Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)

Monday, December 22

0

Jihad Semangat vs Jihad Ilmu

JIHAD SEMANGAT VS JIHAD ILMU[1]
Kesempatan melawati blog kawan-kawan yang lain kadang-kadang ada bagusnya juga, dengan membaca hasil penulisan dan fikrah kawan-kawan yang lain dapat juga kita mengukur tahap kualiti penulisan dan kekreatifan penulisan kita.Disamping boleh juga kita menambahkan ilmu dan maklumat.Tak kurang juga blogger dan webmaster yang senior-senior, kalian memberikan tunjuk ajar untuk saya terus menulis.Dan yang paling penting saya berpedoman dengan hadith Nabi sallallahu`alaihwasallam:
من دعا إلى هدى ؛ كان له من الأجر مثل أجور من تبعه ؛
لا ينقص ذلك من أجورهم شيئا ومن دعا إلى ضلالة ؛ كان عليه من الإثم مثل آثام
من تبعه ؛ لا ينقص ذلك من آثامهم شيئا
Barangsiapa yang menunjukkan jalan ke arah petunjuk, maka baginya ganjaran(pahala) sama seperti ganjaran sesiapa yang mengikutinya,malah tidak mengurangi sedikit pun daripada ganjarannya dan barangsiapa yang menunjukki ke arah kesesatan, maka baginya dosa seperti dosa sesiapa yang mengikutinya, malah tidak mengurangi sedikit pun daripada dosa-dosanya.[2]
Alhamdulillah, semakin hari semakin bertambah blog-blog dakwah, bermacam-macam warna, bentuk, fikrah, menu dan citarasa yang boleh kita dapati.Setakat pemerhatian saya sangat banyak blogger-blogger muda yang seusia saya yang mula berjinak-jinak dengan arena blog ini.Cuma saya ingin mengigatkan tujuan utama kita blogger-blogger muslim bukanlah sama seperti blogger-blogger yang non muslim, ataupun separa muslim.Tujuan utama kita menulis ialah untuk menegakkan kebenaran, memberikan petunjuk kepada kebenaran, menyebarkan dakwah Islam, menyuruh kepada ma`ruf dan menegah daripada kemungkaran.BUDAYA COPY PASTE
Apabila dikatakan kemungkaran ramai dikalangan kita yang Nampak ianya hanya berzina, mencuri, rasuah, minum arak dan sebagainya, namun apabila dikatakan menciplak, copy paste hasil kerja orang lain kemudian mengaku hasil kerja sendiri maka ianya seakan-akan bukannya kemungkaran.Maka seharusnya para blogger muslim perlu peka terhadap masalah ini.Saya teringat seorang hamba Allah yang menegur saya ketika saya membuka blog saya.Dia menyapa saya kemudian dia bertanya: “ Engko tulis sendiri ke semua ni?”.Saya jawab: “ Ya!” “Sekali dengan nota-nota kaki ke?” tanya dia lagi. Saya jawab: “ Ya!” “Saya pun ada blog juga, tapi copy paste je artikel-artikel, bukan apa, tak ada masa nak tulis-tulis ni!” tambah hamba Allah tu lagi.Sepatutnya blogger-blogger mempunyai kehendak yang kuat untuk menulis dan ianya perlu datang dari qalbun `amiiq[3], bukan hanya ikut-ikutan atau budaya bila ramai orang buat blog akupun nak buat juga, tanpa memikirkan kemampuan dirinya dan masa untuk menguruskan blog.Ingatlah apa yang kita tulis akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah subhanahuwata`ala kelak.[4]
AMANAHBagi golongan yang berdegil nak copy paste hasil kerja orang lain juga, saya syorkan agar meyertakan link atau alamat web atau blog yang diambil artikel disitu.Ini adalah kaedah yang paling mudah dan paling penting selamat daripada dosa.Bayangkan jika artikel yang kita copy adalah artikel syiah ataupun ajaran sesat yang tidak pasti akan kesahihannya maka kita juga turut sama akan mendapat saham di akhirat kelak akibat kesesatan yang turut kita sebarkan.Ingtlah malaikat sentiasa mencatat setiap apa yang kita lakukan.JIHAD SEMANGAT VS JIHAD ILMUSaya teringat pengajian hadith Shahih Bukhari yang saya ikuti setiap hari sabtu di Bangunan Tabung Haji[5].Satu hadith ni mungkin boleh menjadi perungkai kepada kesamaran kita selama ini terhadap konsep jihad yang sebenar dalam Islam.
عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَجَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْقِتَالُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَإِنَّ أَحَدَنَا يُقَاتِلُ غَضَبًا وَيُقَاتِلُ حَمِيَّةً فَرَفَعَ إِلَيْهِ رَأْسَهُ قَالَ وَمَا رَفَعَ إِلَيْهِ رَأْسَهُ إِلَّا أَنَّهُ كَانَ قَائِمًا فَقَالَ مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ
Daripada Abi Musa, Beliau berkata: “ Ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah sallallahu`alaihwasallam, dia bertanya: “ Wahai Rasulullah! Apakah itu perang Fi sabilillah? Kerana kita kadang-kadang berperang dengan marah dan kadang-kadang hanya dengan semangat.” Nabi sallallahu`alaihwasallam mengangkatkan kepalanya kepada orang itu- baginda tidak mengangkatkan kepalanya melainkan kerana orang itu sedang berdiri- lalu menjelaskan: “ Sesiapa yang berperang supaya ajaran Allah menjadi tinggi, dialah yang berperang Fi sabilillah.”[6]
Jihad dari segi bahasa ialah bersungguh-sungguh atau tekun, dari segi istilahnya syariat ialah menyeru kepada agama yang benar(Islam), dan memerangi sesiapa yang tidak menerimanya( yang menzahirkan pemusuhan terhadapnya)[7]. Menurut Ibn Hajar jihad ialah berusaha(hingga sanggup berkorban) memerangi golongan kuffar( yang memerangi Islam).Abu Darda` radiallahu`anhu berkata:
" إِنَّمَا تُقَاتِلُونَ بِأَعْمَالِكُمْ "Seungguhnya kamu berjihad(berperang)dengan amalan-amalan kamu [8]
Jihad dalam syariat juga dikaitkan dengan usaha kita bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu, dengan menuntut ilmu, kemudian beramal dengannya, kemudian mengajarkannya kepada orang lain.[9]Jihad melawan syaitan pula ialah dengan berusaha melawan syubhat-syubhat[10] dalam agama dan apa yang menghiasi syahwat.
Sepatutnya kita perlu meneladani sikap salaful ummah[13] dan mendahulukan ilmu di atas semangat.Mereka sentiasa berpedoman kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah sallallahu`alaihwasallam,bukan berpedoman kepada perlembagaan parti atau ketua-ketua yang tidak ma`sum[14].
Justeru marilah kita sama-sama berjuang menegakkan kalimah dan ajaran Allah di dalam diri kita, keluarga kita, kawan-kawan, masyarakat dan Negara. Kita bina daulah dalam diri kita.Dan aku teringat ketika aku menghadiri kuliah Syeikh Salim Ied al-Hilali[15] di Kajang.Beliau berpesan kepada pemuda-pemudi : “ Isytaghillu bil `ilmi !” ( “ Sibukkan diri kamu dengan ilmu!!)Faqir ila Allah,Abu Ayyub Muhammad Fashan b.Ahmad Ziadi19 November 200807:44 a.mTaiping, Perak
[1] Metologi penulis adalah metodologi penulisan secara ilmiah[2] Riwayat Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibn Majah lihat Silsilah as-Shahihah, al-Albani no: 865
[3] Lubuk hati yang dalam ataupun semangat yang kuat[4] Al-Isra`[17] :36[5] Pengajian disampaikan oleh Maulana Mohd Asri Yusof, moga Allah memelihara dan menjaganya.
[6] HR Bukhari no: 120 ( Bab orang yang bertanya sambil berdiri seorang `Alim yang sedang duduk)[7] Al-Qamus al-Fiqhi juz 1 hlm 71, edisi Maktabah Syamilah cetakan ke.2[8] Fathul Bari bi Syarh Shahih al-Bukhari, Ibn Hajar al-`Asqalani jilid 8 hlm.401 edisi maktabah Syamilah cetakan ke2[9] Al-Qamus al-Fiqhi juz 1 hlm 71, edisi Maktabah Syamilah cetakan ke.2[10] Kesamaran.Seperti masalah syirik,bid`ah dan khurafat yang menjadi samar bagi mereka yang tidak menuntut ilmu.
[11] Cara Demonstrasi bukanlah berasal dari Islam tapi ianya jelas berasal dari barat. Sila rujuk tulisan berkaitan demonstrasi dalam Islam.[12] Sila rujuk Buku Sejarah Pemikiran 1 Sumber Ilmu, Perbandingan Ideologi Dan Orde Baru Dunia oleh Sulaiman Noordin.[13] Mereka ialah golongan para sahabat, tabi`in, tabi` tabi`in dan ulama yang diiktiraf oleh Allah dan Nabi sebagai sebaik-baik generasi.[14] Terpelihara dari dosa dan kesilapan.[15] Beliau merupakan seorang ahli Hadith lahir di Palestin, merupakan anak murid utama al-Albani. Moga Allah merahmati dan memeliharanya.

