga tidak melepaskan peluang mengadakan jualan di bawah Lujnah Makanan yang menjual makanan dan minuman manakala Lujnah Ekonomi menjual buku-buku agama pada hari tersebut. Alhamdulillah hasil jualan memberangsangkan untuk dimasukkan ke dalam dana Biro. Syukran kepada sahabat-sahabat yang bertungkus lumus secara langsung mahupun tidak langsung pada hari tersebut.

Di dalam kemeriahan hari pendaftaran tersebut, seluruh arga Insitut dikejutkan dengan pemergian ibu mertua Ketua Jabatan PJK yang juga merupakan warden iaitu Tuan Haji Zulkifli ke Rahmatullah. Pada tengahari selepas selesai solat Zuhur, telah diadakan solat jenazah di Pusat Islam Al-Hidayah. Biro Agama dan Kerohanian mengucapkan takziah kepada Tuan Haji Zulkifli sekeluarga...Al-Fatihah
More

Sunday, July 12

1

Lawatan Penanda Aras 2009 ke Pantai Timur

Alhamdulillah, dengan izinNya dan inayahNya, Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Kampus Ipoh telah berjaya melaksanakan Lawatan Penanda Aras ke Pantai Timur. Lawatan yang merupakan lawatan penanda aras kedua dijalankan itu telah disertai oleh 42 orang ahli Biro Agama dan Kerohanian yang terdiri daripada Ahli Majlis Tertinggi Biro, Ketua Lujnah, Timbalan Ketua Lujnah dan ahli biasa. Manakala seramai 2 orang pensyarah telah bersama-sama kami dalam lawatan ini iaitu Ustaz Zakaria b Nasirudin selaku Penasihat Biro Agama dan Kerohanian dan Ustazah Wan Maznah Wan Ismail selaku wakil dari JAPIM.

Ternyata lawatan selama 3 hari itu merupakan lawatan yang sangat bermanfaat dan berguna khususnya kepada ahli-ahli penggerak Biro Agama dan Kerohanian untuk merancang dan memperkemaskan gerak kerja pada masa akan datang.

Membawa tema "Belajar Sambil Melawat", kami telah mengunjungi tiga buah Institut di Pantai Timur iaitu IPG Kampus Kota Bharu, IPG Kampus Sultan Mizan Besut dan IPG Kampus Dato' Razali Ismail K. Terengganu. Jika sebelum ini perhubungan antara badan dakwah di setiap IPG hanya terhad dan melalui blog sahaja, ternyata lawatan seumpama ini telah membuka lebih luas medium perhubungan dan mengukuhkan lagi ikatan ukhwah islamiyyah antara IPG kami dan IPG-IPG yang dilawati.

Pengalaman selama 3 hari walaupun singkat tetapi sangat bermakna apabila kedua-dua belah pihak saling belajar demi memperkasakan badan dakwah di setiap IPG masing-masing. Syukran kepada sahabat-sahabat Rakan Masjid IPG Kota Bharu, Badan Dakwah Kerohanian Dan Moral IPG Sultan Mizan Besut Terengganu dan Badan Dakwah dan Moral (BADAM) IPG Dato' Razali Ismail Kuala Terengganu di atas sesi perkongsian serta layanan yang cukup istimewa sepanjang kunjungan kami ke IPG antum. Semoga ikatan ukhwah antara kita akan lebih utuh dan berkekalan sampai bila-bila InsyaAllah...

Kami Biro Agama dan Kerohanian IPG Ipoh mengalu-alukan kedatangan antum semua ke IPG kami...

Berikut antara soroton indah sepanjang lawatan kami



Sesi taklimat sebelum bertolak


JK Pengisian memberi taklimat pengisian sepanjang lawatan


Memohon doa diberkati perjalanan dan lawatan kami



Sesi diskusi antara Biro Agama dan Kerohanian IPG Ipoh dan KRM IPG KB


Pemberian cenderahati tanda kenang-kenangan daripada kami


Melawat Masjid Kg Laut, Nilam Puri Kelantan...masjid tertua di Kelantan dan binaannya yang unik tanpa menggunakan sebatang paku


Sesi diskusi bersama IPG Kampus Sultan Mizan Besut

Sesi bergambar bersama lajnah Biro Agama dan Pendidikan IPG Sultan Mizan Besut

Syukran Jazilan...


