Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)

Thursday, July 31

resensi buku



TAJUK :
AHMADINEJAD Singa Baru Dunia Islam
PENULIS : Muhsin Labib, Ibrahim Muharam, Musa Kazhim & Alfian Hamzah
PENERBIT : PTS Publications
TAHUN PENERBITAN : 2008
BIL MUKA SURAT : 145


"Pertama, apakah jenayah itu benar-benar berlaku? Apakah memang benar terjadi pembakaran manusia seperti itu? sekiranya betul perkara itu terjadi, maka pelakunya mesti dikenakan hukuman. Dan Eropahlah jawapan terhadap masalah itu, bukannya Palestin. Pertanyaan kami ini sengatlah jelas, sekiranya memang pernah berlaku di Eropah, aka hukuman juga haruslah ditanggung di Eropah. Kedua, sekiranya anda mengatakan perkara itu tidak terjadi, kenapa mesti terbunuh rejim yang merampas dan menjajah Palestin? Mengapa negara-negara Eropah menyatakan komitmen bagi membelanya? Pertanyaan kami, apakah pembunuhan dan pembakaran ke atas rakyat Yahudi memang benar-benar terjadi atau pun tidak? sekiranya memang belum pernah terjadi, maka untuk apakah permainan ini?" Berikut adalah sedutan temubual Presiden Republik Islam Iran, Mahmoud Ahmadinejad dengan Majalah Der Spiegel Jerman berkenaan isu peristiwa Holocaust.


Berikut pula adalah sedutan surat Mahmoud Ahmadinejad kepada George W. Bush, "Adakah mungkin seorang yang mengaku sebagai pengikut Jesus dan berpegang teguh kepada hak-hak asasi manusia menganggap Liberalisasi sebagai model peradaban, menolak penggunaan senjata dan pembunuhan awam dan sebaliknya berusaha membentuk suatu bentuk masyarakat antarabangsa yang universal iaitu masyarakat yang diyakini akan dipimpin oleh Nabi Isa dan orang-orang baik di seluruh dunia tetapi pada waktu yang sama menyerang dan menceroboh beberapa negara, nyawa melayang dan kehormatan serta norma mulia dilecehkan., pembakaran kampung, kota atau kafilah, hanya kerana sangkaan akan berlaku pelbagai jenayah ataupun menguasai sebuah negara hanya kerana disangka memiliki senjata pemusnah. Dia lalu membunuh ratusan ribu penduduknya dan memusnahkan sumber air, pertanian dan industrinya serta menghantar satu pasukan tentera yang terdiri daripada 180 000 orang ke sana. Rumah dan harta benda rakyat dimusnahkan dan sebagai akibatnya, negeri itu dimundurkan lebih dari 50 tahun.


Dalam banyak pemimpin Islam yang lain, Ahmadinejad menjadi simbol reaksi pantas Islam terhadap pencabulan Barat di Timur Tengah, khasnya. Mempertikaikan dengan lantang peristiwa Holocaust, mempersoalkan secara terbuka sokongan kuat Amerika terhadap kuasa Zionis di Palestin malah dengan tegar mempertahankan polisi nuklear Iran walaupun ditentang hebat oleh dunia melalui tekanan Amerika. Bekas pensyarah dan bekas Datuk Bandar Tehran ini tidak segan menyapu sendiri jalan-jalan di kota ataupun membersihkan sendiri longkang yang tersumbat. Beliau malah menjadikan rumah yang diperuntukkan kepada Datuk Bandar sebagai muzium dan tinggal di sebuah rumah di hujung jalan mati, pergi ke mana-mana dengan kereta Peugoet 1977.


Buku ini hasil penyelidikan empat wartawan bebas yang kebetulan pernah menimba ilmu di Iran. Siapakah Ahmadinejad yang secara logis mempersoalkan, "Sekiranya dunia melihat nuklear ini keji dan kami tidak boleh menguasai dan memilikinya, mengapa kamu memilikinya?" Buku yang telah menduduki carta nombor satu jualan gerai PTS di Pesta Buku 2008 April yang lalu ini memperincikan dengan jelas siapa lelaki kecil yang dengan berani menyatakan Amerika sebagai 'penjahat' yang tidak lama lagi akan jatuh seperti air pancut.

0 comments:

Powered by Blogger.