Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)

Thursday, January 15

Dari IPIP Untuk Palestin

Alhamdulillah, tanggal 15 & 16 Januari 2009, Biro Agama & Kerohanian JPP bersama Biro-biro JPP yang lain telah berjaya mengadakan Program Kempen IPIP bersama Palestin. Dengan bertemakan "Peduli Palestin, Jangan Berdiam Diri", program tersebut telah berlangsung dengan jayanya dengan penglibatan yang amat menggalakkan dari pelati-pelatih dan staf-staf IPIP. Program yang membawa objektif kesedaran tentang isu Palestin ini kepada semua warga IPIP agar dapat menyalurkan bantuan mengikut kemampuan masing-masing dan tidak hanya sekadar mendengar sahaja tanpa berbuat apa-apa.

Pameran Palestin


Gambar-gambar Palestin sumbangan Aman Palestin Perak

Pada 15 Januari 2009, satu pameran telah diadakan untuk seluruh warga institut dan pelawat-pelawat dari dua buah sekolah sekitar Ipoh iaitu SMK Hulu Kinta dan Sekolah Raja Perempuan Taayah. Pameran tersebut telah dibantu oleh pihak Aman Palestin Perak sendiri dari segi penyediaan bahan pameran. Selain pameran tayangan video berkaitan Palestin turut diadakan untuk pengunjung.

Perhimpunan Khas

Pada 16 Januari 2009, satu perhimpuanan khas Program Palestin IPIP telah diadakan. Perhimpunan tersebut turut dihadiri oleh Tuan Timbalan Pengarah IPIP. Dalam perhimpunan tersebut, sesi ucapan wakil daripada tiga kaum telah diadakan dengan wakil kaum Melayu telah disampaikan oleh Zulfikri Zamir bin Mohd Munir (PISMK OUM PJ), wakil kaum Cina oleh Rocky (BedTESL cohort 1) dan wakil kaum India oleh Mohan (PISMP IPGM BT Sem 1). Majlis dihangatkan lagi dengan persembahan pentomen dari Kelab Teater IPIP yang telah melakonkan aksi yang cukup memukau dan hebat.

Lakonan Penderitaan Rakyat Palestin oleh Kelab Teater IPIP

Lakonan Dialog antara Pimpinan Hamas dan Fatah

Kekejaman Yahudi diekspresikan dalam bentuk pentomen

Kutipan Tabung Kemanusian Palestin

Isu Palestin bukan lagi isu agama atau bangsa lagi tetapi telah menjadi isu kemanusiaan sejagat. Kekejaman dan kezaliman Yahudi yang menyerang dan meratah hidup-hidup rakyat Palestin tanpa sebab yang musabab telah menyebabkan ramai yang menderita dan memerlukan bantuan. Oleh itu, hasil kerjasama dengan Aman Palestin Perak, pihak jawatankuasa pelaksana telah melancarkan tabung Palestin yang telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah IPIP, Tuan Hj Isa bin Khalid. Alhamdulillah hasil kutipan selama tiga hari telah mencecah sebanyak RM 5000 lebih daripada kalangan pelatih dan pensyarah.

Syukran kepada antum semua, semoga usaha kita mampu membantu saudara seagama di Palestin. Peduli Palestin, Jangan Hanya Berdiam Diri!!!

0 comments:

Powered by Blogger.