#Article ini dipetik daripada blog Abu Ayyub Muhammad Fashan b.Ahmad Ziadi b.Ibrahim
More

Friday, December 19

1

Gerbang Perkahwinan, Gerbang Dakwah

Tuntutan Perkahwinan

Alam Perkahwinan merupakan alam yang perlu ditempuh oleh setiap orang yang bergelar hamba Allah yang beriman kepada-Nya dan Nabi Allah, Muhammad S.A.W. Kerana Rasulullah bersabda bahawa bukan dari golonganku sesiapa yang tidak berkahwin. Jelas kepada kita akan pentingnya tuntutan perkahwinan dan melalui perkahwinan juga skop medan dakwah menjadi semakin luas dan mencapah. Itu pun jika kita mengetahui akan besarnya hikmah membentuk keluarga muslim atau Baitul Muslim.

Sesunggunhya Allah telah memberikan ni’mat kepada hamba-hambaNya dengan disyari’atkannya perkawinan, kerana di dalamnya terdapat kebaikan yang banyak dan penuh kebaikan.

Allah swt berfirman:

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaannya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tentram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-rum 21).

Bahkan di IPIP sekalipun, dunia perkahwinan adalah antara perkara terpenting yang harus difikirkan oleh pelatih-pelatih guru IPIP terutama pelatih yang hanya tinggal 2 semester berbaki dana para pelatih KPLI yang akan mula mengajar di sekolah-sekolah. Malah saya sendiri baru menghadiri majlis walimaturus seorang bekas pelatih KPLI IPIP beberapa hari yang lalu. Alhamdulillah, para pelatih kita sedar akan hikmah besar mendirikan rumah tangga daripada bercinta atau ‘bercouple’ selama bertahun-tahun tanpa ikatan yang sah. Sedangkan fatwa ulama’ sendiri telah mengharamkan percintaan sebelum kahwin dan ‘bercouple’.

Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.

Manakala, Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram? Jawab beliau; Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya.


Pemilihan Pasangan Menurut Islam

Sebenarnya pembentukan keluarga Islam atau Baitul Muslim adalah salah satu daripada langkah besar dakwah yang akhirnya akan membentuk masyarakat Muslim dan pemerintahan Islam atau Daulah Islamiyyah. Kerana melalui keluargalah akan lahir para mujahid mujahadah Islam yang sanggup membela Islam jika dididik dan dicorakkan dengan ajaran islam sebenar. Oleh itu, pemilihan suami atau isteri juga matlah penting Rasulullah bersabda:

"Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana tarafnya, keturunannya dan pangkatnya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengambil wanita yang beragama supaya kamu berbahagia".

Walaubagaimanapun, memilih pasangan dari aspek agama adalah paling penting. Kerana ramai pendakwah atau dai’ yang begitu hebat berdakwah di kampus tiba-tiba lenyap apabila berkahwin terutama muslimat. Antara faktornya ialah mereka berkahwin dengan pasangan yang berlainan fikrah. Syukur kepada Allah jika lelaki yang meminangnya mengetahui akan kepentingan berdakwah dan tidak terhad di kampus dan kepada lelaki sahaja. Adalah malang sekali jika jejaka yang masuk meminangnya bukan dari kalangan orang yang memahami dakwah dan jamaah, sekalipun dia kelihatan warak, baik, penyantun dan sebagainya. Perlu diingat, isteri wajib taat kepada suaminya.

