Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)

Friday, July 24

2

Selayang Pandang Ceramah Sambutan Israk Mikraj 1430 H

Alhamdulillah, puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya program "Ceramah Sambutan Isra' Mikraj 1430 H" Peringkat IPG Ipoh dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ceramah yang bermula selepas solat Maghrib berjemaah itu telah dihadiri oleh dif-dif jemputan seperti Tuan Pengarah, Tuan Hj Abdul Kadir b Basiran, Timbalan Pengarah, Tuan Hj Isa b Khalid, pensyarah-pensyarah, staf-staf sokongan serta para mahasiswa IPG Ipoh yang membanjiri Pusat Islam Al-Hidayah.

Mengingati Peristiwa Besar Umat Islam

Walaupun setiap tahun ceramah sebegini diadakan, namun bukan kuantiti ceramah yang perlu dipersoalkan tetapi penghayatan tentang peristiwa Isra' Mikraj itu, adakah betul-betul dihayati oleh setiap daripada kita. Maka ceramah seperti ini adalah satu langkah kesedaran kepada kita umat Islam yang perlu sentiasa ingat akan peristiwa Nabi diisra' dan dimikrajkan.


Dr Fahmi sedang menyampaikan ceramah

Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin.

Firman Allah yang bermaksud:
“Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Al-Isra’: 1)


Para mahasiswa IPG Ipoh sedang khusyuk mendengar ceramah


Lujnah Ekonomi tidak melepaskan peluang untuk membuka gerai jualan


Mahasiswa dan mahasiswi IPG Ipoh memenuhi Pusat Islam Al-Hidayah untuk sama-sama mendapatkan ilmu sebanyak boleh


Para mahasiswi yang begitu fokus dan teruja mendengar ceramah Dr Fahmi


Sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.”

(An-Najm: 13-18).



Jamuan dif-dif jemputan, Tuan Penceramah, Tuan Pengarah dan para pensyarah

Semoga Ceramah Sambutan Isra' Mikraj kali ini membawa seribu satu kefahaman kepada para mahasiswa dan mahasiswi IPG Ipoh dalam usaha mencari kerdhaan Allah...InsyaAllah
More

Tuesday, July 21

4

Ceramah Sambutan Israk Mikraj 1430 H


Tarikh :
23 Julai 2009 (Khamis)


Masa :
7.30 - 9.30 malam


Tempat :
Pusat Islam Al-Hidayah IPG Kampus Ipoh

Penceramah:
Dr. Mohd Fahmi bin Abdul Kadir
(Pensyarah Kolej Komuniti Gerik)

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Ayuh Bersama-sama Kita Selami Peristiwa Isra' Mikraj Dengan Kefahaman Yang Jitu dan Keimanan Yang Sebenarnya...

Firman Allah yang bermaksud:
“Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Al-Isra’: 1)

More

Sunday, July 19

0

Tadarus a.k.a "Quranic Circle"


Biro Agama dan Kerohanian dengan kerjasama Jabatan Pengajian Islam dan Moral (JAPIM) akan mengadakan kelas "Quranic Circle" atau QC.

QC merupakan kelas yang berkonsepkan tadarus iaitu mebaca al-quran secara berkumpulan dan diselitkan pengisian mengikut modul-modul dalam silibus usrah.

Antara objektif QC ialah:

1. Memberikan peluang kepada para mahasiswa Islam untuk memantapkan lagi bacaan al-Qur’an dari segi tajwid, penyebutan makhraj huruf dan sebagainya.

2. Menanamkan sifat cintakan al-Qur’an dalam diri para mahasiswa.

3. Memberikan pendedahan terhadap para mahasiswa terhadap isi kandungan al-Qur’an.

4. Mengeratkan hubungan antara mahasiswa Islam.

5. Menanamkan kesedaran kepada mahasiswa Islam peri penting menguasai ilmu al-Qur’an sebagai tunjang dalam kehidupan kita seharian.

QC adalah diwajibkan untuk pelatih-pelatih muslim Ambilan Julai 2009 (unit J).

Pelaksanaan QC ialah:

1. Terdapat seorang mentor (senior) dan mentee (junior unit J). Mentor akan mengetuai bacaan al-Quran kemudian diikuti oleh mentee.

