Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)

Saturday, May 16

Selamat Hari Guru



Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan Sambutan Hari Guru dan pada tahun ini Sambutan Hari Guru bertemakan "Guru Pembina Nagara Bangsa". Di kesempatan ini Biro Agama dan Kerohanian JPP 08 IPGM Kampus Ipoh ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang sedang berkhidmat, pesara-pesara guru dan juga para bakal-bakal guru terutama yang sedang menuntut di IPGM-IPGM seluruh manusia

Guru dikatakan ibarat lilin, namun guru yang sebenar sepatutnya memberi manfaat kepada orang lain dan dirinya sendiri juga


Peranan Guru
Profesion keguruan merupakan rentetan daripada tugas kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W. Rasulullah diperintahkan oleh Allah Taala untuk menyampaikan Islam yang merupakan cara hidup terbaik agar manusia beroleh kejayaan di dunia mahupun di akhirat. Seperti mana firman Allah dalam Surah al-anbiyaa' ayat 107 yang bermaksud:
"Dan tiadalah Kami mengutus engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam"

Begitu juga tugas guru yang perlu mendidik manusia memperoleh kejayaan bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat. Tetapi ramai yang sebenarnya tidak sedar akan besarnya tanggungjawab tersebut. Jika baik apa yang diajar oleh seseorang guru, maka baiklah hasilnya dan jika buruk yang diajarnya maka buruk jualah hasilnya. Jika dahulu, di kampung-kampung, guru yang mengajar di situ begitu dihormati dan menjadi tempat rujukan orang-orang kampung. Berbanding dengan penjawat awam lain, guru lebih dipercayai oleh mereka. Gurulah dipanggil jika ada majlis keramaian, gurulah yang dipanggil jika ada kematian, semuanya begitu mempercayai guru. Malah, anak-anak pelajar lebih cendurung untuk mengikut apa yang diberitahu oleh guru mereka berbanding apa yang diberitahu oleh ibu bapa mereka, walaupun apa yang disampaikan oleh guru tersebut salah. Ini menunjukkan bahawa guru mempunyai pengaruh yang kuat. Oleh itu, sepatutnya para guru perlu mengggunakan pengaruh ini sebaiknya untuk menyampaikan ilmu-ilmu yang berguna kepada anak-anak bangsa agar tidak hanyut ke jalan yang salah.

Nabi s.a.w bersabda: "Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya Allah Taala berfirman kepada Malaikat penulis amalnya: "Tulislah juga untuknya amal-amal salih yang biasa ia lakukan;" kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan ia hidup berkeadaan baharu - bersih suci dari dosanya; dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberikannya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya."

(Anas r.a)




Sistem Sekular
Sistem pendidikan di Malaysia yang sekular menyebabkan berlaku kesukaran dalam membentuk murid-murid secara 'hostile' atau menyeluruh. Kita mungkin boleh membentuk murid yang pandai dari segi akademik namun gagal dari segi sahsiah dan rohani. Antara puncanya ialah tiadanya penerapan nilai-nilai rohani dan agama dalam subjek-subjek akademik seperti Sains, Matematik dan sebagainya. Sebaliknya, penerapan ini hanya berlaku dalam subjek Pendidikan Islam yang hanya diajar selama 1-2 jam sahaja seminggu. Sedangkan Islam itu 'syumul', merangkumi kesemua aspek kehidupan manusia dan subjek Sains dan Matematik contohnya ada diterangkan oleh Islam dalam al-Qur'an. Sepatutnya, para guru menggunakan peluang ini untuk menerapkan juga akan unsur-unsur agama dalam subjek-subjek tersebut, dengan melahirkan sifar kagum akan ciptaan Allah dan berasa takut akan kebesaran-Nya. Ini dapat melahirkan pelajar-pelajar yang takut berbuat perkara-perkara buruk kerana takut akan seksa Allah. Namun senario ini tidak banyak berlaku dalam sistem pendidikan kita maka tidak hairanlah jika masalah sosial dan jenayah di kalangan pelajar meningkat saban hari.

Ayuh Reflek Diri
Sebagai bakal guru, seharusnya kita mempersiapkan diri kita dari segi mental, fizikal dan rohani. Setiap perbuatan kita akan dihisab oleh Allah di akhirat kelak, mahukah kita disoal oleh Allah di atas apa yang kita ajarkan tidak berpaksikan akhirat tetapi dunia semata-mata. Para pelajar kita pandai sehingga menjadi doktor dan 'engineer' tetapi meninggalkan Allah...ayuh kita renung dan reflek sebelum terlambat. Semoga kita semua menjadi "MUALLIM"... "MUADDIB"..."MURABBI" sejati

"SELAMAT HARI GURU" GURU BERKUALITI PENJANA KHAIRA UMMAH

0 comments:

Powered by Blogger.