Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)

Friday, April 10

KELAS TAHFIZ INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KAMPUS IPOH

"Ke arah melahirkan generasi guru acuan Al-Quran"


Pada 10 April yang lalu, Biro Agama dan Kerohanian JPP telah berjaya mengadakan kelas tahfiznya kali ke-4. Pensyarah penasihat bagi kelas tersebut adalah Ust Zakaria Nasirudin dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Kelas tersebut telah disertai oleh pelajar dari pelbagai unit di bawah bimbingan penuh Ust Ayatulrab Muhd Rosti, Pengetua Sekolah Tahfiz Ad-din.


Rasional penubuhan kelas tahfiz ini adalah :

1. Terdapat segelintir di kalangan pelatih ada yang pernah menghafal Al-Quran semasa di sekolah dahulu. Jadi dengan wujudnya ‘Kelas Tahfiz Al-Quran’ ini dapat membantu mereka meneruskan serta menjaga hafazan mereka.

2. Sebagai salah satu daripada aktiviti yang telah dirancang dalam aktiviti Kelab Rakan Surau di bawah kelolaan Biro Agama dan Kerohanian JPP yang perlu dilaksanakan.

3. Mendapat permintaan dari pelatih.

4. Untuk melahirkan pelatih yang dapat menguasai ilmu Al-Quran dan dapat membimbing rakan-rakan mereka bagi menyelesaikan masalah sebahagian pelatih IPIP yang tidak mampu membaca Al-Quran dengan baik.

5. Sebagai medan ilmu serta pengisian rohani kepada para pelatih bagi mengelakkan diri dari terlibat dengan gejala sosial dan hiburan yang semakin meningkat.

6. Melahirkan guru akademik yang boleh menghafaz dan membaca al-Quran dengan baik.



Kelas yang diadakan setiap Jumaat jam 3 hingga 5 petang dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi hafazan dan sesi tajwid. Semasa sesi hafazan pelajar akan mendengarkan bacaan yang telah dihafaz pada ustaz dan sesi tersebut berlansung bermula jam 3 hingga 4.30 petang. Manakala pada jam 4.30 hingga 5 petang sesi tajwid akan bermula dimana ustaz akan menyentuh sedikit sebanyak ilmu tajwid kepada para pelajar.

Dari sudut silibus hafazan pula, pelajar dikehendaki untuk menghafaz empat buah surah dalam tempoh tiga bulan dengan kadar hafalan satu muka surat untuk satu minggu. Empat buah surah tersebut ialah Surah As-Sajadah, Surah Yasin, Surah Al-Insan dan Surah Al-Mulk. Selepas 3 bulan tersebut, barulah pelajar akan mula untuk menghafal juzuk yang pertama dan seterusnya. Bagi mengukuhkan lagi daya hafalan, setiap pelajar akan menyalin setiap muka surat yang telah dihafal di dalam sebuah buku tulis. Diharapkan dengan wujudnya kelas tahfiz ini akan mampu melahirkan generasi guru acuan Al-Quran pada masa hadapan. Kepada mana-mana pelajar yang berminat penyertaan masih dibuka.

Suasana perjalanan kelas


Ustaz sedang menyampaikan ilmu berkaitan tajwid Al-Quran


Pelajar sedang mendengarkan bacaan pada ustaz


1 comments:

imtiazsofea said...

teruskan usaha..

insya' akan usulkan pada biro agama kami. selama ni mmg nak buat kls tahfiz macm ni,tp masih belum kesampaian..

ip afzan's

Powered by Blogger.