Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)

Monday, February 1

Bulan Penghayatan Solat IPG Kampus Ipoh

“SOLAT MEMBINA BUDAYA CEMERLANG”




"Bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan."

(Al-Ankabut: 45)

Sepanjang Februari, Lujnah Tarbiah Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Kampus Ipoh akan mengadakan "Bulan Penghayatan Solat Peringkat IPG Kampus Ipoh 2010"


Bulan Penghayatan Solat ini diadakan untuk menggalakkan guru-guru pelatih muslim untuk mengimarahkan surau dan menunaikan solat secara berjemaah. Kempen ini dapat memupuk sifat perpaduan dan merapatkan lagi hubungan silaturahim antara pelatih muslim IPIP. Melalui kempen ini juga, seribu manfaat boleh diperolehi para guru pelatih dan pensyarah sekaligus membentuk insan yang diberkati Allah. InsyaAllah. Selaras dengan visi Biro Agama dan Kerohanian iaitu ke arah penerapan Islam menyubur biah solehah.

Objektif Karnival:

1. Memupuk dan menggalakkan amalan solat berjemaah.

2. Meningkatkan bilangan jemaah di Pusat Islam Al-Hidayah.

3. Memberi pengetahuan tentang kelebihan, kepentingan dan meningkatkan kualiti solat.

Sepanjang Februari, pelabagai aktiviti diaturkan kepada semua pelatih muslim IPG Kampus Ipoh. Berikut adalah rumusan aktiviti-aktiviti sepajang Bulan Penghayatan Solat:

TARIKH

HARI

PROGRAM

HURAIAN

1 FEB

ISNIN

SMART SOLAT

TAJUK: KESILAPAN DALAM RUKUN QAULI

PENCERAMAH: UST IDRIS

2 FEB

SELASA

3 FEB

RABU

4 FEB

KHAMIS

PELANCARAN BULAN PENGHAYATAN SOLAT

CERAMAH : PERANAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN MUSLIM

- PERANAN SOLAT

- FALSAFAH SOLAT

5 FEB

JUMAAT

QIAMMULAIL MINGGUAN/

6 FEB

SABTU

KURSUS IMAM DAN BILAL

7 FEB

AHAD

BENGKEL SOLAT

PAGI- PETANG

-AMALI TOHARAH

8 FEB

ISNIN

SMART SOLAT

TAJUK : KHUSYUK

PENCERAMAH: USTAZ AS’AD

9 FEB

SELASA

SMART SOLAT

TAJUK: KESILAPAN DALAM RUKUN QALBI

PENCERAMAH: UST PAHARUDDIN

-

10 FEB

RABU

HELWI-MADAH SISWA

11 FEB

KHAMIS

SMART SOLAT

KULIAH MAGHRIB: KESILAPAN RUKUN FI’LI

PENCERAMAH : UST RAZIMI

12 FEB

JUMAAT

13 FEB

SABTU

14 FEB

AHAD

CHINESE NEW YEAR

15 FEB

ISNIN

CHINESE NEW YEAR

16 FEB

SELASA

17 FEB

RABU

18 FEB

KHAMIS

19 FEB

JUMAAT

20 FEB

SABTU

21 FEB

AHAD

22 FEB

ISNIN

SMART SOLAT

KULIAH MAGHRIB : SOLAT JEMAAH : PANDUAN DAN PERMASALAHAN

23 FEB

SELASA

SMART SOLAT

TAJUK:IMAM BILAL

-KUIZ : IKUT UNIT

24 FEB

RABU

HELWI-MADAH SISWA

25 FEB

KHAMIS

SKETSA:

-SEJADAH KIAN KUSAM

-TENTANG KEMATIAN

-LUJNAH KESENIAN

26 FEB

JUMAAT

MAULIDUR RASUL

QIAMMULAIL PERDANA

BERMULA SELEPAS MAGHRIB

-LEPAS ISYAK TAYANGAN TENTANG QIAMMULAILL

-MUSLIMIN DI SRI SIANTAN

-MUSLIMAT DI PUSAT ISLAM

-SUBUH BERJEMAAH

-KULIAH SUBUH

-AHLI BIRO WAJIB

27 FEB

SABTU

QIAMMULAIL PERDANA

4 MAC

KHAMIS

PENUTUPAN BULAN PENGHAYATAN SOLAT




SMART SOLAT SIRI 1 (2 Februari 2010)



Smart Solat Siri 1 Bersama Ustaz Idris b Zainal Abidin, Pensyarah JAPIM IPG Ipoh
mengupas tajuk kesilapan dalam solat berkenaan rukun Qauli

AYUH BERSAMA-SAMA MENYOKONG PROGRAM INI!!!

1 comments:

Dx said...

salam ,diharap dengan adanya bulan ini mampu untuk mewujudkan Biah baru di IPG kampus ini

Powered by Blogger.