Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)

Tuesday, February 24

0

Pertandingan Memamcing Peringkat Institut

Alhamdulillah syukur kepada Allah Pencipta Sekalian Alam atas kejayaan satu lagi program Biro Agama & Kerohanian JPP iaitu Pertandingan Memancing Peringkat Institut 09.

Dengan bertemakan "Mesra '09", program yang di bawah perancangan Lujnah Ekonomi Biro Agama & Kerohanian JPP telah berjaya menarik seramai 60 penyertaan daripada kalangan pelatih-pelatih IPGM Kampus Ipoh.


Pertandingan yang membawa objektif merapatkan ukhwah antara pelatih-pelatih IPGM Kampus Ipoh di samping menambahkan dana Biro turut mendapat sambutan dan sokongan daripada pensyarah IPGM Ipoh antaranya Encik Wahid daripada Jabatan PJK telah menyertai pertandingan tersebut. Tidak ketinggalan, pelatih bukan muslim juga turut datang menyaksikan pertandingan tersebut.

Setelah diumumkan pemenang-pemenang di akhir pertandingan, para peserta tidak melepaskan peluang untuk membakar hasil tangkapan mereka dan makan bersama-sama. Tururt hadir Ketua Warden, Encik Suhaimi yang telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.

Banyak kenangan dan pengalaman sepanjang lebih 2 jam pertandingan berlangsung sekaligus memberi peluang kepada para daei' untuk mendekati dan mengenali lebih rapat mad'u dalam persekitaran yang lebih santai. InsyaAllah kita sama-sama rapatkan ukhwah sesama kita agar Islam terus mekar di IPGM Ipoh dan dakwah terus berkembang. Syujran jazilan dan jazakallahu khairan kathira kepada semua yang telah menjayakan program ini secara langsung mahupun tidak langsung. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Semoga kita dirahmati Allah.

"Daei' Penggerak Islah, Penjana Khaira Ummah"


Doa memohon rahmat daripada Allah Taala agar program berjalan lancar




Barisan peserta profesional a.k.a kaki pancing



Peserta amatur mencuba nasib


Hadiah kepada pemenang yang mendapat berat ikan paling berat


Kolam Kenari, Pusat Kajian Luar IPGM Ipoh


Hasil tangkapan peserta


Firma Allah yang bermaksud :

"Dan (Dia lah) Yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). kalaulah Engkau belanjakan Segala (harta benda) Yang ada di bumi, nescaya Engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

(Al-Anfal 63)

"Ukhwah Abadan Abada"


More

Friday, February 13

0

Ceramah Cinta Remaja

Pada 12 Februari 2009 bersamaan hari Khamis, Biro Agama & Kerohanian JPP IPIP 08/09 telah mengadakan satu ceramah bertajuk "Cinta Remaja". Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Paharuddin Arbain dari JAPIM.

Photobucket

Ceramah yang bertujuan memberi kefahaman kepada semua pelatih khususnya pelatih muslim tentang erti cinta menurut Islam. Selain itu, ceramah ini juga adalah salah satu langkah untuk menyangkal kehadiran Hari Kekasih dengan memberi fahaman dan hukum yang sebenarnya menurut Islam tentang hari tersebut.

Photobucket


Photobucket
Pelatih-pelatih muslimin yang khusuk mendengar cerama Ustaz Paharuddin


Alhamdulillah, kehadiran pelatih-pelatih muslim IPIP begitu memberangsangkan. Semoga ceramah sebegini dapat diteruskan lagi di masa hadapan.

Ayuh semarakkan cinta kepada Allah dan Rasul.
More
0

Hari Valentine: Dari Kaca Mata Islam

Photobucket



FATWA HARI VALENTINE


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71, yang telah bersidang pada 24 November 2005 di Kuching, Sarawak juga telah memutuskan bahawa amalan merayakan perayaan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan DILARANG oleh islam.


SEJARAH HARI VALENTINE


Mengikut sejarah mitos, sambutan hari kekasih diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II. Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera. Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka. Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.’


Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine’ sesama pasangan mereka. Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan

dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal tentera.


Photobucket




Maka menyambut Hari Vaelentine seolah-olah kita menurut apa yang diamalkan oleh orang Kristian.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:


“Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.”


Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom.


Rujukan : Majalah Al-Islam


More
Powered by Blogger.