Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)

Tuesday, April 24

Kesempurnaan Solat 23/4/12

Bismillahirrohmanirrohim...

Perkongsian Kuliah Kesempurnaan Solat oleh Ustaz Zakaria sebentar tadi:
- Hidup dalam jemaah menenangkan.
- Kes halusinasi di UPSI, kawan serumah dengan anak ustaz. Mangsa terdengar bisikan suara. Mangsa seorang pelajar yang baik.
- Syarat-syarat sah mengikut imam.
- Makmum wajib niat ikut imam. Imam perlu niat untuk dapatkan pahala, jika tidak masih sah namun pahala jemaah tak dapat pada imam.
- Sentuh imam semasa solat, bukan sebelum solat. Haram mengganggu semasa orang lain sedang bersolat. Tak perlu tepuk pun tidak mengapa.
- Tidak boleh mendahului imam walaupun satu rukun, kecuali salah sangka semasa rukuk (ustaz memberi perumpamaan orang yang dimain-mainkan semasa solat, menyangka imam telah iktidal sedangkan belum melakukannya).
- Rukun hanya pada salam pertama solat. Makmum boleh memberi salam semasa imam memberi salam kedua. Salam kedua sunat sahaja.
- Permasalahatan mubaligh yang memanjangkan suara dan menguatkan suara.
- Masalah memakai tirai di dalam masjid.
- Kalau jemaah tak nampak imam, boleh hanya mendengar (dalam tempat yang sama), ataupun jika tak dengar asalkan boleh nampak saf terakhir yang mengikut imam (dalam tempat yang sama).
- Tidak sah jika tidak berada pada tempat yang sama. Umpamanya mengikut solat jemaah dari siaran langsung di televisyen.
- Hendaklah jemaah berada dalam satu bangunan, tak lebih 300 hasta, tidak ada dinding penghalang yang boleh menghalang pergerakan makmum sampai ke tempat imam, walaupun di jalan raya.
- Soalan dari jemaah surau.
- Permaslahatan solat di Kaabah mengikut imam.
- Jika imam tidak membaca doa qunut dan tidak sujud sahwi, tak perlu makmum melakukannya.
- Penyelesaian dan cadangan bagi yang liat untuk bagun subuh: pasangkan penggera lagu yang dibenci, pesan pada ruh tidur, dan banyakkan membaca fadilat solat subuh.
- Masalah senyum berlawanan jantina, ataupun sekadar tundukkan pandangan. Boleh senyum jika tiada syahwat dan fitnah.
- Masalah mak nyah yang bersolat jemaah: di mana kedudukannya? Di tengah-tengah bagi yang khunsa.
- Mufarakah ketika imam silap: terkena najis, tersilap rukun, yang mana setelah ditegur imam masih tidak menyedari, boleh mufarakah.
- Permasalahatan perempuan haid di masjid: ada pendapat mengharamkan terus, dan ada yang membenarkannya, asalkan tidak mengotori masjid.
- Permasalahatan orang kafir memasuki masjid: Boleh untuk tujuan dakwah Islamiah, asalkan terpelihara dari kotoran dan pendedahan aurat.




0 comments:

Powered by Blogger.