Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)

Saturday, May 23

Selamat Berjuang Sahabat-Sahabat TESL



Kepada sahabat-sahabat TESL Cohort 1 terutama kepada ahli-ahli Biro Agama & Kerohanian JPP 09, kami ucapkan selamat maju jaya dan selamat berjuang di negara orang pula. Semoga usaha dakwah antum yang bermula di IPGM Kampus Ipoh ini akan berterusan di University of Warwick pula.

Kenangan manis dan suka duka bersama dalam sesi Biro Agama & Kerohanian 09 ini sudah pasti akan tersemat di sanubari kami selamanya. Kami doakan antum semua selamat berangkat ke Warwick dan selamat menempuhi sesi pengajian di sana.

Jasa antum dikenang, selamat berjuang:
1. Anuar bin Ibrahim (Lujnah HES)
2. Syafiq (Lujnah Ekonomi)
3. Saiful Izuddin (Lujnah Makanan)
4. Atika bt Rosli (Lujnah Tarbiah)
5. Nur Farahin bt Ismail (Lujnah HELWI)
6. Nur Aqilah bt Dahlan (Lujnah Tarbiah)
7. Erma Farida bt Abu Hassan (Lujnah Tarbiah)
8. Sakinah (Lujnah HES)
9. Aireen (Lujnah HELWI)
10. Su (Lujnah HELWI)
11. Fizah (Lujnah HELWI)

Serta semua pelatih TESL COHORT 1

Dalam satu hadis Rasulullah bersabda: “Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”. Lalu malaikat bertanya: “Nak kemana?” Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..” Tanya malaikat lagi: Untuk apa?” lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.” Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?” Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.” Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?” Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:” Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:

” Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)


University of Warwick menanti...


IPGM Kampus Ipoh dikenangi...



Pusat Islam Al-Hidayah di hati...

1 comments:

Teagan W said...

Hi great readingg your post

Powered by Blogger.