Sesi diskusi di IPG Dato' Razali Ismail



Sesi bergambar bersama lajnah BADAM IPG Dato' Razali Ismail K. Terengganu


Melawat Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu


Masjid Kristal

::Semoga ahli-ahli Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Ipoh mendapat banyak manfaat daripada lawatan ini dalam usaha untuk memperkasakan Biro demi memberi kesedaran dan penghayatan Islam yang sebenar kepada seluruh mahasiswa IPG Ipoh::

Teruskan Perjuangan Sahabat-Sahabat demi Islam tercinta!!!
More

Friday, July 10

0

Mansuh PPSMI bukan desakan - Tun Abdullah

KUALA LUMPUR 9 Julai - Keputusan kerajaan mengembalikan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu bukan kerana desakan pihak tertentu sebaliknya ia hasil keputusan analisis pelaksanaan dasar itu selama enam tahun.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan tidak boleh dengan serta-merta menukar dasar yang dilaksanakan tanpa membuat pertimbangan sewajarnya walaupun wujud desakan kuat supaya ia dimansuhkan.

Beliau yang bersetuju dengan langkah kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2012 berkata, keputusan itu dibuat setelah dianalisis keberkesanan pelaksanaan dasar itu sejak 2003.

Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diterima berhubung keberkesanan dasar itu, menunjukkan ia gagal.

Kerajaan jelas beliau, harus menjalankan kajian terlebih dahulu untuk memastikan keputusan yang dibuat lebih adil kepada semua pihak.

"Sebelum ini kita banyak mendapat memorandum meminta untuk mengkaji semula, maka kita menetapkan supaya satu kajian dibuat mengikut tempoh pelaksanaan dasar itu iaitu selama enam tahun (2003 hingga 2009).

"Dan semalam keputusan telah dicapai menerusi kajian selama enam tahun itu. Itu membuktikan keputusan semalam dibuat bukan kerana desakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Masjid di Jerman di Muzium Kesenian Islam di sini hari ini.

Info lanjut...

More
0

Kelas Literasi Ilmu


Dengan kerjasama JAPIM, Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Kampus Ipoh telah menubuhkan satu kelas pengajian iaitu Kelas Literasi Ilmu.

Kelas Literasi Ilmu merupakan kelas di mana pelajar-pelajar belajar sesebuah kitab melalui kaedah berguru. Ia juga dikenali sebagai Kelas Pengajian Kitab dan juga disebut Kelas Tafaquh Fid-Deen.

Antara matlamat penubuhan kelas ini ialah:

1. Melahirkan generasi yang mempunyai kefahaman mendalam tentang sesuatu ilmu
2. Meningkatkan penguasaan ilmu agama di kalangan pelatih IPG Kampus Ipoh
3. Mewujudkan golongan yang boleh menyampaikan ilmu yang dipelajari kepada orang lain melalui pengetahuan yang mendalam

Kelas ini akan dibimbing oleh seorang ustaz dari KPLI J-Qaf 2008 iaitu Al-Fadhil Ustaz Syed Mohd Bakri bin Syed Ishak

Kelas akan diadakan pada setiap hari Ahad selepas waktu Maghrib hingga Isyaq. Kelas pertama akan bermula 12 Julai ini.

Sesiapa pelatih IPG Kampus Ipoh yang berminat dan ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan kelas ini bolehlah berhubung dengan individu-individu berikut:

1. Muhammad Firdaus bin Jamaluddin (G7) - 019 5508132
2. Fawwiza bt Shahruddin (G3) - 019 4194190
3. Nur Faiza bt Salikin (TESL A) - 013 4292633
4. Mohd Firdouse bin Samsuddin (TESL B) - 013 5322518

Ayuh Sama-Sama Mencari Kefahaman Ilmu Yang Mantap demi Islam tercinta!!!
More

Thursday, July 9

0

50 Kata-Kata Tokoh Berpengaruh


Penulis : Mohd Dzul Khairi Mohd Noor
Terbitan : Ilham Centre

Tentang Buku Ini:

Buku ini memuatkan 50 kata-kata tokoh Islam terkemuka dalam lipatan sejarah. Ia merupakan himpunan kata-kata yang mampu memberikan motivasi dan semangat untuk para pembaca.