Kunci kebahagian pasangan suami isteri di dunia dan akhirat ialah ketaqwaan kepada Allah kerana dengan demikian akan tumbuh suatu keluarga yang baik, sebagaimana akan tumbuh suatu masyarakat muslim yang bahagia.

Allah swt. berfirman tentang beberapa sifat para hambaNya :

“Dan orang-orang yang berkata : ‘Ya Robb kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (al-furqan: 74).


Kepentingan Perkahwinan Dalam Dakwah


Kepentingan perkahwinan dalam meneruskan gerakan dakwah adalah sangat penting. Berkahwin sepatutnya menjadikan suami lebih memahami Islam untuk disampaikan kepada isterinya dan isteri sepatutnya mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang bertaqwa dan beriman kepada Allah. Oleh itu janganlah seorang lelaki memilih pasangan yang akan menjadi teman hidup kita adalah kerana rupa paras semata-mata, kerana kekayaan semata-mata dan kerana keturunan semata-mata sebaliknya meminggirkan pegangan agamanya. Demikian juga puteri Islam yang sejati, tidak wajar dan tidak patut menerima sebarang jejaka untuk menjadi pasangan hidupnya kecuali seorang muslim yang sejati yang menjadi pendukung dakwah Islam. Iaitu seorang penganut aqidah yang sahih yang bertakwa kepada Allah. Si isterinya pula dapat menolongnya untuk taat setia kepada Allah dan mencapai keredhaan Allah. Dengan cara yang demikian kita telah berjaya membangunkan sebuah keluarga Islam yang akan menjadi markas dakwah dan jihad Islam.

Dari Abu Hurairah t berkata : Rasulullah r bersabda :

“Orang mu’min yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik terhadap para isterinya.” (Riwayat Turmizi, dan katanya : hadits hasan shahih).

Kelansungan usaha dakwah hanya akan berlaku jika pasangan yang dipilihnya memahami tuntutan dakwah itu sendiri. Dengan itu, anak-anak yang dilahirkana nanti bakal penerus usaha ibu bapa mereka. Oleh itu, ambillah iktibar kata-kata hikmah ini:

Akhir kalam, semoga kita terus istiqamah dalam menegakkan ma’ruf dan mencegah yang mungkar walaupun kita telah bergelar suami mahupun isteri. Kepada pelatih-pelatih IPIP terutama bekas pelatih-pelatih KPLI, selamat mengharungi dunia rumah tangga dan selamat pengantin baru daripada warga Biro Agama & Kerohanian.

p/s: Alhmadulillah, abang Lutfi, bekas timbalan pengerusi Biro Agama & Kerohanian sesi lepas telah selamat diijab kabulkan dengan pasangannya pada 13 Disember lepas. Semoga berbahagia ke akhir hayat dan istiqamah dalam perjuangan.
More

Wednesday, December 17

1

PERTANDINGAN MEMANCING PERINGKAT INSTITUT 09

MESRA ‘09

PhotobucketPhotobucket


Tarikh : 21 Februari 2009 (Sabtu)

Tempat : Kolam Nuri, Pusat Kajian Luar, IPGM Kampus Ipoh

Anjuran : Biro Agama & Kerohanian JPP IPIP 08/09

Masa : 8 pagi- 12.30 t/hari


Syarat Pertandingan

1. Kategori :

-Amatur (RM 9) - Joran, mata kail dan tali pancing disediakan oleh Urusetia

- Profesional (RM 6) - Joran Sendiri (mata kail & tali pancing disediakan Urusetia)

- Umpan tidak disediakan

Kumpulan yang ingin bertanding perlu memilih salah satu kategori

2. Setiap peserta terdiri daripada 3 orang dalam satu kumpulan

3. Kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum diberi markah bonus 5 mata.

4. Peserta perlu berada di tapak pertandingan 15 minit lebih awal.

5. Hanya 20 kumpulan terawal akan diterima untuk bertanding.


Penyertaan Terbuka Kepada Semua Pelatih IPIP unit E, F, G, H, TESL & OUM Termasuk Pelatih Bukan Muslim

Gerai Jualan Turut Dibuka Pada Hari Tersebut!


