Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Ramadhan yang mulia menjelma lagi yang pastinya menjanjikan ganjaran pahala yang berlipat ganda kepada umat Islam yang benar-benar menghayatinya dengan memperbanyakkan amalan di bulan ini.
Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Kampus Ipoh sekali lagi mengadakan program tahunan sempena Ramadhan iaitu Program Ihya' Ramadhan. Seperti mana Ramadhan-Ramadhan sebelum ini pengisian sepanjang Ihya' Ramadhan pada tahun ini termasuklah:
1. Majlis Berbuka Puasa (Iftar Jama'i)
Majlis berbuka puasa pada tahun ini seperti mana tahun-tahun lepas iaitu setiap Jabatan-Jabatan di IPG Kampus Ipoh akan bergilir-gilir bergotong-royong menyediakan juadah berbuka puasa atau menaja juadah berbuka untuk semua pelatih guru yang berpuasa di Pusat Islam.
Berikut ialah jadual giliran penyediaan juadah berbuka puasa:
Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.
(At-Tirmidzi)
(At-Tirmidzi)
Hadith riwayat Ibn Majah dan al‐Hakim, daripada Ibn Umar bahawa Nabi bersabda maksudnya: " Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak."
2. Solat Tarawikh Berjemaah
Seoperti kebiasaan di bulan Ramadhan, solat tarawikh secara berjemaah di mana imam dan bilal terdiri daripada pelatih-pelatih guru IPG Kampus Ipoh.
3. Kuliah Tujuh Minit (KULTUM)
KULTUM dijalankan diantara selepas empat rakhaat Solat Sunat Tarawikh yang disampaikan secara bergilir-gilir oleh para pelatih guru IPG Kampus Ipoh.
Moreh:
Aktiviti moreh pula dibuat selepas solat terawih berjemaah di Pusat Islam Al-Hidayah. program ini juga diadakan pada hari Isnin dan Khamis sepanjang bulan Ramadhan untuk para pelajar dan para pensyarah. program ini juga akan diuruskan oleh unit yang bertugas untuk menguruskan iftar jam'ie pada hari tersebut. motif program ini juga adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara setiap pelajar dan pensyarah yang hadir untuk solat terawih berjemaah di Pusat Islam Al-Hidayah.
4. Radio Ramadhan
Sebagai pengisian rohani di bulan Ramadhan, radio ramadhan diteruskan di Pusat Islam Al-Hidayah dalam memberikan pengisian rohani tentang Ramadhan kepada semua pelatih yang berada di Pusat Islam sambil menunggu waktu berbuka puasa.
Penyampai radio ramadhan juga terdiri daripada pelatih-pelatih guru IPG Kampus Ipoh
Biro Agama dan Kerohanian sangat mengalu-alukan para pelatih guru IPG Kampus Ipoh untuk sama-sama menjayakan program Ihya' Ramadhan agar setiap daripada kita dapat mengecap nikmat pahala dan rahmat di sisi Allah.
Di bulan mulia ini juga, Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Kampus Ipoh mengajak semua warga muslim IPG Kampus Ipoh untuk meningkatkan amalan kepada Allah Taala. Solat Berjemaah di Pusat Islam, surau atau masjid serta amalan bersedekah hendaklah ditingkatkan sepanjang bulan Ramadhan ini dan diharap akan berterusan di bulan-bulan lain.
Hayatilah madrasah Ramadhan ini dengan sepenuhnya agar kita semua memperoleh redha Allah di akhirat kelak.
"Salam Ramadhan Kareem"
2 comments:
salam, bgus info Ramadhan ,
boleh dipertingkatkan
menarik, menarik ,teruskan memblog
Post a Comment