2. Setiap kumpulan akan dibimbing oleh seorang pembimbing (ahli Majlis Nuqaba').

3. Selesai bertadarus, mentor akan membuka topik pengisian mengikut modul yang telah ditetapkan.

QC akan dijalankan pada setiap Selasa selepas waktu Maghrib hingga Isyaq di Pusat Islam Al-Hidayah IPG Ipoh

::Ayuh sama-sama menyokong usaha murni ini dan semoga kita mampu melahirkan pelatih IPG Ipoh yang cintakan al-Quran::
More
0

Ahlan Wasahlan Pelatih-Pelatih Baru IPG Ipoh


Tanggal 20 Rejab 1430 Hijrah bersamaan 13 Julai 2009, IPG Kampus Ipoh telah menerima seramai 318 orang pelatih baru Ambilan Julai 2009 dalam program PPISMP. Ternyata jumlah ambilan kali ini terbayak setakat ini dan kebanyakannya terdiri daripada kursus-kursus yang baru. Antara kursus-kursus tersebut ialah:

1. BM/PJ/KS
2. BM/PJ/PSV
3. SN/BM/BI
4. SN/BC/CI
5. BC/PJ/KS
6. BC/PJ/KS
7. BT/PJ/KS
8. BT/PJ/PSV
9. BI/EL/MtSn (Sek Ren)
10.BI/EL/MtSn (Sek Men)
11.PKH/KS/PJ
12.MT/BC/BI
13.PA/BA/BI

Kami Biro Agama dan Kerohanian IPG Ipoh mengalu-alukan kedatangan anda semua ke kampus Ipoh dan semoga anda semua dapat menyesuaikan diri dengan suasana di IPG Ipoh.

Pada hari pendaftaran pelatih baru, Biro Agama dan Kerohanian juga tidak melepaskan peluang mengadakan jualan di bawah Lujnah Makanan yang menjual makanan dan minuman manakala Lujnah Ekonomi menjual buku-buku agama pada hari tersebut. Alhamdulillah hasil jualan memberangsangkan untuk dimasukkan ke dalam dana Biro. Syukran kepada sahabat-sahabat yang bertungkus lumus secara langsung mahupun tidak langsung pada hari tersebut.

Di dalam kemeriahan hari pendaftaran tersebut, seluruh arga Insitut dikejutkan dengan pemergian ibu mertua Ketua Jabatan PJK yang juga merupakan warden iaitu Tuan Haji Zulkifli ke Rahmatullah. Pada tengahari selepas selesai solat Zuhur, telah diadakan solat jenazah di Pusat Islam Al-Hidayah. Biro Agama dan Kerohanian mengucapkan takziah kepada Tuan Haji Zulkifli sekeluarga...Al-Fatihah
More

Sunday, July 12

1

Lawatan Penanda Aras 2009 ke Pantai Timur

Alhamdulillah, dengan izinNya dan inayahNya, Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Kampus Ipoh telah berjaya melaksanakan Lawatan Penanda Aras ke Pantai Timur. Lawatan yang merupakan lawatan penanda aras kedua dijalankan itu telah disertai oleh 42 orang ahli Biro Agama dan Kerohanian yang terdiri daripada Ahli Majlis Tertinggi Biro, Ketua Lujnah, Timbalan Ketua Lujnah dan ahli biasa. Manakala seramai 2 orang pensyarah telah bersama-sama kami dalam lawatan ini iaitu Ustaz Zakaria b Nasirudin selaku Penasihat Biro Agama dan Kerohanian dan Ustazah Wan Maznah Wan Ismail selaku wakil dari JAPIM.

Ternyata lawatan selama 3 hari itu merupakan lawatan yang sangat bermanfaat dan berguna khususnya kepada ahli-ahli penggerak Biro Agama dan Kerohanian untuk merancang dan memperkemaskan gerak kerja pada masa akan datang.

Membawa tema "Belajar Sambil Melawat", kami telah mengunjungi tiga buah Institut di Pantai Timur iaitu IPG Kampus Kota Bharu, IPG Kampus Sultan Mizan Besut dan IPG Kampus Dato' Razali Ismail K. Terengganu. Jika sebelum ini perhubungan antara badan dakwah di setiap IPG hanya terhad dan melalui blog sahaja, ternyata lawatan seumpama ini telah membuka lebih luas medium perhubungan dan mengukuhkan lagi ikatan ukhwah islamiyyah antara IPG kami dan IPG-IPG yang dilawati.

Pengalaman selama 3 hari walaupun singkat tetapi sangat bermakna apabila kedua-dua belah pihak saling belajar demi memperkasakan badan dakwah di setiap IPG masing-masing. Syukran kepada sahabat-sahabat Rakan Masjid IPG Kota Bharu, Badan Dakwah Kerohanian Dan Moral IPG Sultan Mizan Besut Terengganu dan Badan Dakwah dan Moral (BADAM) IPG Dato' Razali Ismail Kuala Terengganu di atas sesi perkongsian serta layanan yang cukup istimewa sepanjang kunjungan kami ke IPG antum. Semoga ikatan ukhwah antara kita akan lebih utuh dan berkekalan sampai bila-bila InsyaAllah...