Sesiapa yang berminat dan inginkan informasi lanjut bolehlah berhubung kepada:

1) Nazim Mustapah (PISMK OUM PJ) - 012-4830702 / 019-4194215

2) Nor Nadia Fadzleen bin Ab Rahman (PISMK OUM PJ) - 012-9615504 / 019-9967128


Tarikh Tutup Penyertaan Ialah Pada 20 Februari 2009 (Jumaat)


JOM RAMAI-RAMAI SERTAINYA!!!



More

Thursday, December 11

0

Jadikan Melancong Sebagai Satu Ibadah


Saya pasti ramai antara kita pelatih-pelatih IPG khususnya pelatih-pelatih IPIP menghabiskan masa cuti ini dengan melancong ke tempat-tempat menarik samada dalam negara mahupun luar negara. Jika bukan melancong dengan keluarga, mungkin menyertai program-program tertentu di tempat-tempat menarik. Melancong atau makan angin merupakan salah satu aktiviti yang menyeronokkan selain ramai yang mendefinisikannya sebagai aktiviti untuk melepaskan tekanan dan berehat setelah penat bekerja. Islam tidak pernah melarang umatnya melancong asalkan ianya tidak melanggar syarak atau membawa kepada dosa. Oleh sebab itu, di dalam Islam turut menggariskan beberapa perkara yang perlu dititik beratkan oleh setiap muslim agar aktiviti melancong yang dilakukan tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Tujuan Melancong
Firman Allah (SWT) yang bermaksud:

“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)

Menghayati dan Mensyukuri Keindahan Alam Ciptaan Allah Taala

Jelas kepada kita Islam menganjurkan umatnya menjelajah dan meneroka alam ciptaan Allah yang indah ini kerana itulah tujuan alam ini diciptakan dengan begitu indah tanpa sebarang cacat cela agar manusia bersyukur dan menghargainya. Apabila kita mensyukuri nikmat kurniaan Allah ini, lahirnya rasa keimanan kepada Maha Pencipta dan terjauhlah kita dari sifat-sifat tercela. Oleh sebab itu, tujuan melancong kita pelulah jelas di mana selain untuk menenangkan fikiran dan berehat, kita juga ingin menikmati dan seterusnya mensyukuri akan hebatnya ciptaan Allah yang tiada tandingannya. Janganlah kita melancong sekadar ingin berhibur dan bersuka-suka. Malah lebih teruk lagi kita melancong di tempat-tempat maksiat. Keseronokan yang diselaputi maksiat menjadikan aktiviti melancong tersebut haram dan dimurkai Allah.


Allah menciptakan alam ini dengan pelbagai jenis, bentuk dan persekitaran agar manusia dapat melihat, berfikir, mendengar dan meluahkan rasa syukur dan kagum akan ciptaan-Nya. Orang yang beriman akan bertambah imannya setiap kali melihat keindahan dan kelainan ciptaan Allah.

Jaga Akhlak dan Aqidah Kita Semasa Melancong

Firman Allah (SWT) yang bermaksud:

“Ditimpakan kehinaan di mana saja mereka berada, melainkan mereka yang menjaga hubungan dengan Allah (SWT) dan hubungan dengan manusia.” (Surah Ali Imran, ayat 112)

Semasa melancong juga kita diseru agar tidak berkelakuan buruk apatah lagi melibatkan diri dalam kehinaan seperti berkelakuan sumbang dan bertentangan dengan ajaran Islam. Malah nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, tolong-menolong dan menjaga kebersihan adalah dituntut sama sekali. Kepentingan ilmu agama sangat penting kepada setiap antara kita dan ilmu ini perlulah sentiasa diperbaharui. Ini kerana ilmu-ilmu berkaitan Islam dapat memandu kita dalam melakukan sesuatu agar tidak bertentangan dengan Islam dan menyelamatkan aqidah kita dari dirosakkan oleh anasir-anasir todak baik.

