Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)

Tuesday, January 26

2

Ledakan Riadah Islam!!!



26 Januari 2010, bertempat di Padang Hoki IPG Kampus Ipoh telah berlangsung pertandingan futsal peringkat Institut anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPG Ipoh. Pertandingan tersebut terbuka kepada semua warga institut dan Biro Agama dan Kerohanian turut tidak melepaskan peluang menyertainya.

Lujnah baru Biro, Lujnah Riadah & Rekreasi telah menghantar dua pasukan iaitu satu pasukan muslimin dan 1 pasukan muslimat. Ternyata lujnah yang baru setahun jagung ini telah membuktikan bahawa tiada halangan untuk bersukan dalam Islam mengikut syariat yang betul. Di bawah pimpinan Ketua Lujnah Riadah & Rekreasi, Mohd Farhan b Jamaludin, kumpulan muslimin yang diberi nama 'Muslimin United' telah membawa mesej Islam di padang futsal walaupun tidak berjaya memenangi peringkat saringan. Namun bukan kemenangan yang menjadi matlamat utama tetapi kehadiran golongan-golongan yang memahami syariat Islam dalam arena sukan lebih penting agar dakwah bilhal dapat berlaku. Ini dapat dilihat terutama dengan penglibatan muslimat yang menunjukkan cara pemakaian muslimat tidak menghalang untuk giat beraksi di padang selain mempamerkan etika dan nilai-nilai muslimat yang betul semasa bersukan. Ternyata terdapat perbezaan apabila kumpulan Biro muslimat bermain jika dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan lain.

Berikut adalah antara rentetan-rentetan sepanjang Pertandingan Futsal:

Ketua pasukan, Farhan sedang memberikan kata-kata semangat dan strategi perlawanan kepada rakan-rakan pasukannya. Hidup Islam!


Muslimin United menunjukkan belangnya di padang dengan beraksi berbaju biru


Bukan kemenangan jadi taruhan utama, itulah yang disemat dalam sanubari setiap ahli pasukan Muslimin United



Sepakan untuk ummah!




Muslimat Power....kumpulan muslimat berbaju hijau dan bertudung merah jambu. Antara yang menyertai pertandingan ialah Timbalan 1, saudari Fawwiza, Setiausaha, Nor Adilah, pemantau lujnah Riadah & Rekreasi, saudari Norafhatina, ahli-ahli lujnah Riadah dan Rikreasi dan muslimat-muslimat daripada lujnah HELWI



Pasukan-pasukan lain yang menyertai pertandingan tersebut


Muslimin United bersama-sama penyokong-penyokong dan Penasihat Biro Agama dan Kerohanian, Ustaz Zakaria b Nasarudin....sebiru permaidani taman syurga

Semoga usaha antum semua dibalas ganjaran besar disisi Allah kelak...Majulah sukan untuk ummah!!!
More

Sunday, January 24

1

Yahoo! Groups Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Ipoh

"Da'i Penggerak Islah, Penjana Khaira Ummah"

Visi:
Menerapkan kefahaman Islam dan membentuk biah solehah

Objektif:

1. Menjadi medium penyampaian maklumat kepada setiap ahli Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Ipoh

2. Membolehkan ahli berkongsi maklumat dengan admin blog Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Ipoh

3. Memudahkan penyampaian maklumat kepada ahli Biro semasa cuti semester


Semua ahli Biro Agama dan Kerohanian perlulah menerima 'invitation' untuk menyertai Yahoo! group Biro Agama dan Kerohanian yang akan dihantar ke email masing-masing

Sebarang maklumat dan pemberitahuan berkenaan aktiviti Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Ipoh akan dihantar melalui Yahoo! group ini

Ahli-ahli Biro juga digalakkan menghantarkan sebarang maklumat dan info-info dakwah kepada Yahoo! group ini untuk dimasukkan ke dalam blog dan disebarkan kepada umum

Yahoo!group hanya akan menjadi aktif dengan kerjasama semua ahli Biro


Firman Allah yang bermaksud: "Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan memberi peringatan yang baik dan berhujahlah dengan mereka melalui kata-kata yang baik."

(Surah al-Nahl, ayat 125)




style="border: 0px;"
alt="Click to join birokerohanianjpp"/>

Click to join birokerohanianjpp


More

Wednesday, January 20

3

Madah Siswa : "Kuasa Bersuara Mahasiswa Guru"

"Bahang Asmara"

Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Kampus Ipoh di bawah Lujnah Hal Ehwal Wanita Islam (HELWI) telah mengadakan program pembentangan unit seperti mana semester lepas yang diberi nafas baru seiring dengan semester baru dan tahun baru. Program tersebut telah ditukar nama supaya lebih 'fresh' dan mantap iaitu dikenali sebagai "Madah Siswa".

Untuk minggu ini tanggal 18 Januari 2010, Madah Siswa telah dikendalikan oleh unit PISMP Ambilan Januari 2009 (Unit J) PAI/BI/BA (J17). Tajuk yang dipertanggungjawabkan kepada unit ini ialah tajuk semasa iaitu "Bahang Asmara".



