Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)

Friday, June 26

0

Para Penggerak Dakwah IPGM Ipoh Berdiskusi Perancangan Semester Baru



Naib exco, Fawwiza Sharuddin bersama AMT dan Ketua Lujnah dan Naib Ketua Lujnah Muslimat


Exco Agama dan Kerohanian JPP IPGM Kampus Ipoh, Saudara Firdaus Jamaluddin memberi penerangan



Pada 24 Jun 2009, pimpinan tertinggi Biro Agama dan Kerohanian JPP IPGM Kampus Ipoh bersama-sama dengan semua ketua lujnah dan naib ketua lujnah telah mengadakan perjumpaan membincangkan beberapa perkara untuk dilaksanakan semester baru Biro Agama dan Kerohanian. Antaranya:
- Menyelaraskan semula takwim aktiviti Biro Agama dan Kerohanian
- Program pentarbiahan ahli Biro Agama dan Kerohanian
- Program-program perancangan lujnah seperti Lawatan Penanda Aras 2009 oleh Lujnah Tugas-Tugas Khas
- Perkara-perkara berbangkit

Walaubagaimananpun, perjumpaan lebih menfokuskan kepada program terbaru biro iaitu Lawatan Penanda Aras 2009 ke Pantai Timur. Sebanyak tiga buah IPGM akan dilawati iaitu IPGM Kampus Kota Bharu. Kampus Dato' Razali Ismail dan Kampus Sultan Mizan Besut. Mengikut perancangan, lawatan ini akan dijalankan pada 3 hingga 5 Julai 2009.

Antara objektif program ini ialah:

1. Menambahkan ilmu pengetahuan baru tentang aktiviti atau program yang dijalankan di tempat yang dilawati untuk dipalikasikan di IPGM Kampus Ipoh.
2. Mengeratkan ikatan ukhwah antara ahli-ahli Biro Agama & Kerohanian JPP IPGM Kampus Ipoh dengan Badan-badan Dakwah/JPP IPGM-IPGM yang dilawati.
3. Mempraktikan “Belajar sambil melawat”.
4. Melahirkan rasa keimanan kepada Allah S.W.T dengan melawati tempat-tempat berbentuk islamik dan melihat ciptaan dan kebesaran Allah semasa bermusafir.
5. Menggalakkan ‘jauh perjalanan, luas pemandangan’ dan mempelajari budaya-budaya yang baik di tempat-tempat yang dilawati.

Semoga lawatan ini membawa seribu satu manfaat kepada ahli Biro Agama dan Kerohanian IPGM Ipoh khususnya. Dan semoga perancangan yang disusun rapi ini dapat dilaksanakan dengan jayanya pada semesrte baru ini.

Seperti kata Saidina Ali:
"Kebatilan yang terancang akan mengalahkan kebenaran yang tidak terancang"
More
Powered by Blogger.