Alhamdulillah, syukur kerana atas nikmat dan kurnian Allah swt, kita masih lagi dapat mengecapi nikmat iman dan Islam..
Sedikit perkongsian buat sahabat-sahabat seperjuangan sebagai peringatan dalam kita menongkah arus kehidupan...
‘Aku sayang Allah.’
‘Aku cinta Allah.’
‘Aku rindu Allah.’
‘Aku dambakan kasih-Nya.’
‘Aku cinta Allah.’
‘Aku rindu Allah.’
‘Aku dambakan kasih-Nya.’
Seringkali kata-kata itu kita lafazkan. Namun, adakah ia benar-benar lahir ikhlas dari hati atau hanya zahir di mulut sahaja? (tepuk dada tanya iman)
Kata Saidina Ali bin Abi Talib:
Sesungguhnya keagungan Allah sentiasa bertapak dalam hati, apa yang mereka lihat selainNya adalah kecil belaka.
Cuba faham dan cerna kata-kata Saidina Ali Karamallahu Wajhah tersebut.
Cuba hayati maksud Hadis ni pula.
Jadi, soalan buat pembaca sekalian, dimana kita letak Allah dihati kita? Berapa kerap kita mengingatinya? Adakah kita hanya ingat padanya tatkala masa susah sahaja? Dan soalan yang paling penting, apa BUKTI CINTA kita pada-Nya?
Sama-sama kita muhasabah dan perbaiki diri dalam mencari reda Ilahi.
0 comments:
Post a Comment