Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)

Wednesday, January 20

Madah Siswa : "Kuasa Bersuara Mahasiswa Guru"

"Bahang Asmara"

Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Kampus Ipoh di bawah Lujnah Hal Ehwal Wanita Islam (HELWI) telah mengadakan program pembentangan unit seperti mana semester lepas yang diberi nafas baru seiring dengan semester baru dan tahun baru. Program tersebut telah ditukar nama supaya lebih 'fresh' dan mantap iaitu dikenali sebagai "Madah Siswa".

Untuk minggu ini tanggal 18 Januari 2010, Madah Siswa telah dikendalikan oleh unit PISMP Ambilan Januari 2009 (Unit J) PAI/BI/BA (J17). Tajuk yang dipertanggungjawabkan kepada unit ini ialah tajuk semasa iaitu "Bahang Asmara".



Ternyata gaya penyampaian dan persembahan unit J17 dalam menerangkan isu ini amat mengkagumkan dan kelihatan lebih mantap walaupun mereka baru sahaja semester 2 di IPG Kampus Ipoh. Persiapan yang rapi dan persembahan berbentuk forum yang santai menjadikan Madah Siswa pada malam tersebut ringan dan begitu mudah untuk difahami mesejnya.

Pengerusi forum, saudari Farahin (Ahli Lujnah Riadah dan Rekreasi Biro) dan Pembantu Pengerusi, Saudara Ammar Ahmad (Ahli Lujnah 3P Biro) menggamatkan lagi suasana ditambah lagi dengan kehebatan para panel yang begitu mantap dari segi ilmu tentang isu tersebut. Panel-panel pada malam tersebut terdiri daripada saudari Husna (Ahli Lujnah Tarbiah Biro), saudara Khairul Rafizi (Ketua Lujnah Tarbiah Biro) dan saudara Naim Sidqi (Ketua Lujnah HES Biro).

Ahli panel sedang berforum


Ruang lingkup forum pada malam tersebut membincangkan tentang pengertian cinta, adakah Islam membenarkan cinta/couple? Bagaimana bercinta menurut Islam? Pendapat-pendapat yang dinyatakan oleh para panel berkenaan cinta ternyata 'solid' kerana berpandukan al-Quran dan al-Hadis dan bukannya pendapat kosong.

Selain itu, ahli-ahli panel juga turut mengupas berkenaan isu-isu semasa yang berpunca daripada cinta yang tidak terbendung. Contohnya kes anak gadis dilarikan, kes buang anak dan kes jual anak. Ternyata kupasan ahli-ahli panel yang mempunyai gaya masing-masing mampu memberi kesedaran tentang realiti masyarakat semasa dan langkah-langkan yang perlu diambil untuk membendungnya.

Malah pembentangan unit J17 kali ini lebih menarik dengan inisiatif mereka membuat video dengan merakam pasangan-pasangan yang ber'couple' di Padang Polo Ipoh dan sekitar Ipoh. Video berbentuk pendedahan tersebut telah berjaya menarik minat para jemaah yang hadir. Selain itu, mereka turut menemuramah mahasiswa-mahasiswi IPG Ipoh berkenaan pendapat mereka tentang erti cinta. Ternyata temu ramah secara spontan dan rawak itu mengundang pelbagai pendapat dan ada juga pendapat yang melucukan.

Tahniah kepada unit PISMP J17 kerana berjaya mengendalikan program Madah Siswa dengan jayanya walaupun merupakan unit pertama melakukannya pada semester ini. Malah usaha antum semua diharap dapat memberi kesedaran kepada seluruh pelatih IPG Ipoh khususnya pelatih muslim tentang makna cinta dalam Islam. Berikut adalah kata-kata yang dapat dipetik semasa Madah Siswa tersebut:

Menurut Naim Sidqi: terdapat suatu kisah di mana ada seorang pemuda telah jatuh hati kepada seorang muslimat yang solehah. Laku dia meluahkan perasaannya kepada muslimat tersebut. Tetapi muslimat tersebut memberikannya syarat dan jika pemuda itu berjaya memenuhi syarat tersebut, muslimat itu akan mengahwininya. Syaratnya ialah pemuda tersebut perlulah menunaikan solat Subuh secara berjemaah sebanyak 40 kali berturut-turut dengan takbir pertama bersama Imam. Pemuda itu bersetuju dengan syarat tersebut. Lalu dia pun menunaikannya sepertimana yang disyaratkan oleh muslimat tadi. Namun selepas 40 hari, pemuda itu tidak pergi berjumpa dengan muslimat tersebut bagi menuntut janji muslimat tersebut setelah dia berjaya melaksanakan syarat tersebut. Ini kerana sepanjang tempoh tersebut, dia telah menemui CINTA yang lebih agung iaitu CINTA ILAHI, CINTA kepada ALLAH!

Tahniah kepada semua unit J17.

Madah Siswa seterusnya akan dikendalikan oleh unit PISMP BM/PJ/KS (J1) Ambilan Julai 2009 yang akan mengupas tajuk "Guru Kencing Berdiri, Murid Kencing Berlari" pada 20 Januari 09 di Pusat Islam Al-Hidayah selepas solat Maghrib.

3 comments:

abdulfattah said...

MasyaAllah...tahniah sahabt2...mantop gitu..isi yg solid & penyampaian yg santai menjdikn madah siswa 'Bahang Asmara' begitu ringan & mudah difahami, malah ad yg tertanya2 bla akan diadakan lg madah siswa sebegini. Semoga apa yg disampaikan mampu memberi kesedaran kepada couple2 di IPG, masih belum terlewat u berubah..jom ikut cara Islam kan lebih selamat

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Katakan yang benaritu walaupun pahit"

Dx said...

teruskan kuasa bepidato mahasiswa...

Mohamad Shahrilniza said...

satu starting yang hebat..
pendekatan yang digunakan amat bagus..
namun tidak dinafikan kita hanya membincangkan isu tersebut tanpa memfokuskan jalan penyelesaian kepada masalah ini...walaupun begitu tahniah diucapkan...

Powered by Blogger.