Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)

Monday, December 22

Jihad Semangat vs Jihad Ilmu

JIHAD SEMANGAT VS JIHAD ILMU[1]
Kesempatan melawati blog kawan-kawan yang lain kadang-kadang ada bagusnya juga, dengan membaca hasil penulisan dan fikrah kawan-kawan yang lain dapat juga kita mengukur tahap kualiti penulisan dan kekreatifan penulisan kita.Disamping boleh juga kita menambahkan ilmu dan maklumat.Tak kurang juga blogger dan webmaster yang senior-senior, kalian memberikan tunjuk ajar untuk saya terus menulis.Dan yang paling penting saya berpedoman dengan hadith Nabi sallallahu`alaihwasallam:
من دعا إلى هدى ؛ كان له من الأجر مثل أجور من تبعه ؛
لا ينقص ذلك من أجورهم شيئا ومن دعا إلى ضلالة ؛ كان عليه من الإثم مثل آثام
من تبعه ؛ لا ينقص ذلك من آثامهم شيئا
Barangsiapa yang menunjukkan jalan ke arah petunjuk, maka baginya ganjaran(pahala) sama seperti ganjaran sesiapa yang mengikutinya,malah tidak mengurangi sedikit pun daripada ganjarannya dan barangsiapa yang menunjukki ke arah kesesatan, maka baginya dosa seperti dosa sesiapa yang mengikutinya, malah tidak mengurangi sedikit pun daripada dosa-dosanya.[2]
Alhamdulillah, semakin hari semakin bertambah blog-blog dakwah, bermacam-macam warna, bentuk, fikrah, menu dan citarasa yang boleh kita dapati.Setakat pemerhatian saya sangat banyak blogger-blogger muda yang seusia saya yang mula berjinak-jinak dengan arena blog ini.Cuma saya ingin mengigatkan tujuan utama kita blogger-blogger muslim bukanlah sama seperti blogger-blogger yang non muslim, ataupun separa muslim.Tujuan utama kita menulis ialah untuk menegakkan kebenaran, memberikan petunjuk kepada kebenaran, menyebarkan dakwah Islam, menyuruh kepada ma`ruf dan menegah daripada kemungkaran.BUDAYA COPY PASTE
Apabila dikatakan kemungkaran ramai dikalangan kita yang Nampak ianya hanya berzina, mencuri, rasuah, minum arak dan sebagainya, namun apabila dikatakan menciplak, copy paste hasil kerja orang lain kemudian mengaku hasil kerja sendiri maka ianya seakan-akan bukannya kemungkaran.Maka seharusnya para blogger muslim perlu peka terhadap masalah ini.Saya teringat seorang hamba Allah yang menegur saya ketika saya membuka blog saya.Dia menyapa saya kemudian dia bertanya: “ Engko tulis sendiri ke semua ni?”.Saya jawab: “ Ya!” “Sekali dengan nota-nota kaki ke?” tanya dia lagi. Saya jawab: “ Ya!” “Saya pun ada blog juga, tapi copy paste je artikel-artikel, bukan apa, tak ada masa nak tulis-tulis ni!” tambah hamba Allah tu lagi.Sepatutnya blogger-blogger mempunyai kehendak yang kuat untuk menulis dan ianya perlu datang dari qalbun `amiiq[3], bukan hanya ikut-ikutan atau budaya bila ramai orang buat blog akupun nak buat juga, tanpa memikirkan kemampuan dirinya dan masa untuk menguruskan blog.Ingatlah apa yang kita tulis akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah subhanahuwata`ala kelak.[4]
AMANAHBagi golongan yang berdegil nak copy paste hasil kerja orang lain juga, saya syorkan agar meyertakan link atau alamat web atau blog yang diambil artikel disitu.Ini adalah kaedah yang paling mudah dan paling penting selamat daripada dosa.Bayangkan jika artikel yang kita copy adalah artikel syiah ataupun ajaran sesat yang tidak pasti akan kesahihannya maka kita juga turut sama akan mendapat saham di akhirat kelak akibat kesesatan yang turut kita sebarkan.Ingtlah malaikat sentiasa mencatat setiap apa yang kita lakukan.JIHAD SEMANGAT VS JIHAD ILMUSaya teringat pengajian hadith Shahih Bukhari yang saya ikuti setiap hari sabtu di Bangunan Tabung Haji[5].Satu hadith ni mungkin boleh menjadi perungkai kepada kesamaran kita selama ini terhadap konsep jihad yang sebenar dalam Islam.
عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَجَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْقِتَالُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَإِنَّ أَحَدَنَا يُقَاتِلُ غَضَبًا وَيُقَاتِلُ حَمِيَّةً فَرَفَعَ إِلَيْهِ رَأْسَهُ قَالَ وَمَا رَفَعَ إِلَيْهِ رَأْسَهُ إِلَّا أَنَّهُ كَانَ قَائِمًا فَقَالَ مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ
Daripada Abi Musa, Beliau berkata: “ Ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah sallallahu`alaihwasallam, dia bertanya: “ Wahai Rasulullah! Apakah itu perang Fi sabilillah? Kerana kita kadang-kadang berperang dengan marah dan kadang-kadang hanya dengan semangat.” Nabi sallallahu`alaihwasallam mengangkatkan kepalanya kepada orang itu- baginda tidak mengangkatkan kepalanya melainkan kerana orang itu sedang berdiri- lalu menjelaskan: “ Sesiapa yang berperang supaya ajaran Allah menjadi tinggi, dialah yang berperang Fi sabilillah.”[6]
Jihad dari segi bahasa ialah bersungguh-sungguh atau tekun, dari segi istilahnya syariat ialah menyeru kepada agama yang benar(Islam), dan memerangi sesiapa yang tidak menerimanya( yang menzahirkan pemusuhan terhadapnya)[7]. Menurut Ibn Hajar jihad ialah berusaha(hingga sanggup berkorban) memerangi golongan kuffar( yang memerangi Islam).Abu Darda` radiallahu`anhu berkata:
" إِنَّمَا تُقَاتِلُونَ بِأَعْمَالِكُمْ "Seungguhnya kamu berjihad(berperang)dengan amalan-amalan kamu [8]
Jihad dalam syariat juga dikaitkan dengan usaha kita bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu, dengan menuntut ilmu, kemudian beramal dengannya, kemudian mengajarkannya kepada orang lain.[9]Jihad melawan syaitan pula ialah dengan berusaha melawan syubhat-syubhat[10] dalam agama dan apa yang menghiasi syahwat.
Sepatutnya kita perlu meneladani sikap salaful ummah[13] dan mendahulukan ilmu di atas semangat.Mereka sentiasa berpedoman kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah sallallahu`alaihwasallam,bukan berpedoman kepada perlembagaan parti atau ketua-ketua yang tidak ma`sum[14].
Justeru marilah kita sama-sama berjuang menegakkan kalimah dan ajaran Allah di dalam diri kita, keluarga kita, kawan-kawan, masyarakat dan Negara. Kita bina daulah dalam diri kita.Dan aku teringat ketika aku menghadiri kuliah Syeikh Salim Ied al-Hilali[15] di Kajang.Beliau berpesan kepada pemuda-pemudi : “ Isytaghillu bil `ilmi !” ( “ Sibukkan diri kamu dengan ilmu!!)Faqir ila Allah,Abu Ayyub Muhammad Fashan b.Ahmad Ziadi19 November 200807:44 a.mTaiping, Perak
[1] Metologi penulis adalah metodologi penulisan secara ilmiah[2] Riwayat Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibn Majah lihat Silsilah as-Shahihah, al-Albani no: 865
[3] Lubuk hati yang dalam ataupun semangat yang kuat[4] Al-Isra`[17] :36[5] Pengajian disampaikan oleh Maulana Mohd Asri Yusof, moga Allah memelihara dan menjaganya.
[6] HR Bukhari no: 120 ( Bab orang yang bertanya sambil berdiri seorang `Alim yang sedang duduk)[7] Al-Qamus al-Fiqhi juz 1 hlm 71, edisi Maktabah Syamilah cetakan ke.2[8] Fathul Bari bi Syarh Shahih al-Bukhari, Ibn Hajar al-`Asqalani jilid 8 hlm.401 edisi maktabah Syamilah cetakan ke2[9] Al-Qamus al-Fiqhi juz 1 hlm 71, edisi Maktabah Syamilah cetakan ke.2[10] Kesamaran.Seperti masalah syirik,bid`ah dan khurafat yang menjadi samar bagi mereka yang tidak menuntut ilmu.
[11] Cara Demonstrasi bukanlah berasal dari Islam tapi ianya jelas berasal dari barat. Sila rujuk tulisan berkaitan demonstrasi dalam Islam.[12] Sila rujuk Buku Sejarah Pemikiran 1 Sumber Ilmu, Perbandingan Ideologi Dan Orde Baru Dunia oleh Sulaiman Noordin.[13] Mereka ialah golongan para sahabat, tabi`in, tabi` tabi`in dan ulama yang diiktiraf oleh Allah dan Nabi sebagai sebaik-baik generasi.[14] Terpelihara dari dosa dan kesilapan.[15] Beliau merupakan seorang ahli Hadith lahir di Palestin, merupakan anak murid utama al-Albani. Moga Allah merahmati dan memeliharanya.

#Article ini dipetik daripada blog Abu Ayyub Muhammad Fashan b.Ahmad Ziadi b.Ibrahim

0 comments:

Powered by Blogger.