Antara tokoh-tokoh berpengaruh ialah Khalid al-Walid, Sa'ad bin Abi Waqas, Muhammad bin Kannasah, Umar bin Abdul Aziz dan juga Abu Ubaidah bin Amir ar-Jarrah. Selain daripada itu, turut dimuatkan kisah di sebalik terungkapnya kata-kata itu berserta kupasan oleh penulis itu sendiri.

Pendekatan Penulisan :

1. Tidak memasukkan fakta atau kupasan yang lemah daya dan kualiti isinya
2. Menggunakan laras bahasa yang tidak terlalu berat dan bombastik
3. Memanfaatkan beberapa karya berat seperti tulisan Dr Muhammad Sayyid Wakil berkaitan wajah baru dunia Islam, karya Ibnu Khaldun, karya al-Mubarakfuri, al-Kilani, Syed Amir Ali dan ramai lagi.

Siapa Yang Sewajarnya Memiliki Buku Ini :

1. Para pencinta ilmu dan maklumat sejarah yang jarang diselak penceramah biasa
2. Pemimpin persatuan yang mendahagakan kata-kata berpengaruh untuk mempengaruhi pendengar pidatonya
3. Nuqaba yang mahu memotivasi ahli usrahnya dan memperkaya maklumat dalam pemikiran mereka

“Islam sarat dengan tokoh, namun malang ramai kita tidak mengenali mereka yang pernah mewarnai dunia ini dengan semangat luarbiasa dakwah mereka. Sejarah telah mendesak-desak saya agar mengadakan pengembaraan dan kelana ke negara-negara luar. Banyak karya-karya berat telah membuka paradigma dan dogma pemikiran saya yang sempit. Sehingga dengan itu, saya terkena virus penyakit malas bekerja semata-mata kerana rasa ingin membaca dan menulis yang meluap-luap.” – Mohd Dzul Khairi Mohd Noor, Presiden GAMIS

Rujukan :
rijal82.blogspot.com
http://izzahzulaikha.wordpress.com/2009/06/12/karya-sulung-ustaz-dzul/
More

Wednesday, July 8

0

Pembentangan Unit

(Gambar Hiasan)

Hari :
Setiap Rabu

Masa :
Selepas Maghrib

Pembentangan unit ialah slot di mana pelatih-pelatih perlu membentangkan suatu tajuk mengikut unit. Tajuk tersebut telah ditetapkan oleh Lujnah HELWI.

Antara objektif program ini ialah untuk memperkasakan para pelatih tentang isu-isu semasa masa kini di samping memantapkan cara kefahaman mengikut landasan Islam. Malah ia juga sebagai langkah untuk meningkatkan kemahiran penyampaian para pelatih sebagai bakal guru.

Info lanjut...
More
0

Pengisian Harian Pusat Islam Al-Hidayah Semester Ini

Alhamdulillah, seperti mana semester lepas, Biro Agama dan Kerohanian di bawah Lujnah Tarbiah telah berjaya meneruskan pengisian harian Maghrib-Isyaq. Dan untuk semester ini, Lujnah Tarbiah telah membuat sedikit perubahan sesuai dengan keadaan semasa selain menjadikan program pusat Islam tidak membosankan.

Sehubungan itu, kuliah daripada Pensyarah JAPIM hanya akan diadakan pada hari Isnin sahaja dan para pensyarah akan bergilir-gilir menyampaikan kuliah setiap minggu mengikut kepakaran mereka.

Seperti pada hari Isnin lalu, 6 Julai 09, kuliah tahsin al-Quran yang pertama untuk semester ini telah diadakan dan disampaikan oleh Ustaz Mat Idris.

Ustaz Mat Idris Zainal Abidin, pensyarah JAPIM sedang menyampaikan kuliah tahsin al-quran



Semoga usaha ini berterusan, syabas kepada sahabat-sahabat Lujnah Tarbiah dan Lujnah-lujnah lain Biro Agama dan Kerohanian.

Berikut ialah jadual pengisian harian terbaru semester ini:

Isnin
Kuliah JAPIM (Selepas Maghrib)

Selasa
Tadarus (Selepas Maghrib)

Rabu
Pembentangan Unit (Selepas Maghrib)

Khamis
Bacaan Yassin dan Tahlil (Selepas Maghrib)

Jumaat
Kuliah HELWI (Sebelum Jumaat)
Kelas Tahfiz al-Qur'an (Selepas Jumaat)

Ahad
Kelas Taffaquh Fid-Din (Pengajian Kitab - Selepas Maghrib)
More
Powered by Blogger.