Kami Biro Agama dan Kerohanian IPG Ipoh mengalu-alukan kedatangan antum semua ke IPG kami...

Berikut antara soroton indah sepanjang lawatan kami



Sesi taklimat sebelum bertolak


JK Pengisian memberi taklimat pengisian sepanjang lawatan


Memohon doa diberkati perjalanan dan lawatan kami



Sesi diskusi antara Biro Agama dan Kerohanian IPG Ipoh dan KRM IPG KB


Pemberian cenderahati tanda kenang-kenangan daripada kami


Melawat Masjid Kg Laut, Nilam Puri Kelantan...masjid tertua di Kelantan dan binaannya yang unik tanpa menggunakan sebatang paku


Sesi diskusi bersama IPG Kampus Sultan Mizan Besut

Sesi bergambar bersama lajnah Biro Agama dan Pendidikan IPG Sultan Mizan Besut

Syukran Jazilan...


Sesi diskusi di IPG Dato' Razali Ismail



Sesi bergambar bersama lajnah BADAM IPG Dato' Razali Ismail K. Terengganu


Melawat Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu


Masjid Kristal

::Semoga ahli-ahli Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Ipoh mendapat banyak manfaat daripada lawatan ini dalam usaha untuk memperkasakan Biro demi memberi kesedaran dan penghayatan Islam yang sebenar kepada seluruh mahasiswa IPG Ipoh::

Teruskan Perjuangan Sahabat-Sahabat demi Islam tercinta!!!
More

Friday, July 10

0

Mansuh PPSMI bukan desakan - Tun Abdullah

KUALA LUMPUR 9 Julai - Keputusan kerajaan mengembalikan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu bukan kerana desakan pihak tertentu sebaliknya ia hasil keputusan analisis pelaksanaan dasar itu selama enam tahun.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan tidak boleh dengan serta-merta menukar dasar yang dilaksanakan tanpa membuat pertimbangan sewajarnya walaupun wujud desakan kuat supaya ia dimansuhkan.

Beliau yang bersetuju dengan langkah kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2012 berkata, keputusan itu dibuat setelah dianalisis keberkesanan pelaksanaan dasar itu sejak 2003.

Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diterima berhubung keberkesanan dasar itu, menunjukkan ia gagal.

Kerajaan jelas beliau, harus menjalankan kajian terlebih dahulu untuk memastikan keputusan yang dibuat lebih adil kepada semua pihak.

"Sebelum ini kita banyak mendapat memorandum meminta untuk mengkaji semula, maka kita menetapkan supaya satu kajian dibuat mengikut tempoh pelaksanaan dasar itu iaitu selama enam tahun (2003 hingga 2009).

"Dan semalam keputusan telah dicapai menerusi kajian selama enam tahun itu. Itu membuktikan keputusan semalam dibuat bukan kerana desakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Masjid di Jerman di Muzium Kesenian Islam di sini hari ini.

Info lanjut...

More
0

Kelas Literasi Ilmu


Dengan kerjasama JAPIM, Biro Agama dan Kerohanian JPP IPG Kampus Ipoh telah menubuhkan satu kelas pengajian iaitu Kelas Literasi Ilmu.

Kelas Literasi Ilmu merupakan kelas di mana pelajar-pelajar belajar sesebuah kitab melalui kaedah berguru. Ia juga dikenali sebagai Kelas Pengajian Kitab dan juga disebut Kelas Tafaquh Fid-Deen.

Antara matlamat penubuhan kelas ini ialah:

1. Melahirkan generasi yang mempunyai kefahaman mendalam tentang sesuatu ilmu
2. Meningkatkan penguasaan ilmu agama di kalangan pelatih IPG Kampus Ipoh
3. Mewujudkan golongan yang boleh menyampaikan ilmu yang dipelajari kepada orang lain melalui pengetahuan yang mendalam

Kelas ini akan dibimbing oleh seorang ustaz dari KPLI J-Qaf 2008 iaitu Al-Fadhil Ustaz Syed Mohd Bakri bin Syed Ishak

Kelas akan diadakan pada setiap hari Ahad selepas waktu Maghrib hingga Isyaq. Kelas pertama akan bermula 12 Julai ini.

