Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)

Thursday, July 31

0

resensi buku



TAJUK :
AHMADINEJAD Singa Baru Dunia Islam
PENULIS : Muhsin Labib, Ibrahim Muharam, Musa Kazhim & Alfian Hamzah
PENERBIT : PTS Publications
TAHUN PENERBITAN : 2008
BIL MUKA SURAT : 145


"Pertama, apakah jenayah itu benar-benar berlaku? Apakah memang benar terjadi pembakaran manusia seperti itu? sekiranya betul perkara itu terjadi, maka pelakunya mesti dikenakan hukuman. Dan Eropahlah jawapan terhadap masalah itu, bukannya Palestin. Pertanyaan kami ini sengatlah jelas, sekiranya memang pernah berlaku di Eropah, aka hukuman juga haruslah ditanggung di Eropah. Kedua, sekiranya anda mengatakan perkara itu tidak terjadi, kenapa mesti terbunuh rejim yang merampas dan menjajah Palestin? Mengapa negara-negara Eropah menyatakan komitmen bagi membelanya? Pertanyaan kami, apakah pembunuhan dan pembakaran ke atas rakyat Yahudi memang benar-benar terjadi atau pun tidak? sekiranya memang belum pernah terjadi, maka untuk apakah permainan ini?" Berikut adalah sedutan temubual Presiden Republik Islam Iran, Mahmoud Ahmadinejad dengan Majalah Der Spiegel Jerman berkenaan isu peristiwa Holocaust.


Berikut pula adalah sedutan surat Mahmoud Ahmadinejad kepada George W. Bush, "Adakah mungkin seorang yang mengaku sebagai pengikut Jesus dan berpegang teguh kepada hak-hak asasi manusia menganggap Liberalisasi sebagai model peradaban, menolak penggunaan senjata dan pembunuhan awam dan sebaliknya berusaha membentuk suatu bentuk masyarakat antarabangsa yang universal iaitu masyarakat yang diyakini akan dipimpin oleh Nabi Isa dan orang-orang baik di seluruh dunia tetapi pada waktu yang sama menyerang dan menceroboh beberapa negara, nyawa melayang dan kehormatan serta norma mulia dilecehkan., pembakaran kampung, kota atau kafilah, hanya kerana sangkaan akan berlaku pelbagai jenayah ataupun menguasai sebuah negara hanya kerana disangka memiliki senjata pemusnah. Dia lalu membunuh ratusan ribu penduduknya dan memusnahkan sumber air, pertanian dan industrinya serta menghantar satu pasukan tentera yang terdiri daripada 180 000 orang ke sana. Rumah dan harta benda rakyat dimusnahkan dan sebagai akibatnya, negeri itu dimundurkan lebih dari 50 tahun.


Dalam banyak pemimpin Islam yang lain, Ahmadinejad menjadi simbol reaksi pantas Islam terhadap pencabulan Barat di Timur Tengah, khasnya. Mempertikaikan dengan lantang peristiwa Holocaust, mempersoalkan secara terbuka sokongan kuat Amerika terhadap kuasa Zionis di Palestin malah dengan tegar mempertahankan polisi nuklear Iran walaupun ditentang hebat oleh dunia melalui tekanan Amerika. Bekas pensyarah dan bekas Datuk Bandar Tehran ini tidak segan menyapu sendiri jalan-jalan di kota ataupun membersihkan sendiri longkang yang tersumbat. Beliau malah menjadikan rumah yang diperuntukkan kepada Datuk Bandar sebagai muzium dan tinggal di sebuah rumah di hujung jalan mati, pergi ke mana-mana dengan kereta Peugoet 1977.


Buku ini hasil penyelidikan empat wartawan bebas yang kebetulan pernah menimba ilmu di Iran. Siapakah Ahmadinejad yang secara logis mempersoalkan, "Sekiranya dunia melihat nuklear ini keji dan kami tidak boleh menguasai dan memilikinya, mengapa kamu memilikinya?" Buku yang telah menduduki carta nombor satu jualan gerai PTS di Pesta Buku 2008 April yang lalu ini memperincikan dengan jelas siapa lelaki kecil yang dengan berani menyatakan Amerika sebagai 'penjahat' yang tidak lama lagi akan jatuh seperti air pancut.

More

Sunday, July 27

3

Majlis BBQ AJK surau..

