Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)

Monday, April 23

Kuliah Maghrib oleh Ustaz Salleh 22/4/12

Bismillahirrohmanirrohim...

Perkongsian Kuliah Maghrib oleh Ustaz Salleh sebentar tadi:

  • Pemuda penggerak Islam masa depan.
  • Apakah peranan anak muda? Kembali pada matlamat penciptaan, ubudiyyah (penghambaan) kepada Allah SWT.
  • Manusia sebagai khalifah, mentadbir bumi mengikut ketentuan Allah SWT.
  • Manusia menanggung amanah yang terbesar, tidak boleh ditanggung oleh mana-mana makhluk.
  • Telah tercatat di pintu syurga Rasulullah sebagai manusia terbaik.
  • Kisah permohonan nabi Adam yang 'mencemburui' umat Rasulullah SAW.
  • Apakah peranan Yaumul Mahsyar? Sebagai bukti adanya perhitungan, keadilan Allah SWT. Hatta kambing yang menanduk kambing yang lain akan dibangkitkan untuk diadili.
  • Salah satu sebab Abu Jahal menentang Islam adalah disebabkan engkar dengan hari perhitungan, mereka takut akan hal kezaliman yang mereka lakukan.
  • Harta dunia tidak akan pernah memuaskan manusia. Manusia hanya boleh 'ditambat' dengan hidayah Allah SWT.
  • Pelik bagi orang beriman, kerana mereka memperoleh kebaikan pada semua hal keadaan. Sakit bersyukur dengan kiffarah dosa, sihat bersyukur dengan nikmat.
  • Takrif wara': tak melakukan dosa besar, tak berterusan melakukan dosa kecil. Menunjukkan manusa tak terlepas dari dosa, melainkan nabi-nabi yang maksum.
  • Kita hanyalah pendorong, hidayah Allah yang mengubah hati manusia. Syaitan pun tidak mampu mengubah hati manusia, mereka hanya mempengaruhi. Rasulullah tidak mampu mengislamkan Abu Talib, bapa saudara sendiri.
  • Berkahwinlah, mengelakkan zina. Penenang hati. Penyejuk mata.
  • Peraturan Allah untuk mengawal, bukan mengekang manusia. Mengelakkan mudarat.
  • Sudah menjadi sunnatullah perjuangan Islam akan mempunyai pendokong (hawariyyun) dan penentang.
  • Tugas sebagai pemuda, pendidik: Mengikat diri sebagai ansarullah, pembantu agama Allah.
  • Tidak ada nabi yang tidak ada musuh, tidak ada nabi yang tidak bertembung dengan manusia.
  • Kita tidak memulakan perjuangan, tidak pula menamatkannya, kita hanya menyambungnya, diwariskan kepada generasi kemudian.







 

0 comments:

Powered by Blogger.