بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Semester baru telahpun membuka tirainya. IPG Ipoh sekali lagi dengan berbesar hati menerima saudara-saudara baru yang datang dari pelabagai pelosok negeri pada semester kali ini. Sedekat-dekat Ipoh hinggalah sejauh-jauh Sabah dan Serawak. Pastinya semester kali ini mewarnakan lagi kehidupan di kampus IPG Ipoh.
Justeru, kami warga IPG Kampus Ipoh khususnya Biro Kerohanian dan Moral JPP, mengucapkan ahlan wasahlan dan tahniah kepada semua pelatih baru Unit L. Semoga adik-adik unit L dapat mengadaptasi kehidupan di kampus. Kami di Biro Kerohanian dan Moral mengalu-alukan sekiranya para pelatih baru mahupun pelatih-pelatih lain memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang kemusykilan yang terbuku di hati. Diharapkan perkenalan dengan pelatih-pelatih baru ini dapat meningkatkan ukhuwah antara satu sama lain.
Marilah sama-sama kita tingkatkan prestasi untuk semester baru ini. Tingkatkan amalan dunia dan juga beringat bekalan untuk dibawa ke akhirat.Jaga diri hiasi peribadi...(^_^)V
Mulakan kehidupan di kampus IPG Kampus Ipoh dengan semangat dan iltizam yang tinggi...Ayuh!! |
2 comments:
salam, tahniah kepada semua adik2x yang diterima masuk ke dalam ipg :)
assalammualaikum cikgu...teringat perkata ini masa jadi pelajar dulu-dulu....http://mykampong-hasdin.blogspot.com/2011/06/tragedi.html
Post a Comment