Ternyata gaya penyampaian dan persembahan unit J17 dalam menerangkan isu ini amat mengkagumkan dan kelihatan lebih mantap walaupun mereka baru sahaja semester 2 di IPG Kampus Ipoh. Persiapan yang rapi dan persembahan berbentuk forum yang santai menjadikan Madah Siswa pada malam tersebut ringan dan begitu mudah untuk difahami mesejnya.

Pengerusi forum, saudari Farahin (Ahli Lujnah Riadah dan Rekreasi Biro) dan Pembantu Pengerusi, Saudara Ammar Ahmad (Ahli Lujnah 3P Biro) menggamatkan lagi suasana ditambah lagi dengan kehebatan para panel yang begitu mantap dari segi ilmu tentang isu tersebut. Panel-panel pada malam tersebut terdiri daripada saudari Husna (Ahli Lujnah Tarbiah Biro), saudara Khairul Rafizi (Ketua Lujnah Tarbiah Biro) dan saudara Naim Sidqi (Ketua Lujnah HES Biro).

Ahli panel sedang berforum


Ruang lingkup forum pada malam tersebut membincangkan tentang pengertian cinta, adakah Islam membenarkan cinta/couple? Bagaimana bercinta menurut Islam? Pendapat-pendapat yang dinyatakan oleh para panel berkenaan cinta ternyata 'solid' kerana berpandukan al-Quran dan al-Hadis dan bukannya pendapat kosong.

Selain itu, ahli-ahli panel juga turut mengupas berkenaan isu-isu semasa yang berpunca daripada cinta yang tidak terbendung. Contohnya kes anak gadis dilarikan, kes buang anak dan kes jual anak. Ternyata kupasan ahli-ahli panel yang mempunyai gaya masing-masing mampu memberi kesedaran tentang realiti masyarakat semasa dan langkah-langkan yang perlu diambil untuk membendungnya.

Malah pembentangan unit J17 kali ini lebih menarik dengan inisiatif mereka membuat video dengan merakam pasangan-pasangan yang ber'couple' di Padang Polo Ipoh dan sekitar Ipoh. Video berbentuk pendedahan tersebut telah berjaya menarik minat para jemaah yang hadir. Selain itu, mereka turut menemuramah mahasiswa-mahasiswi IPG Ipoh berkenaan pendapat mereka tentang erti cinta. Ternyata temu ramah secara spontan dan rawak itu mengundang pelbagai pendapat dan ada juga pendapat yang melucukan.

Tahniah kepada unit PISMP J17 kerana berjaya mengendalikan program Madah Siswa dengan jayanya walaupun merupakan unit pertama melakukannya pada semester ini. Malah usaha antum semua diharap dapat memberi kesedaran kepada seluruh pelatih IPG Ipoh khususnya pelatih muslim tentang makna cinta dalam Islam. Berikut adalah kata-kata yang dapat dipetik semasa Madah Siswa tersebut:

Menurut Naim Sidqi: terdapat suatu kisah di mana ada seorang pemuda telah jatuh hati kepada seorang muslimat yang solehah. Laku dia meluahkan perasaannya kepada muslimat tersebut. Tetapi muslimat tersebut memberikannya syarat dan jika pemuda itu berjaya memenuhi syarat tersebut, muslimat itu akan mengahwininya. Syaratnya ialah pemuda tersebut perlulah menunaikan solat Subuh secara berjemaah sebanyak 40 kali berturut-turut dengan takbir pertama bersama Imam. Pemuda itu bersetuju dengan syarat tersebut. Lalu dia pun menunaikannya sepertimana yang disyaratkan oleh muslimat tadi. Namun selepas 40 hari, pemuda itu tidak pergi berjumpa dengan muslimat tersebut bagi menuntut janji muslimat tersebut setelah dia berjaya melaksanakan syarat tersebut. Ini kerana sepanjang tempoh tersebut, dia telah menemui CINTA yang lebih agung iaitu CINTA ILAHI, CINTA kepada ALLAH!

Tahniah kepada semua unit J17.

Madah Siswa seterusnya akan dikendalikan oleh unit PISMP BM/PJ/KS (J1) Ambilan Julai 2009 yang akan mengupas tajuk "Guru Kencing Berdiri, Murid Kencing Berlari" pada 20 Januari 09 di Pusat Islam Al-Hidayah selepas solat Maghrib.
More

Thursday, January 14

1

Kuliah Semasa

"KULIAH SEMASA"

TARIKH:
14 JANUARI 2010

MASA:
7.10 - 9.00 MALAM

TEMPAT:
PUSAT ISLAM AL-HIDAYAH
IPG KAMPUS IPOH

PENCERAMAH:
USTAZ HJ AS'AD BIN AWANG
KETUA JABATAN PENDIDIKAN ISLAM & MORAL (JAPIM)

TAJUK:
"ISU KALIMAH ALLAH"


SEMUA PELATIH MUSLIM DIJEMPUT HADIR



Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)."

