Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)

Friday, October 31

Family Day & Majlis Sambutan Hari Raya Biro Agama & Kerohanian 08

Pada 30 Oktober 2008 bersamaan dengan hari Khamis, Biro Agama & Kerohanian JPP IPIP 2008 telah menganjurkan hari keluarga & Majlis Sambutan Hari Raya. “Family Day” yang pertama kali diadakan oleh Biro Agama & Kerohanian JPP IPIP 2008 merupakan percubaan yang berjaya dan aktiviti yang telah dijalankan lebih berunsurkan riadah dengan tujuan merapatkan ukhuwwah antara ahli-ahli Biro Agama & Kerohanian.
"Semoga Ukhuwwah Antara Kita Akan Berkekelan dan di rahmati Allah"


Berkumpul selepas selesai solat asar berjamaah


Sesi taklimat muslimat


"Cayok! Cayok!"


"Pasukan Kuda Belang Muslimin"


"GOLLL!!!...."


We Are The Champion!!!


"Team Ukkhuwah Fillah"




Bacaan Yassin & Tahlil Arwah


Alhamdulillah...hidangan yang menyelerakan (^^)






Selamat Menjamu Selera...


Muslimin menjamu selera bersama Ustaz Mat Idris...


Turut hadir MT JPP IPIP 08...tambah-tambah...jangan segan2


Slot meraikan hari jadi ahli-ahli Biro Agama & Kerohanian pada bulan 10 & 11


Wahai Rasul Ku Rindu Hikmahmu
Sahabat-sahabat,dengan nama Allah,mari kita..
Saling merapatkan,bukan merenggangkan
Saling mempersaudarakan,bukan memperseterukan
Saling mengilmukan,bukan menjahilkan
Saling menyatukan,bukan memecahbelahkan
Saling menyayangkan,bukan membencikan
Saling mempermudahkan,bukan menyusahkan
Saling mencerahkan,bukan menggelapkan
Saling menyelesaikan,bukan membebankan
Saling membijaksanakan,bukan membebalkan
Saling memurnikan,bukan mengeruhkan
Saling mensalihkan,bukan memfasikkan
Saling menggembirakan,bukan menyedihkan
Saling memuliakan,bukan menghinakan
Saling menguatkan,bukan melemahkan
Saling membinakan,bukan meruntuhkan
Saling meningkatkan,bukan menurunkan
Saling menguntungkan,bukan merugikan
Saling mengindahkan,bukan memburukkan
Saling menyedarkan,bukan memalukan
Saling membahagiakan,bukan mencelakakan
Saling mendoakan,bukan mela'natkan
Saling mentaqwakan,bukan memaksiatkan
Saling melembutkan,bukan menggarangkan
Saling menasihatkan,bukan menggelarkan
Saling mendamaikan,bukan menggawatkan

0 comments:

Powered by Blogger.