Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)
Showing posts with label Taujihad. Show all posts
Showing posts with label Taujihad. Show all posts

Friday, August 31

4

Kuasai Jangan Sampai Di kuasai

Bismillahirrohmanirrohim..

Motivasi buat mereka yang sibuk menyiapkan tugasan... =)


Moga Allah permudahkan segalanya.

SUMBER





More

Saturday, August 7

3

IMAM SYAHID HASSAN AL-BANNA : GURU SERTA PEJUANG ISLAM TERKEMUKA


IMAM AS-SYAHID HASSAN AL-BANNA

Imam Hasan Al-Banna adalah anak sulung di dalam keluarganya. Beliau dilahirkan di Mahmoodiah pada bulan Oktober, 1906 M. Keluarga Imam Hasan Al-Banna sangat 'alim dalam ilmu Islam dan Sejarah Islam. Keluarganya juga mengamalkan cara hidup Islam. Imam Hasan Al-Banna mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri. Dalam usahanya menghafal Al-Quran, bapanya telah memberi banyak bantuan.

Tidak lama kemudian, beliau dimasukkan ke sebuah sekolah bernama Madrasah Ar-Rasyad As-Diniyyah. Di sekolah ini beliau berguru dengan seorang ulamak terpelajar yang bernama Muhammad Zahran.

Imam Hassan Al-Banna kemudian terpaksa memilih dua pilihan. Salah satu daripada pilihan itu ialah memasuki Maahad-i-Dini; iaitu sebuah pusat pengajian yang berhubung terus dengan Universiti Al-Azhar. Langkah ini boleh menjadikannya salah seorang ulamak Al-Azhar. Pilihan yang satu lagi ialah memasuki Pusat Latihan Guru Damanhur untuk mendapat Ijazah Perguruan. Hasan Al-Banna memilih memasuki Pusat Latihan Guru Damanhur. Selepas itu tiga tahun berkursus di situ, beliau mendapat pangkat pertama di dalam peperiksaan.

Selesai sahaja kursus perguruan tersebut, beliau telah ditawarkan jawatan guru oleh Pejabat Pelajaran Daerah tetapi beliau memilih untuk menyambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ke Universiti Kaherah (Darul Ulum). Ketika itu beliau berusia 16 tahun. Mengikut peraturan, beliau tidak layak memasuki Universiti itu (yakni tidak layak dari segi umur) tetapi peraturan itu dilonggarkan kerana bakat dan keilmuannya yang luar biasa itu.

Apabila beliau mula bertugas sebagai guru di sekolah kerajaan, umurnya baru menjangkau dua puluh satu tahun. Beliau tinggal di Ismailiah schingga tahun 1933 M. Imam Hasan Al-Banna berusaha untuk menjadi seorang guru yang baik dan juga seorang pendakwah yang berjaya. Beliau memulakan usaha dakwahnya di kedai-kedai makan dan kedai-kedai kopi dan bukannya di masjid. Dalam masa yang singkat sahaja, ramai telah menjadi pengikutnya.

Dalam bulan Mac, 1928 M., enam orang penting telah berkumpul di rumah Imam Hasan Al-Banna. Mereka telah bersumpah untuk hidup dan mati kerana memperjuangkan Islam. Perjuangan mengejut ini telah menghasilkan satu pertubuhan yang terkenal dengan nama ‘Al-Ikhwan Muslimin’.

Imam Hasan Al-Banna menjalani kehidupan yang penuh cabaran semenjak kecil sehinggalah beliau menemui ajainya. Beliau tiada mempunyai rehat langsung. Keseluruhan hidupnya ditumpukan kepada perjuangan Islam dan kebajikan orang-orang Islam. Beliau khusyu’ beribadat kepada Allah dan selalu mengkaji Al-Quran serta Hadith. Tokoh Islam yang hebat ini mati syahid ditembak pada 12hb Februari, 1949 di Kaherah. Umurnya ketika itu ialah 43 tahun.

Sumbangannya sangat banyak terutama dalam sejarah gerakan Islam kerana sejak zaman beliau semakin ramai pengikut gerakan Islam Ikhwanul Muslimin di seluruh dunia termasuklah Malaysia namun di sesuaikan dengan suasana di Malaysia namun masih menggunakan kaedah dan strategi yang digariskan oleh Ikhwanul Muslimin iaitu berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Matlamatnya hanya redha Allah dan meletakkan Islam di tempat tertinggi dan bukannya ditindas dan dipijak oleh orang-orang kafir. Al-Mathurat merupakan antara usaha Imam As-Syahid Hassan Al-Banna yang telah mengumpulkan doa-doa dan zikir-zikir yang ma'thur yang merupakan pembaharuan ikrar kepada Allah dalam menjalankan dakwah Islamiah.


