Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)

Friday, October 10

JOM Meriahkan SYAWAL!!!


Salam.. Ramadhan berlalu sudah, Syawal kini menjelang. Bulan ini bulan menuai hasil Ramadhan.. Berjayakah kita meneruskan segala amalan dan perubahan tingkah laku yang kita lakukan di bulan Ramadhan? Dalam bulan ini juga, pahala menanti bagi yang berpuasa selama 6 hari. Dalam kesibukan kita memenuhi undangan rumah terbuka rakan-rakan dan para pensyarah, sama-samalah kita cari ruang dan masa untuk berpuasa 6 sebelum tamatnya Syawal ini.



Biro Agama dan Kerohanian JPP, IPIP, mengalu-alukan pelatih yang berpuasa untuk sama-sama berbuka puasa di Surau Al-Hidayah. Semalam, 9 Oktober 2008, seramai 97 orang pelatih Muslimin dan Muslimat berbuka puasa di Surau Al-Hidayah. Turut serta dalam majlis ini adalah Tuan Pengarah IPIP, Pemangku Timbalan Pengarah IPIP, beberapa orang warden dan pensyarah IPIP. Selepas berbuka puasa, diadakan bacaan Yasiin dan Tahlil.

Untuk Kempen Puasa 6, Biro Agama dan Kerohanian akan menyediakan juadah ringan seperti kuih-muih dan kurma untuk berbuka pada 13, 16, 20, 21 dan 22 Oktober 2008. Pada 23 Oktober 2008, makanan berat akan disediakan kepada pelatih yang berbuka puasa di Surau Al-Hidayah.

Jadi.. apa tunggu lagi? Moh ler kite same-same carik pahala lebih di bulan Syawal ni.. Ate.. klik kat link ni untuk baca tentang puasa 6 dari blog Saifulislam.com.
http://saifulislam.com/?p=943

0 comments:

Powered by Blogger.