(HR Muslim)
More

Wednesday, January 6

1

Ayuh Kemaskan Gerak Kerja Pejuang-Pejuang Islam!

Salam Ukhwah Fillah kepada sahabat-sahabat sepejuangan Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Kampus Ipoh dan seluruh pelatih-pelatih IPG Kampus Ipoh. Selamat kembali ke bumi IPG Ipoh untuk memulakan semester baru dengan semangat baru.

Alhamdulillah, semakin hari semakin mantap Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Ipoh apatah lagi dengan kehadiran wajah-wajah baru atau para dai' baru iaitu pelatih-pelatih unit J (PPISMP Ambilan Julai 2009) yang ingin bersama-sama memikul beban dakwah dan bernaung di bawah lembayung rahmat Allah dalam memperjuangkan agama suci Islam di bumi IPG Kampus Ipoh. Malah kehadiran pelatih-pelatih unit J ini juga telah memberi wajah baru dalam struktur tanzim Biro Agama dan Kerohanian yang semestinya lebih 'fresh' dan mantap dalam menyebarkan fikrah Islam. Ini kerana berkuatkuasa tahun 2010, penstrukturan Biro Agama dan Kerohanian JPP telah secara rasmi dilakukan dengan terdapat pertukaran ketua-ketua lujnah dan timbalan-timbalan ketua lujnah. Manakala ahli lujnah juga diberi peluang untuk berehat, meneruskan berkhidmat atau menukar lujnah mengikut kesesuaian dan kemampuan. Alhamdulillah, berkat rahmat daripada Allah organisasi baru Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Ipoh telah berjaya dibentuk. Selain itu, terdapat juga perubahan lujnah di mana Lujnah Tugas-Tugas Khas telah ditukarkan kepada Lujnah Riadah dan Rekreasi setelah dikaji dan dipersetujui oleh AMT Biro. Ini tidak lain adalah untuk memantapkan lagi Biro.

Namun harus diingat bahawa tugas memperjuangkan agama Allah ini bukanlah seperti duduk di sebuah kerusi yang empuk dan selesa, jalannya penuh liku dan mencabar yang menuntut pengorbanan yang besar daripada kita semua. Hanya yang benar-benar ikhlas sahaja yang mampu menggalas tugas dan tanggungjawab ini.

Kepada seluruh ahli Biro Agama dan Kerohanian ini pesanan untuk kita semua

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah Dengan jihad Yang sebenar-benarnya Dia lah Yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamaNya); dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah Dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. ia menamakan kamu: "Orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di Dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi Yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang Yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang Yang benar dan Yang salah). oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. maka (Allah Yang demikian sifatnya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik pemberi pertolongan.

(Al-Hajj: 78)


Dalam hadits lain, Rasulullah saw. bersabda, “Berbuatlah sesuai dengan kemampuanmu, sesungguhnya Allah tidak akan merasa bosan sampai kamu sendiri yang merasa bosan. Dan sesungguhnya amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang terus-menerus sekali pun sedikit.” (Mutafaq ‘alaih)


"Hari ini kita sedang menghadapi suatu realiti bahawa perjuangan menyambung lidah baginda Rasul saw. semakin sengit dan getir. Suatu realiti yang memaksa kita memiliki segala kekuatan dalaman dan luaran.
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya."

(As-Syahid Hasan Al-Banna - Tokoh Pejuang Islam)


Sedarlah bahawa sekarang bukanlah lagi masa untuk menilai siapa hebat antara kita, siapa yang paling tinggi pangkatnya dan berasa senang dan cepat berpuas hati apabila dihidangkan dengan kemenangan dan kesenangan hidup. Ingatlah sahabat-sahabat, matlamat kita yang paling utama ialah untuk mendapatkan kesenangan di akhirat kelak.

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".

(An-Ana'am 162-163)

Usah dihiraukan pangkat kita setinggi mana sekalipun kerana di sisi Allah hanya keihlasan dinilai, maka berjuanglah untuk agama Allah ini walau di mana sekalipun lapangan kita.

Di kesempatan ini juga, pihak admin Blog Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Kampus Ipoh ingin mengucapkan tahniah dan selamat berjuang kepada pimpinan-pimpinan baru Biro Agama dan Kerohanian JPP dan selamat meneruskan perjuangan buat ahli-ahli yang masih istiqamah bersama Biro.

Firman Allah dalam surah Fath ayat 10 yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang Yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka Hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). oleh itu, sesiapa Yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa Yang menyempurnakan apa Yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala Yang besar."

Semoga pimpinan baru Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Kampus Ipoh akan memantapkan tarbiah dan dakwah di IPG Ipoh dan Islam mampu dijadikan cara hidup di kampus ini.

More
Powered by Blogger.