Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)

Wednesday, August 25

Syukran Jazilan Kepada Semua

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani

Penapis Air Baru di Pusat Islam Al-Hidayah

Penapis Air yang sudah boleh digunakan di Pusat Islam Al-Hidayah, IPG Kampus Ipoh


Alhamdulillah, hasil sumbangan semua pihak, Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Kampus Ipoh telah berjaya membeli Penapis Air untuk digunakan semasa majlis iftar dan berbuka puasa di Pusat Islam Al-Hidayah.

Antara dorongan kepada membeli Penapis Air yang baru untuk Pusat Islam Al-Hidayah ialah kerana melihat kepada keperluan air yang bersih dengan kadar yang banyak dan cepat dalam satu-satu masa terutama semasa majlis berbuka puasa. Jumlah jemaah yang berbuka puasa seramai lebih kurang 300 orang menyebabkan ahli Lujnah Makanan dan petugas-petugas penyedia iftar setiap hari di Pusat Islam Al-Hidayah memerlukan Penapis Air ini untuk memudahkan lagi kerja.

Atas sumbangan semua pihak termasuklah:

1) Para pelatih IPG Kampus Ipoh
2) Alumni-alumni Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Kampus Ipoh (PISMK OUM)
3) Para pensyarah IPG Kampus Ipoh
4) Individu persendirian

diucapkan jutaan terima kasih, syukran jazilan...hanya Allah yang mampu membalas jasa dan sumbangan anda semua. Ketahuilah bahawa besar ganjarannya usaha atau sumbangan anda semua lebih-lebih lagi di bulan penuh barokah ini, bulan Ramadhan yang selagi mana Penapis Air ini terus digunakan di Pusat Islam Al-Hidayah maka selagi itulah pahala akan berterusan kepada anda semua walaupun anda hanya menyumbang 1 sen sekalipun. Begitu juga selagi mana orang minum air tersebut, maka selagi itu para penyumbangnya akan mendapat pahala.


Firman Allah yang bermaksud:

"Dana apa pun infak atau nazar yg kamu janjikan, maka sungguh Allah mengetahuinya.."

(Al-Baqarah ayat 270)


Oleh itu, diharapkan agar lebih banyak lagi usaha dan sumbangan daripada semua pihak dalam membantu memudahkan kerja-kerja kami terutama Biro Agama dan Kerohanian. Semoga usaha-usaha ini akan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah Azza Wa Jalla....InsyaAllah


Penyediaan juadah berbuka puasa dan moreh menjadi lebih mudah dengan adanya Penapis Air baru di Pusat Islam


Terima kasih kepada penyumbang dan warga IPG Kampus Ipoh yang menjayakan iftar jama'i sepanjang Ramadhan ini...hanya Allah yang mampu membalas jasa anda semua


Kami, Biro Agama dan Kerohanian mendoakan agar para penyumbang dan semua warga IPG Kampus Ipoh mendapat keredhaan-Nya...syukran jazilan

0 comments:

Powered by Blogger.