Sesiapa pelatih IPG Kampus Ipoh yang berminat dan ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan kelas ini bolehlah berhubung dengan individu-individu berikut:

1. Muhammad Firdaus bin Jamaluddin (G7) - 019 5508132
2. Fawwiza bt Shahruddin (G3) - 019 4194190
3. Nur Faiza bt Salikin (TESL A) - 013 4292633
4. Mohd Firdouse bin Samsuddin (TESL B) - 013 5322518

Ayuh Sama-Sama Mencari Kefahaman Ilmu Yang Mantap demi Islam tercinta!!!
More

Thursday, July 9

0

50 Kata-Kata Tokoh Berpengaruh


Penulis : Mohd Dzul Khairi Mohd Noor
Terbitan : Ilham Centre

Tentang Buku Ini:

Buku ini memuatkan 50 kata-kata tokoh Islam terkemuka dalam lipatan sejarah. Ia merupakan himpunan kata-kata yang mampu memberikan motivasi dan semangat untuk para pembaca.

Antara tokoh-tokoh berpengaruh ialah Khalid al-Walid, Sa'ad bin Abi Waqas, Muhammad bin Kannasah, Umar bin Abdul Aziz dan juga Abu Ubaidah bin Amir ar-Jarrah. Selain daripada itu, turut dimuatkan kisah di sebalik terungkapnya kata-kata itu berserta kupasan oleh penulis itu sendiri.

Pendekatan Penulisan :

1. Tidak memasukkan fakta atau kupasan yang lemah daya dan kualiti isinya
2. Menggunakan laras bahasa yang tidak terlalu berat dan bombastik
3. Memanfaatkan beberapa karya berat seperti tulisan Dr Muhammad Sayyid Wakil berkaitan wajah baru dunia Islam, karya Ibnu Khaldun, karya al-Mubarakfuri, al-Kilani, Syed Amir Ali dan ramai lagi.

Siapa Yang Sewajarnya Memiliki Buku Ini :

1. Para pencinta ilmu dan maklumat sejarah yang jarang diselak penceramah biasa
2. Pemimpin persatuan yang mendahagakan kata-kata berpengaruh untuk mempengaruhi pendengar pidatonya
3. Nuqaba yang mahu memotivasi ahli usrahnya dan memperkaya maklumat dalam pemikiran mereka

“Islam sarat dengan tokoh, namun malang ramai kita tidak mengenali mereka yang pernah mewarnai dunia ini dengan semangat luarbiasa dakwah mereka. Sejarah telah mendesak-desak saya agar mengadakan pengembaraan dan kelana ke negara-negara luar. Banyak karya-karya berat telah membuka paradigma dan dogma pemikiran saya yang sempit. Sehingga dengan itu, saya terkena virus penyakit malas bekerja semata-mata kerana rasa ingin membaca dan menulis yang meluap-luap.” – Mohd Dzul Khairi Mohd Noor, Presiden GAMIS

Rujukan :
rijal82.blogspot.com
http://izzahzulaikha.wordpress.com/2009/06/12/karya-sulung-ustaz-dzul/
More

Wednesday, July 8

0

Pembentangan Unit

(Gambar Hiasan)

Hari :
Setiap Rabu

Masa :
Selepas Maghrib

Pembentangan unit ialah slot di mana pelatih-pelatih perlu membentangkan suatu tajuk mengikut unit. Tajuk tersebut telah ditetapkan oleh Lujnah HELWI.

Antara objektif program ini ialah untuk memperkasakan para pelatih tentang isu-isu semasa masa kini di samping memantapkan cara kefahaman mengikut landasan Islam. Malah ia juga sebagai langkah untuk meningkatkan kemahiran penyampaian para pelatih sebagai bakal guru.

Info lanjut...
More
0

Pengisian Harian Pusat Islam Al-Hidayah Semester Ini

Alhamdulillah, seperti mana semester lepas, Biro Agama dan Kerohanian di bawah Lujnah Tarbiah telah berjaya meneruskan pengisian harian Maghrib-Isyaq. Dan untuk semester ini, Lujnah Tarbiah telah membuat sedikit perubahan sesuai dengan keadaan semasa selain menjadikan program pusat Islam tidak membosankan.

Sehubungan itu, kuliah daripada Pensyarah JAPIM hanya akan diadakan pada hari Isnin sahaja dan para pensyarah akan bergilir-gilir menyampaikan kuliah setiap minggu mengikut kepakaran mereka.

Seperti pada hari Isnin lalu, 6 Julai 09, kuliah tahsin al-Quran yang pertama untuk semester ini telah diadakan dan disampaikan oleh Ustaz Mat Idris.