SEPULUH WASIAT IMAM AS-SYAHID HASSSAN AL-BANNA
Bacalah — Renungilah — Kemudian Terus Beramal

(1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan
sekalipun.

(2) Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.

(3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab yang betul (itu, adalah satu-satunya syiar Islam).

(4) Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.

(5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

(6) Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

(7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

(8) Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

(9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

(10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.

"Namun selepas pemergian Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, siapkah penyambung kepada perjuangan beliau untuk menegakkan Islam? Tepuk dada tanya imam :

1. Adakah rasa sayang KITA kepada Islam seperti mana AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA???!!!

2. Masihkah kita punya banyak masa melakukan maksiat dan perbuatan sia-sia sedangkan umat Islam sekarang semakin parah???!!!

3. Adakah sekelumit rasa ingin memperjuangkan agama suci Allah ini dalam hati kita yang akan mencambahkan usaha-usaha yang berterusan untuk Islam???!!!


WAHAI-WAHAI GURU-GURU PENYAMBUNG TUGAS DAKWAH PARA NABI DAN RASUL...HAYATILAH DENGAN MATA HATI!!!
More

Wednesday, January 6

1

Ayuh Kemaskan Gerak Kerja Pejuang-Pejuang Islam!

Salam Ukhwah Fillah kepada sahabat-sahabat sepejuangan Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Kampus Ipoh dan seluruh pelatih-pelatih IPG Kampus Ipoh. Selamat kembali ke bumi IPG Ipoh untuk memulakan semester baru dengan semangat baru.

Alhamdulillah, semakin hari semakin mantap Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Ipoh apatah lagi dengan kehadiran wajah-wajah baru atau para dai' baru iaitu pelatih-pelatih unit J (PPISMP Ambilan Julai 2009) yang ingin bersama-sama memikul beban dakwah dan bernaung di bawah lembayung rahmat Allah dalam memperjuangkan agama suci Islam di bumi IPG Kampus Ipoh. Malah kehadiran pelatih-pelatih unit J ini juga telah memberi wajah baru dalam struktur tanzim Biro Agama dan Kerohanian yang semestinya lebih 'fresh' dan mantap dalam menyebarkan fikrah Islam. Ini kerana berkuatkuasa tahun 2010, penstrukturan Biro Agama dan Kerohanian JPP telah secara rasmi dilakukan dengan terdapat pertukaran ketua-ketua lujnah dan timbalan-timbalan ketua lujnah. Manakala ahli lujnah juga diberi peluang untuk berehat, meneruskan berkhidmat atau menukar lujnah mengikut kesesuaian dan kemampuan. Alhamdulillah, berkat rahmat daripada Allah organisasi baru Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Ipoh telah berjaya dibentuk. Selain itu, terdapat juga perubahan lujnah di mana Lujnah Tugas-Tugas Khas telah ditukarkan kepada Lujnah Riadah dan Rekreasi setelah dikaji dan dipersetujui oleh AMT Biro. Ini tidak lain adalah untuk memantapkan lagi Biro.

Namun harus diingat bahawa tugas memperjuangkan agama Allah ini bukanlah seperti duduk di sebuah kerusi yang empuk dan selesa, jalannya penuh liku dan mencabar yang menuntut pengorbanan yang besar daripada kita semua. Hanya yang benar-benar ikhlas sahaja yang mampu menggalas tugas dan tanggungjawab ini.

Kepada seluruh ahli Biro Agama dan Kerohanian ini pesanan untuk kita semua

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah Dengan jihad Yang sebenar-benarnya Dia lah Yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamaNya); dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah Dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. ia menamakan kamu: "Orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di Dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi Yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang Yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang Yang benar dan Yang salah). oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. maka (Allah Yang demikian sifatnya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik pemberi pertolongan.

(Al-Hajj: 78)


Dalam hadits lain, Rasulullah saw. bersabda, “Berbuatlah sesuai dengan kemampuanmu, sesungguhnya Allah tidak akan merasa bosan sampai kamu sendiri yang merasa bosan. Dan sesungguhnya amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang terus-menerus sekali pun sedikit.” (Mutafaq ‘alaih)


"Hari ini kita sedang menghadapi suatu realiti bahawa perjuangan menyambung lidah baginda Rasul saw. semakin sengit dan getir. Suatu realiti yang memaksa kita memiliki segala kekuatan dalaman dan luaran.
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya."