Jadikan Melancong Sebagai Medium Meningkatkan Ilmu

Kita sedia maklum bahawa menuntut ilmu adalah satu ibadah. Namun kita tidak harus sempitkan pemikiran kita dengan mengaitkan pemerolehan ilmu hanya jika dada seorang guru mengajar dan memerlukan buku-buku. Sebaliknya, ada ilmu yang tidak terdapat di dalam buku tetapi diperoleh melalui pengamatan terhadap alam semulajadi iaitu melalui penerokaan dan pengembaraan.

Mempelajari Sesuatu Yang Baru di Tempat Yang Dilawati

Melancong sepatutnya menjadikan kita belajar atau mengerti akan sesuatu tempat yang kita lawati samada dari segi sosiobudayanya, persekitarannya dan adat-adat di sesuatu tempat. Barulah pelancongan kita itu bermanfaat. Pelancong seharusnya menggunakan kesempatan untuk mencari sesuatu yang baik sebagai tujuan supaya dapat dilakukan atau ditiru di tempat sendiri. Islam menggalakkan umatnya menimba sebanyak pengalaman untuk dimanfaatkan ke arah memperbaiki diri serta kehidupan.

Bak kata pepatah "Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan". Jika diambil iktibar daripada kisah-kisah sahabat, Islam berkembang sehingga 1/3 dunia kerana usaha dakwah tidak berlaku setempat sebaliknya mencapah ke seluruh pelosok dunia. Malah kebanyakan para mujahidin Islam tidak meninggal di bumi kelahiran mereka tetapi di tempat lain. Peristiwa penghijrahan Rasulullah S.A.W. juga boleh dikaitan dengan pentingnya merantau untuk meningkatkan pengetahuan. Rasulullah pernah menghantar sahabat baginda ke Habsyah dan tempat-tempat lain bagi tujuan meninjau dan mencari peluang untuk Islam bertapak dan berkembang di situ sebelum berhijrah ke Madinah.

Sejarah juga pernah mencatat bagaimana negara Jepun mencapai kemajuan yang pesat hingga kini ialah dengan menghantar rakyat mereka melanjutkan pelajaran ke negara Barat dan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di negara asal mereka. Begitu juga bagaimana pedagang-pedagang Arab yang merantau saentero dunia mencari pasaran terbaik untuk mengembangkan perniagaan mereka. Malah jangan kita lupa melalui pengembaraan perdagangan juga Islam disebarkan.

Mengambil Pengajaran Daripada Tempat Yang Dilawati

Melancong juga memberi kesempatan untuk melihat masyarakat sekitar. Melalaui melancong, kita dapat melihat masyarakat yang dirundung kemunduran, perbalahan sesama sendiri dan masalah jenayah yang berlelusa. Apa yang dilihat itu dapat memberi pengajaran untuk melihat dalam diri sendiri. Kita akan berasa bersyukur dapat hidup di negara aman damai ini. Kita perlu insaf mempelajari perkara baru sepanjang pengembaraan. Allah memberi peringatan mengenai setiap apa yang menimpa manusia adalah untuk memberi pengajaran kepada masyarakat muslim lain dan juga merupakan hasil kelalaian manusia mematuhi apa yang ditetapkan ajaran agama. Ringkasnya, melancong ialah sebahagian daripada proses pembelajaran.

Walaubagaimanapun, semuanya terletak pada niat. Hayati hadith Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya”. (Bukhari, Muslim)


Jika kita berniat melancong untuk perkara kebaikan, nescaya setiap perbuatan kita akan diberkati oleh Allah S.W.T dan sebaliknya jika kita berniat kepada perkara-perkara keburukan.

Oleh itu, Islam telah mengajar kita iaitu sebelum melakukan apa-apa hendaklah disertai dengan doa dengan harapan Allah melindungi kita dalam apa jua yang kita lakukan. Sebelum pergi melancong digalakkan kita berdoa kepada Allah Taala agar pelancongan kita itu bukan suatu pekerjaan yang sia-sia tetapi merupakan satu ibadah kepada Allah Taala. Ayuh sama-sama jadikan aktiviti melancong kita sesuatu yang diberkati Allah.


Saya mewakili Biro Agama & Kerohanian IPIP mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelatih IPG khususnya pelatih-pelatih IPIP. Selamat melancong!!!

p/s: jangan pula sampai kita terleka dengan cuti ini, tingkatkan juga amalan kita kepada Allah.
More
Powered by Blogger.