Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)

Sunday, July 12

Lawatan Penanda Aras 2009 ke Pantai Timur

Alhamdulillah, dengan izinNya dan inayahNya, Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Kampus Ipoh telah berjaya melaksanakan Lawatan Penanda Aras ke Pantai Timur. Lawatan yang merupakan lawatan penanda aras kedua dijalankan itu telah disertai oleh 42 orang ahli Biro Agama dan Kerohanian yang terdiri daripada Ahli Majlis Tertinggi Biro, Ketua Lujnah, Timbalan Ketua Lujnah dan ahli biasa. Manakala seramai 2 orang pensyarah telah bersama-sama kami dalam lawatan ini iaitu Ustaz Zakaria b Nasirudin selaku Penasihat Biro Agama dan Kerohanian dan Ustazah Wan Maznah Wan Ismail selaku wakil dari JAPIM.

Ternyata lawatan selama 3 hari itu merupakan lawatan yang sangat bermanfaat dan berguna khususnya kepada ahli-ahli penggerak Biro Agama dan Kerohanian untuk merancang dan memperkemaskan gerak kerja pada masa akan datang.

Membawa tema "Belajar Sambil Melawat", kami telah mengunjungi tiga buah Institut di Pantai Timur iaitu IPG Kampus Kota Bharu, IPG Kampus Sultan Mizan Besut dan IPG Kampus Dato' Razali Ismail K. Terengganu. Jika sebelum ini perhubungan antara badan dakwah di setiap IPG hanya terhad dan melalui blog sahaja, ternyata lawatan seumpama ini telah membuka lebih luas medium perhubungan dan mengukuhkan lagi ikatan ukhwah islamiyyah antara IPG kami dan IPG-IPG yang dilawati.

Pengalaman selama 3 hari walaupun singkat tetapi sangat bermakna apabila kedua-dua belah pihak saling belajar demi memperkasakan badan dakwah di setiap IPG masing-masing. Syukran kepada sahabat-sahabat Rakan Masjid IPG Kota Bharu, Badan Dakwah Kerohanian Dan Moral IPG Sultan Mizan Besut Terengganu dan Badan Dakwah dan Moral (BADAM) IPG Dato' Razali Ismail Kuala Terengganu di atas sesi perkongsian serta layanan yang cukup istimewa sepanjang kunjungan kami ke IPG antum. Semoga ikatan ukhwah antara kita akan lebih utuh dan berkekalan sampai bila-bila InsyaAllah...

Kami Biro Agama dan Kerohanian IPG Ipoh mengalu-alukan kedatangan antum semua ke IPG kami...

Berikut antara soroton indah sepanjang lawatan kami



Sesi taklimat sebelum bertolak


JK Pengisian memberi taklimat pengisian sepanjang lawatan


Memohon doa diberkati perjalanan dan lawatan kami



Sesi diskusi antara Biro Agama dan Kerohanian IPG Ipoh dan KRM IPG KB


Pemberian cenderahati tanda kenang-kenangan daripada kami


Melawat Masjid Kg Laut, Nilam Puri Kelantan...masjid tertua di Kelantan dan binaannya yang unik tanpa menggunakan sebatang paku


Sesi diskusi bersama IPG Kampus Sultan Mizan Besut

Sesi bergambar bersama lajnah Biro Agama dan Pendidikan IPG Sultan Mizan Besut

Syukran Jazilan...


Sesi diskusi di IPG Dato' Razali Ismail



Sesi bergambar bersama lajnah BADAM IPG Dato' Razali Ismail K. Terengganu


Melawat Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu


Masjid Kristal

::Semoga ahli-ahli Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Ipoh mendapat banyak manfaat daripada lawatan ini dalam usaha untuk memperkasakan Biro demi memberi kesedaran dan penghayatan Islam yang sebenar kepada seluruh mahasiswa IPG Ipoh::

Teruskan Perjuangan Sahabat-Sahabat demi Islam tercinta!!!

1 comments:

along Nazirah said...

Salam,. Tahniah diucapkan kepada semua ahli Biro Agama amnya dan peserta lawatan khususnya, kerana telah berjaya menjadikan lawatan ini satu realiti. Walaupun ana tak dapat join sekali, ana dapat membayangkan kemeriahan antum di sana. Sesungguhnya, lawatan penanda aras yg berkonsepkan "BELAJAR sambil MELAWAT" bukanlah suatu lawatan yang sambil lewa, tetapi satu perjalanan yang memanfaatkan setiap saat perjalanannya dengan pelajaran-pelajaran yang bermakna... Semoga lawatan ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa dan apa yang antum dapat daripada lawatan antum dapat dikongsi bersama semua warga Muslim IPG Kampus Ipoh.. Tidak lupa, IPG Kampus Ipoh, khususnya Pusat Islam Al-Hidayah menantikan idea-idea baru yang boleh diketengahkan, hasil daripada lawatan antum.. =)

Powered by Blogger.