Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)

Wednesday, April 15

0

Kursus Sembelihan IPGM Kampus Ipoh


Pada 15 April 09, Balai Islam al-Hidayah telah mengadakan Kursus Sembelihan peringkat IPGM Kampus Ipoh. Kursus yang telah diadakan bermula kira-kira 2 petang telah disampaikan oleh Penasihat Biro Agama & Kerohanian JPP 09, Ustaz Zakaria Nasarudin. Peserta-peserta kursus terdiri daripada pelatih-pelatih KPLI Ambilan Januari 09.

Aturcara majlis dimulakan dengan sesi teori sembelihan yang disampaikan oleh Ustaz Zakaria. Sesi ini penting untuk memberi ilmu kepada peserta tentang sembelihan terlebih dahulu sebelum melakukan praktikal sembelihan. Ini bertujuan agar sembelihan yang dilakukan oleh para peserta adalah sah dan halal dimakan.

Sesi Teori Sembelihan yang disampaikan oleh Ustaz Zakaria


Ustaz mengajar cara untuk menyembelih binatang


Ustaz turut menerangkan berkenaan halal haram dalam makanan


Puyuh-puyuh yang bakal disembelih oleh para peserta


Amali sembelihan dijalankan...Bismillahirrahmanirrahim...


Antara puyuh yang tidak sah sembelihannya kerana tidak putus urat halkum



Muslimat turut mengambil peluang menyembelih puyuh

Semoga kursus sebegini dapat diteruskan di masa hadapan untuk memberi kefahaman yang jelas kepada umat Islam tentang ilmu sembelihan dan memberi pendedahan tentang peri pentingnya sembelihan dalam kehidupan muslim. Syabas kepada para peserta.
More

Friday, April 10

1

KELAS TAHFIZ INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KAMPUS IPOH

"Ke arah melahirkan generasi guru acuan Al-Quran"


Pada 10 April yang lalu, Biro Agama dan Kerohanian JPP telah berjaya mengadakan kelas tahfiznya kali ke-4. Pensyarah penasihat bagi kelas tersebut adalah Ust Zakaria Nasirudin dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Kelas tersebut telah disertai oleh pelajar dari pelbagai unit di bawah bimbingan penuh Ust Ayatulrab Muhd Rosti, Pengetua Sekolah Tahfiz Ad-din.


Rasional penubuhan kelas tahfiz ini adalah :

1. Terdapat segelintir di kalangan pelatih ada yang pernah menghafal Al-Quran semasa di sekolah dahulu. Jadi dengan wujudnya ‘Kelas Tahfiz Al-Quran’ ini dapat membantu mereka meneruskan serta menjaga hafazan mereka.

2. Sebagai salah satu daripada aktiviti yang telah dirancang dalam aktiviti Kelab Rakan Surau di bawah kelolaan Biro Agama dan Kerohanian JPP yang perlu dilaksanakan.

3. Mendapat permintaan dari pelatih.

4. Untuk melahirkan pelatih yang dapat menguasai ilmu Al-Quran dan dapat membimbing rakan-rakan mereka bagi menyelesaikan masalah sebahagian pelatih IPIP yang tidak mampu membaca Al-Quran dengan baik.

5. Sebagai medan ilmu serta pengisian rohani kepada para pelatih bagi mengelakkan diri dari terlibat dengan gejala sosial dan hiburan yang semakin meningkat.

6. Melahirkan guru akademik yang boleh menghafaz dan membaca al-Quran dengan baik.



Kelas yang diadakan setiap Jumaat jam 3 hingga 5 petang dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi hafazan dan sesi tajwid. Semasa sesi hafazan pelajar akan mendengarkan bacaan yang telah dihafaz pada ustaz dan sesi tersebut berlansung bermula jam 3 hingga 4.30 petang. Manakala pada jam 4.30 hingga 5 petang sesi tajwid akan bermula dimana ustaz akan menyentuh sedikit sebanyak ilmu tajwid kepada para pelajar.

Dari sudut silibus hafazan pula, pelajar dikehendaki untuk menghafaz empat buah surah dalam tempoh tiga bulan dengan kadar hafalan satu muka surat untuk satu minggu. Empat buah surah tersebut ialah Surah As-Sajadah, Surah Yasin, Surah Al-Insan dan Surah Al-Mulk. Selepas 3 bulan tersebut, barulah pelajar akan mula untuk menghafal juzuk yang pertama dan seterusnya. Bagi mengukuhkan lagi daya hafalan, setiap pelajar akan menyalin setiap muka surat yang telah dihafal di dalam sebuah buku tulis. Diharapkan dengan wujudnya kelas tahfiz ini akan mampu melahirkan generasi guru acuan Al-Quran pada masa hadapan. Kepada mana-mana pelajar yang berminat penyertaan masih dibuka.

Suasana perjalanan kelas


Ustaz sedang menyampaikan ilmu berkaitan tajwid Al-Quran


Pelajar sedang mendengarkan bacaan pada ustaz


More
Powered by Blogger.