Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)

Thursday, February 18

Perutusan Tahun Baru Cina : Exco Kerohanian Dan Moral


Assalamualikum....dan salam Satu Malaysia.

SAYA mewakili Biro Agama dan Kerohanian ingin mengucapkan Gong Xi Fa Chai! Xin Nian Kuai Le! Gung Hay Fat Choy! Sun Nin Fy Lok! kepada semua masyarakat berbangsa Tionghua, IPG Kampus Ipoh khususnya siswa dan siswi yang jatuh pada 14 Febuari 2010. Selamat Tahun Baru.

”Perayaan Musim Bunga” dan kini lebih dikenali sebagai Perayaan Tahun Baru Cina adalah satu perayaan yang penting di kalangan Masyarakat Tionghua dan mengikut Kalendar Cina tahun ini adalah “ Tahun Harimau ”

Harimau atau “hu nian” melambangkan keberanian, dan dapat dilihat dalam beberapa segmen kehidupan Masyarakat Tionghua telahpun bergerak sepantas harimau seperti “Speaker’s Conner” . Mungkin ada yang ingin mengetahui keunikkan “Speaker’s Conner” Bahasa Mandarin, ( tidak terlupa pada bahasa lain) dijemputlah untuk menghadirinya. Anda pasti teruja.

Program yang terbaru , membuktikan “hu nian” bukan sahaja petah berbicara, tetapi telahpun “meresapi” ke dalam roh warga IPG kampus Ipoh dengan terjelmanya semangat muhibbah untuk “menderma darah” tanpa mengira kaum dan agama. Taniah diucapkan.

Slot Tulisan dalam Ruhul Jadid, mengenai pertuturan bahasa lain adalah semangat “hu nian“ yang patut dipuji. Pernahkah kita terfikir, sebelum kita tinggalkan kampus ini, kita mampu berbahasa selain dari bahasa ibuanda terutama Mandarin. Jika diwujudkan Kelas Mandarin untuk pelatih selain Bangsa Cina, bagaimana??. Hanya sekadar cetusan idea. Tidak dilupakan kepada bahasa lain.

Islam adalah agama yang tidak pernah mengamalkan diskriminasi kepada sesiapa sekalipun. Lantaran itu, Islam memerintahkan agar berlaku adil kepada semua manusia tidak mengira bangsa dan agama.

Satu perkara yang perlu diperingatkan, kami penganut Agama Islam boleh meraikan perkara yang melibatkan budaya namun jika ia berkaitan dengan agama seperti perayaan melibatkan tuhan dan dewa serta unsur berlawanan adalah ditentang.

Namun yang penting, “raikan kesamaan hormati perbezaan, jagalah perpaduan.” Terima kasih dan Sei sei.


Muhammad Firdaus b Jamaluddin

Exco Agama dan Kerohanian JPP IPG Kampus Ipoh '10

0 comments:

Powered by Blogger.