(As-Syahid Hasan Al-Banna - Tokoh Pejuang Islam)


Sedarlah bahawa sekarang bukanlah lagi masa untuk menilai siapa hebat antara kita, siapa yang paling tinggi pangkatnya dan berasa senang dan cepat berpuas hati apabila dihidangkan dengan kemenangan dan kesenangan hidup. Ingatlah sahabat-sahabat, matlamat kita yang paling utama ialah untuk mendapatkan kesenangan di akhirat kelak.

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".

(An-Ana'am 162-163)

Usah dihiraukan pangkat kita setinggi mana sekalipun kerana di sisi Allah hanya keihlasan dinilai, maka berjuanglah untuk agama Allah ini walau di mana sekalipun lapangan kita.

Di kesempatan ini juga, pihak admin Blog Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Kampus Ipoh ingin mengucapkan tahniah dan selamat berjuang kepada pimpinan-pimpinan baru Biro Agama dan Kerohanian JPP dan selamat meneruskan perjuangan buat ahli-ahli yang masih istiqamah bersama Biro.

Firman Allah dalam surah Fath ayat 10 yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang Yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka Hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). oleh itu, sesiapa Yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa Yang menyempurnakan apa Yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala Yang besar."

Semoga pimpinan baru Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Kampus Ipoh akan memantapkan tarbiah dan dakwah di IPG Ipoh dan Islam mampu dijadikan cara hidup di kampus ini.

More

Sunday, November 15

0

La Tahzan



Jalan dakwah ini penuh dengan liku-liku yang menuntut pengorbanan daripada para da'ie, namun rintangan dan mehnah yang datang kadang-kala membuatkan kita rebah dan tidak mahu bangun-bangun lagi. Kemudian, kita tekad membuat keputusan meninggalkan jalan dakwah ini...

Sahabatku...la tahzan, jangan bersedih, kerana kita sedang merasa apa yang dirasai oleh para anbia dan rasul terdahulu malah apa yang dilalui oleh para rasul dan nabi Allah adalah lebih berat dan teruk lagi. Sehingga ada yang terkorban nyawa demi Islam tercinta ini....sedikit taujihad kepada sahabat-sahabat agar terus thabat dalam jalan ini

Allah telah berfirman dalam surah al-Imran ayat 19 yang bermaksud:

"Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai di sisi Allah ialah Islam."

Bermakna semua aspek yang digariskan dalam Islam adalah yang terbaik dan syumul. Maka sepatutnya tidak timbul persoalan yang mengatakan bahawa bergaul dengan orang-orang soleh melecehkan sedangkan Islam menuntutnya, apatah lagi berasa bosan dan tawar hati dalam dunia dakwah.

Semuanya permainan syaitan yang ingin menyesatkan para da'ie daripada terus tabah memperjuangkan Islam. Maka usah hairan jika kita lihat seseorang itu yang dahulunya hebat dalam berdakwah tetapi kini hanyut dan berasa bosan dengan dakwah. Bukankah kita telah memberi kemenangan kepada syaitan dan iblis. Setiap masalah ada penyelesaiannya dan Islamlah satu-satunya penyelesaiannya. Usah kita menjadi bodoh menyelesaikan masalah dengan cara syaitan.



Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam dengan mematuhi segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

-Al-Baqarah ayat 208

Sahabat-sahabatku,

Betapa sayangnya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hamba-Nya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi…

KENAPA AKU DIUJI?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.”

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG DIIDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”

- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

-Surah Al-Imran ayat 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”

-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…

-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.”

-Surah At-Taubah ayat 129

AKU SUDAH TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

“… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”

-Surah Yusuf ayat 12



Usahlah kita membuang masa menangisi masalah dan mengenang nasib kita kerana tanggungjawab yang ada lebih banyak daripada masa yang kita ada....berjuang itu pahit, kerana ganjarannya syurga itu sangat manis....

"Suatu muhasabah untuk diri saya dan semua sahabat-sahabat yang telah berjanji untuk memperjuangkan agama Islam tercinta ini.""


"Patutkah sesudah mengetahui dan menerima perjanjian itu mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepadanyalah tunduk taat sekalian mahluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa dan kepadanyalah mereka dikembalikan."

-Al-Imran ayat 83

::Info adalah nukilan penulis sendiri & diambil daripada laman blog ustaz roslan (http://roslan2u.blogspot.com)::
More
Powered by Blogger.