Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)

Saturday, January 17

2

Penggerak Dakwah IPIP Menyusun Strategi







Pada 17 Januari 2009, semua AMT, Ketua Lujnah & Timbalannya telah mengorak langkah, menyusun strategi perjalanan Biro Agama & Kerohanian JPP untuk sesi 2009.

Ini adalah satu komitmen pihak Biro Agama & Kerohanian JPP dalam menyahut saranan Allah Taala:

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh."

(As-Saf 4)

Dalam mesyuarat tersebut, setiap lujnah membentangkan perancangan lujnah masing-masing. Turut hadir pemantau Biro Agama & Kerohanian JPP, saudara Hazwan bin Md Taib merangkap Bendahari Kehormat JPP.

Allah Matlamat Kita!!!


More

Thursday, January 15

0

Dari IPIP Untuk Palestin

Alhamdulillah, tanggal 15 & 16 Januari 2009, Biro Agama & Kerohanian JPP bersama Biro-biro JPP yang lain telah berjaya mengadakan Program Kempen IPIP bersama Palestin. Dengan bertemakan "Peduli Palestin, Jangan Berdiam Diri", program tersebut telah berlangsung dengan jayanya dengan penglibatan yang amat menggalakkan dari pelati-pelatih dan staf-staf IPIP. Program yang membawa objektif kesedaran tentang isu Palestin ini kepada semua warga IPIP agar dapat menyalurkan bantuan mengikut kemampuan masing-masing dan tidak hanya sekadar mendengar sahaja tanpa berbuat apa-apa.

Pameran Palestin


Gambar-gambar Palestin sumbangan Aman Palestin Perak

Pada 15 Januari 2009, satu pameran telah diadakan untuk seluruh warga institut dan pelawat-pelawat dari dua buah sekolah sekitar Ipoh iaitu SMK Hulu Kinta dan Sekolah Raja Perempuan Taayah. Pameran tersebut telah dibantu oleh pihak Aman Palestin Perak sendiri dari segi penyediaan bahan pameran. Selain pameran tayangan video berkaitan Palestin turut diadakan untuk pengunjung.

Perhimpunan Khas

Pada 16 Januari 2009, satu perhimpuanan khas Program Palestin IPIP telah diadakan. Perhimpunan tersebut turut dihadiri oleh Tuan Timbalan Pengarah IPIP. Dalam perhimpunan tersebut, sesi ucapan wakil daripada tiga kaum telah diadakan dengan wakil kaum Melayu telah disampaikan oleh Zulfikri Zamir bin Mohd Munir (PISMK OUM PJ), wakil kaum Cina oleh Rocky (BedTESL cohort 1) dan wakil kaum India oleh Mohan (PISMP IPGM BT Sem 1). Majlis dihangatkan lagi dengan persembahan pentomen dari Kelab Teater IPIP yang telah melakonkan aksi yang cukup memukau dan hebat.

Lakonan Penderitaan Rakyat Palestin oleh Kelab Teater IPIP

Lakonan Dialog antara Pimpinan Hamas dan Fatah

Kekejaman Yahudi diekspresikan dalam bentuk pentomen

Kutipan Tabung Kemanusian Palestin

Isu Palestin bukan lagi isu agama atau bangsa lagi tetapi telah menjadi isu kemanusiaan sejagat. Kekejaman dan kezaliman Yahudi yang menyerang dan meratah hidup-hidup rakyat Palestin tanpa sebab yang musabab telah menyebabkan ramai yang menderita dan memerlukan bantuan. Oleh itu, hasil kerjasama dengan Aman Palestin Perak, pihak jawatankuasa pelaksana telah melancarkan tabung Palestin yang telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah IPIP, Tuan Hj Isa bin Khalid. Alhamdulillah hasil kutipan selama tiga hari telah mencecah sebanyak RM 5000 lebih daripada kalangan pelatih dan pensyarah.

Syukran kepada antum semua, semoga usaha kita mampu membantu saudara seagama di Palestin. Peduli Palestin, Jangan Hanya Berdiam Diri!!!
More

Wednesday, January 14

3

KEMPEN IPGM KAMPUS IPOH BERSAMA PALESTIN : "PEDULI PALESTIN, JANGAN BERDIAM DIRI"

Biro Agama & Kerohanian dengan kerjasama Biro-Biro Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang lain telah merancang aktiviti khas iaitu Kempen IPGM Kampus Ipoh Bersama Palestin bagi menyuarakan keprihatinan dan perasaan ambil peduli akan isu penyerangan Israel kepada bumi Palestin.

Didorong rasa kemarahan dek tindakan Israel yang semakin hari semakin melampau dengan siri serangan ke atas Gaza yang semakin diperhebatkan sehinggan ratusan telah syahid, Biro telah menjemput wakil dari AMAN Palestin Perak untuk menyampaikan ceramah berkaitan Palestin. Di samping itu juga terdapat Pameran berkaitan Palestin dan kutipan tabung kemanusiaan Palestin turut akan digerakkan. Semoga usaha ini bakal memberi kesan dan kesedaran kepada semua terutama warga siswa siswi untuk bangkit menyuarakan rasa tidak puas hati kita kerana kekejaman Israel ini. "Hentikan Pembunuhan, Selamatkan Palestin"

Tentatif

Khamis, 15 Jan 2009

9.00 pagi : Pameran Palestin

3.00 petang : Ceramah bertajuk "Palestin Terancam" - (Pelajar-pelajar sekolah menengah sekitar Ipoh)

7.15 malam : Solat Maghrib
Ceramah bertajuk "Palestin Terancam" - (Pelatih muslim IPGM Ipoh)


Jumaat, 16 Jan 2009

7.45 pagi : Perhimpunan bermula

8.00 pagi : Ucapan untuk Palestin (wakil 3 kaum : Melayu, Cina & India)

8.30 pagi : Persembahan Pentomin

8.45 pagi : Pelancaran Tabung Kemanusiaan Palestin


"SEMUA WARGA IPGM IPOH DIJEMPUT HADIR"
More

Thursday, January 8

0

SAMBUTAN ASYURA & CERAMAH MAAL HIJRAH 1430 H


Tarikh : 8 Januari 2009 (Khamis)


Tempat : Surau Al-Hidayah IPIP


Aturcara :


2.30 ptg - Gotong-royong memasak bubur asyura

7.10 mlm - Iftar

7.40 mlm - Solat Maghrib berjemaah

8.00 mlm - Ceramah

Penceramah : Al-Fadhil Hj Mohd Azam Bin Hamzah
(Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bah. Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Perak)

Tajuk : "Hijrah Menjana Pendidikan Ummah"

9.15 mlm - Solat Isyaq berjemaah
10.00 mlm - Bersurai


Salam Maal Hijrah, Jom Meriahkan, Semua Muslimin Muslimat Dijemput Hadir
More
Powered by Blogger.