Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)

Wednesday, January 14

KEMPEN IPGM KAMPUS IPOH BERSAMA PALESTIN : "PEDULI PALESTIN, JANGAN BERDIAM DIRI"

Biro Agama & Kerohanian dengan kerjasama Biro-Biro Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang lain telah merancang aktiviti khas iaitu Kempen IPGM Kampus Ipoh Bersama Palestin bagi menyuarakan keprihatinan dan perasaan ambil peduli akan isu penyerangan Israel kepada bumi Palestin.

Didorong rasa kemarahan dek tindakan Israel yang semakin hari semakin melampau dengan siri serangan ke atas Gaza yang semakin diperhebatkan sehinggan ratusan telah syahid, Biro telah menjemput wakil dari AMAN Palestin Perak untuk menyampaikan ceramah berkaitan Palestin. Di samping itu juga terdapat Pameran berkaitan Palestin dan kutipan tabung kemanusiaan Palestin turut akan digerakkan. Semoga usaha ini bakal memberi kesan dan kesedaran kepada semua terutama warga siswa siswi untuk bangkit menyuarakan rasa tidak puas hati kita kerana kekejaman Israel ini. "Hentikan Pembunuhan, Selamatkan Palestin"

Tentatif

Khamis, 15 Jan 2009

9.00 pagi : Pameran Palestin

3.00 petang : Ceramah bertajuk "Palestin Terancam" - (Pelajar-pelajar sekolah menengah sekitar Ipoh)

7.15 malam : Solat Maghrib
Ceramah bertajuk "Palestin Terancam" - (Pelatih muslim IPGM Ipoh)


Jumaat, 16 Jan 2009

7.45 pagi : Perhimpunan bermula

8.00 pagi : Ucapan untuk Palestin (wakil 3 kaum : Melayu, Cina & India)

8.30 pagi : Persembahan Pentomin

8.45 pagi : Pelancaran Tabung Kemanusiaan Palestin


"SEMUA WARGA IPGM IPOH DIJEMPUT HADIR"

3 comments:

Anonymous said...

Tahniah di atas segala usaha murni ini, semoga Allah menerimanya sebagai ibadah,amin. semarakkan juga perjuangan melalui penulisan!
"Berdiri tegaklah memperjuangkan pendirian selama hidupmu, sesungguhnya kehidupan itu ialah keyakinan dan perjuangan"
(petikan daripada himpunan kata-kata hukamak dan ungkapan penyair-penyair arab)
Cik Hjh Norhayati Haji Sidek
Pensyarah Jabatan Sains, IPIP.

Anonymous said...

salam.. tahniah buat semua penggerak perjuangan islam di ipip. Semoga usaha ini akan berterusan sehingga ke generasi yang akan datang. Ana mewakili student B.Ed Tesl cohort 1 sangat berharap islam akan terus gemilang di ipip. Tak sabar untuk melihat kegemilangan ipip selepas ini. InsyaAllah. Doakan kami semua berjaya meneruskan perjuangan di bumi orang pule ye..

Anonymous said...

hope smua yg p 2 bkn sbb kena paksa..
amin..

Powered by Blogger.