Alam Perkahwinan merupakan alam yang perlu ditempuh oleh setiap orang yang bergelar hamba Allah yang beriman kepada-Nya dan Nabi Allah, Muhammad S.A.W. Kerana Rasulullah bersabda bahawa bukan dari golonganku sesiapa yang tidak berkahwin. Jelas kepada kita akan pentingnya tuntutan perkahwinan dan melalui perkahwinan juga skop medan dakwah menjadi semakin luas dan mencapah. Itu pun jika kita mengetahui akan besarnya hikmah membentuk keluarga muslim atau Baitul Muslim.
Sesunggunhya Allah telah memberikan ni’mat kepada hamba-hambaNya dengan disyari’atkannya perkawinan, kerana di dalamnya terdapat kebaikan yang banyak dan penuh kebaikan.
Allah swt berfirman:
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaannya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tentram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-rum 21).
Bahkan di IPIP sekalipun, dunia perkahwinan adalah antara perkara terpenting yang harus difikirkan oleh pelatih-pelatih guru IPIP terutama pelatih yang hanya tinggal 2 semester berbaki dana para pelatih KPLI yang akan mula mengajar di sekolah-sekolah. Malah saya sendiri baru menghadiri majlis walimaturus seorang bekas pelatih KPLI IPIP beberapa hari yang lalu. Alhamdulillah, para pelatih kita sedar akan hikmah besar mendirikan rumah tangga daripada bercinta atau ‘bercouple’ selama bertahun-tahun tanpa ikatan yang sah. Sedangkan fatwa ulama’ sendiri telah mengharamkan percintaan sebelum kahwin dan ‘bercouple’.
Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.
Manakala, Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram? Jawab beliau; Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya.
Pemilihan Pasangan Menurut Islam
Sebenarnya pembentukan keluarga Islam atau Baitul Muslim adalah salah satu daripada langkah besar dakwah yang akhirnya akan membentuk masyarakat Muslim dan pemerintahan Islam atau Daulah Islamiyyah. Kerana melalui keluargalah akan lahir para mujahid mujahadah Islam yang sanggup membela Islam jika dididik dan dicorakkan dengan ajaran islam sebenar. Oleh itu, pemilihan suami atau isteri juga matlah penting Rasulullah bersabda:
"Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana tarafnya, keturunannya dan pangkatnya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengambil wanita yang beragama supaya kamu berbahagia".
Walaubagaimanapun, memilih pasangan dari aspek agama adalah paling penting. Kerana ramai pendakwah atau dai’ yang begitu hebat berdakwah di kampus tiba-tiba lenyap apabila berkahwin terutama muslimat. Antara faktornya ialah mereka berkahwin dengan pasangan yang berlainan fikrah. Syukur kepada Allah jika lelaki yang meminangnya mengetahui akan kepentingan berdakwah dan tidak terhad di kampus dan kepada lelaki sahaja. Adalah malang sekali jika jejaka yang masuk meminangnya bukan dari kalangan orang yang memahami dakwah dan jamaah, sekalipun dia kelihatan warak, baik, penyantun dan sebagainya. Perlu diingat, isteri wajib taat kepada suaminya.
Kunci kebahagian pasangan suami isteri di dunia dan akhirat ialah ketaqwaan kepada Allah kerana dengan demikian akan tumbuh suatu keluarga yang baik, sebagaimana akan tumbuh suatu masyarakat muslim yang bahagia.
Allah swt. berfirman tentang beberapa sifat para hambaNya :
“Dan orang-orang yang berkata : ‘Ya Robb kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (al-furqan: 74).
Kepentingan Perkahwinan Dalam Dakwah
Dari Abu Hurairah t berkata : Rasulullah r bersabda :
“Orang mu’min yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik terhadap para isterinya.” (Riwayat Turmizi, dan katanya : hadits hasan shahih).
Kelansungan usaha dakwah hanya akan berlaku jika pasangan yang dipilihnya memahami tuntutan dakwah itu sendiri. Dengan itu, anak-anak yang dilahirkana nanti bakal penerus usaha ibu bapa mereka. Oleh itu, ambillah iktibar kata-kata hikmah ini:
Akhir kalam, semoga kita terus istiqamah dalam menegakkan ma’ruf dan mencegah yang mungkar walaupun kita telah bergelar suami mahupun isteri. Kepada pelatih-pelatih IPIP terutama bekas pelatih-pelatih KPLI, selamat mengharungi dunia rumah tangga dan selamat pengantin baru daripada warga Biro Agama & Kerohanian.
1 comments:
bercinta sblm kawin haram??
Post a Comment