Satu majlis BBQ telah diadakan pada bulan Mei yang lepas di surau Al-Hidayah. Tujuan majlis ini diadakan adalah untu meraikan ahli jawatankuasa yang bersama-sama bertungkus lumus dalam menganjurkan pelbagai aktiviti bagi para pelatih muslim di IPIP. Tergambar ukhwah antara ajk yang sering bekerjasama dalam mengimarahkan surau ini. Semoga Ukhwah antara ajk akan berkekalan hendaknya...(^_^)!




Ustaz Zakaria dan bebrapa ajk lain mengaminkan doa makan..

Selamat menjamu selera.. Perut dah diminta diisi..



"Menariknyer... Ayam tu.. wa...." kata ipin..



Ajk muslimat pun tak lepaskan peluang.. Jom makan..


Nasi Goreng Surau al-Hidayah.. Laziz InsyaAllah..


Chef-Chef kita...heheh.. Syukran Antum sumer..

p/s: syukran kepada semua yang menjayakan majlis malam tu.. Terutama Ajk makanan yang banyak berkorban masa dan tenaga bagi menyempurnakan hidangan pada majlis tu.. Jasamu akan dikenang selalu. Tak lupe jugak pader lujnah lain. Semoga surau Al-Hidayah terus mantap.. Surau al-Hidayah dekat di hati..




More

Saturday, July 26

1

Pengenalan Surau Al-Hidayah


Surau Al- Hidayah merupakan nadi kepada semua pelatih muslim di Institut Perguruan Ipoh yang bertuah ini. Sebuah jawatankuasa surau telah ditubuhkan bagi mengelola setiap aktiviti yang diadakan di surau ini. Surau Al-Hidayah bukan sahaja tempat untuk para pelatih muslimin menjalankan ibadah mereka seharian, malahan juga merupakan tempat yang menyediakan kemudahan yang lain bagi keselesaan para pelatih. Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ini kita memperolehi pelbagai sumbangan daripada pihak luar bagi kemudahan kita bersama. diharapkan kita dapat memanfaatkannya bersama. Surau Al-Hidayah juga aktif dalam menjalankan aktiviti bagi para pelatih bagi memebri pengisian rohani bagi setiap pelatih muslim. Antara biro atau lujnah yang terlibat dalam menjadi tulang belakang kepada Surau Al-Hidayah adalah :

  • LUJNAH TARBIAH
  • LUJNAH MAKANAN
  • LUJNAH HAL EHWAL WANITA (HELWI)
  • LUJNAH 3P
  • LUJNAH EKONOMI
  • LUJNAH HAL EHWAL SURAU (HES)

Antara aktiviti mingguan yang dijalankan di Surau al-Hidayah:

  • Isnin - Kuliyah Japim pada waktu Maghrib Isya'
  • Selasa - Usrah Gabungan bersama Ustaz Zakaria
  • Rabu - Takhsin Al-Quran dan Tadarus
  • Khamis - Bacaan Yassin dan Kuliyah Tujuh Minit (KULTUM)

Surau al- Hidayah juga mengadakan aktiviti luar seperti qiamullail remaja yang merupakan aktiviti anjuran bersama surau Al falah. Sila rujuk link ini untuk maklumat lanjut. http://suraualfalahulukinta.blogspot.com/

Diharapkan kita dapat sama-sama imarahkan surau al-hidayah dan memanfaatkan majlis ilmu yang diadakan di surau. InsyaAllah...
More

Wednesday, July 2

0

Salam ukhwah fillah...

Alhamdulillah akhirnya dapat juga disiapkan blog Surau Al Hidayah ini. Oleh kerana kekengan
masa membuatkan admin terpaksa menagguhkan proses untuk menyiapkan blog ini. Pelbagai
masalah seperti ketiadaan wireless membuatkan prosesnya lambat. Jadi harap maaf sekiranya
blog yang telah disiapkan ini tidak lah secantik dan menarik pun. Tapi, cukuplah jika ia dapat
menjadi satu wadah buat semua orang. diharapkan segala ilmu yang ada dalam blog ini dapat
dimanfaatkan bersama. bagi sesiapa di kalangan ahli jawatankuasa surau yang ingin post artikel
adalah amat di alu-alukan. Sekian dulu tinta dari admin... Wassalam
More
Powered by Blogger.