Ustaz Mat Idris Zainal Abidin, pensyarah JAPIM sedang menyampaikan kuliah tahsin al-quran



Semoga usaha ini berterusan, syabas kepada sahabat-sahabat Lujnah Tarbiah dan Lujnah-lujnah lain Biro Agama dan Kerohanian.

Berikut ialah jadual pengisian harian terbaru semester ini:

Isnin
Kuliah JAPIM (Selepas Maghrib)

Selasa
Tadarus (Selepas Maghrib)

Rabu
Pembentangan Unit (Selepas Maghrib)

Khamis
Bacaan Yassin dan Tahlil (Selepas Maghrib)

Jumaat
Kuliah HELWI (Sebelum Jumaat)
Kelas Tahfiz al-Qur'an (Selepas Jumaat)

Ahad
Kelas Taffaquh Fid-Din (Pengajian Kitab - Selepas Maghrib)
More
0

Kongres Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara



Tarikh : 11 Julai 2009

Hari : Sabtu

Tempat : Dewan D8 Putrajaya

Yuran Penyertaan : RM 20.00 seorang


Kertas Kerja dan Pembentang

1) Tema - Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam di IPT

i. Pembentang : Prof Tajul Arifin (UKM)
Tajuk : Pensekularan Sistem Pendidikan Islam di Institusi Pengajian Tinggi – satu kajian

ii. Pembentang : Prof. Dr Sidek Baba (UIAM)
Tajuk : Peranan Pendidikan Islam dalam Pembentukan Mahasiswa Menjadi Pelapis Kepimpinan dan Cencekiawan yang Berintegriti, Cemerlang dan Bersih.

2) Tema - Transformasi Sistem Pendidikan Islam di Sekolah

i. Pembentang : Dr Abd Halim Tamuri (UKM)
Tajuk : Mentaliti Subjek Pendidikan Islam, Subjek Kelas Kedua Di Sekolah – satu analisa

ii. Pembentang : Dato’ Dr Siddiq Fadzil
Tajuk : Halatuju Sistem Pendidikan Islam di Sekolah Sebagai Enjin Pembentukan dan Pembangunan Insan.

Sasaran Peserta

* Wakil Majlis Perwakilan Pelajar IPTA dan IPTS
* Wakil Pensyarah daripada Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Pendidikan di seluruh IPTA dan IPTS
* Wakil Persatuan-persatuan guru-guru seperti NUTP dan NGO berkaitan
* Wakil Kementerian
* Guru besar dan wakil badan pelajar setiap sekolah di Selangor
* Wakil daripada Parti Politik

- Maksimum perwakilan adalah seramai 3 orang untuk satu-satu pertubuhan,
entiti mahupun badan.

Sumber: Islamic Student Club- Royal College of Medicine Perak

Ayuh Tunjukkan Sokongan Anda Kepada Kongress Ini Demi Masa Depan Pendidikan Islam!!!
More

Wednesday, July 1

0

TENTATIF LAWATAN PENANDA ARAS 2009

3 Julai 2009 (Jumaat)

Masa

Aktiviti

10.00 pagi

Berkumpul dan bertolak dari IPGM Ipoh ke IPGM KB

7.00 malam

Tiba di IPGM KB

9.00 malam

Diskusi bersama Rakan Masjid IPGM KB

Bermalam di IPGM KB

4 Julai 2009 (Sabtu)

Masa

Aktiviti

6.00 pagi

Solat Subuh

Urus diri

8.00 pagi

Bertolak dari IPGM KB ke Muzium Islam Kelantan Melawat Pusat Kraf Tangan Kelantan

2.00 petang

Bertolak ke IPGM Sultan Mizan Besut

4.00 petang

Tiba di IPGM SMB

8.00 malam

Dialog bersama Badan Dakwah IPGM SMB

Bermalam di IPGM SMB

5 Julai 2009 (Ahad)

Masa

Aktiviti

6.00 pagi

Solat Subuh

Urus diri

8.00 pagi

Bertolak dari IPGM SMB ke IPGM Dato’ Razali Ismail

9.00 pagi

Tiba di IPGM Dato’ Razali Ismail

10.00 pagi

Dialog bersama BADAM IPGM DRI

2.00 petang

Bertolak dari IPGM DRI ke Taman Tamadun Islam

4.00 petang

Bertolak pulang ke IPGM Ipoh

11.00 malam

Tiba di IPGM Ipoh



Semoga Lawatan ini berjaya mencapai objektifnya, InsyaAllah dan membawa seribu satu manfaat kepada kami khususnya dan semua pelatih IPG amnya
More
Powered by Blogger.