Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)

Friday, March 27

0

Rehlah Cabang Tarbiah

Jika bercakap soal tarbiah, sememangnya satu skop yang berat dan luas untuk diperkatakan dan bukan semua individu mampu memperkaytakannya. Tarbiah terbahagi kepada beberapa segi antaranya tarbiah ruhiyyah, tarbiah jasadiah dan sebagainya. Malah As-Syahid Hassan Al-Banna sendiri telah menggariskan 10 Muwasfat Tarbiah sebagi panduan kepada setiap muslim. 10 Muwasafat tersebut ialah :

1. Aqidah yang sejahtera
2. Ibadah yang sahih
3. Akhlak yang mantap
4. Ilmu pengetahuan yang luas
5. Sihat tubuh badan
6. Mampu berdikari
7. Melawan nasfu
8. Sangat menjaga masa
9. Tersusun urusannya
10. Bermanfaat kepada orang lain

Rehlah atau riadah termasuk dalam Muwasfat ke 5 iaitu sihat tubuh badan. Seorang muslim sejati atau seorang dai perlulah mempunyai tubuh badan yang sihat agar dapat menjaga dan mempertahankan agama ini dari serangan musuh. Musuh Islam akan gentar berhadapan dengan orang Islam yang kuat fizikalnya dan tidak mudah lemah.

Malah Rasulullah sendiri menggalakkan kita beriadah seperti menunggang kuda, memanah dan berenang. Kerana aktiviti-aktiviti tersebut bukan sahaja baik untuk tubuh badan kita tetapi turut memberi manfaat kepada agama.

Rehlah yang berkesan tidak hanya menitikberatkan keseronokkan sahaja semata-mata, tetapi di dalam keseronokan terdapat manfaat yang berguna. Menurut Saidina Ali :

"Apabila kamu berasa letih melakukan kebaikan, ketahuilah bahawa keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akna terus kekal. Tetaoi jika kamu berseronok dengan dosa meka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan terus kekal"



Mandi manda bersama adik-adik usrah


Rehlah dan manfaatkan masa yang ada
More

Tuesday, March 24

0

PERTANDINGAN SYARAHAN PERINGKAT IPGM 2009

TENTATIF PERTANDINGAN SYARAHAN MAAL HIJRAH

ANTARA INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

PERINGKAT KEBANGSAAN 1430H/2009M


PADA 23-27 MAC 2009 INI SEDANG BERLANSUNGNYA PERTANDINGAN SYARAHAN MAAL HIJRAH ANTARA INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 1430H/2009M


PADA KALI INI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH TELAH DIPILIH MENJADI TUAN RUMAH BAGI PENGANJURAN PERTANDINGAN INI.


SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERJAYA KEPADA PARA PESERTA PERTANDINGAN DARIPADA SEMUA IPG SELURUH MALAYSIA.


BERIKUT ADALAH MAKLUMAT MAKLUMAT TENTATIF PERTANDINGAN SYARAHAN MAAL HIJRAH TERSEBUT:


23 MAC 2009 (ISNIN)

MASA


8.00-5.00 PTG

PERJALANAN, PENDAFTARAN HAKIM DAN URUSETIA SERTA

7.00 MLM

KHIDMAT DIRI

SOLAT MAGRIB

8.30-10.30 MLM

TAKLIMAT PERATURAN KEHAKIMAN


24 MAC 2009 (SELASA)

MASA


8.00-5.00 PTG

PERJALANAN DAN PENDAFTARAN PESERTA DI INTIM IPOH UNDI GILIRAN PESERTA PEREMPUAN

7.00-8.30 PTG

KHIDMAT DIRI

SOLAT MAGRIB

8.30-11.00 MLM

TAKLIMAT PENGIRING DAN PESERTA DI INTIM IPOH



25 MAC 2009 (RABU)

MASA


8.00-10.30 PTG

SESI 1

9 PESERTA (P)

10.30-11.00 PAGI

REHAT DAN MINUM PAGI

11.00-12.30 PAGI

SESI 2

9 PESERTA (P)

12.30-2.00 PTG

MAKAN TENGAHARI

SOLAT ZOHOR

REHAT

2.00-4.00 PTG

SESI 3

9 PESERTA (P)

UNDIAN PESERTA LELAKI

4.00-8.30 MLM

REHAT

SOLAT

8.30-11.00 MLM

CERAMAH MAULIDUR RASUL






More
Powered by Blogger.