Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)

Thursday, November 20

0

Hikmah Ibadah Qurban

Keutamaan

1. Melaksanakan Tuntutan
Diriwayatkan oleh at-Tairmidzy dan Ibnu Majah dari A'isyah bahawa Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud:

"Tiada satu amalan anak Adam di hari Nahar(hari menyembelih qurban) yang lebih disukai oleh Allah S.W.T. selain dari menyembelih qurban. Binatang qurban itu pada hari kiamat akan datang dengan cukup segala anggotanya, tanduk, kulit dan bulunya. Dan darah sembelihan itu akan tumpah ke suatu tempet yang disediakan oleh Allah S.W.T. sebelum jatuh ke bumi."

2. Menambah Amalan Kebajikan
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

"Orang beriman berqurban itu akan dikurniakan bagi setiap bulu binatang qurbannya dengan satu kebajikan"

3. Sebagai Kafarah
Sabda Rasulullah kepada Fatimah RA yang bermaksud:

"Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya dengan titisan darah yang pertama itu akan diampunkan dosa-dosamu yang telah lalu"
(Hadith Riwayat al-Bazzar dan Ibn Hibban)

Keperluan untuk Ummah


Kesyumulan Islam yang merupakan rahmat keseluruh alam memperlihatkan hikamh di sebalik ibadah Qurban. Terdapat beberapa hikmah di dalam pelaksanaan Qurban dan Aqiqah yang memenuhi keperluan ummah:

1. Membudayakan syiar Islam di dalam kehidupan dengan menunaikan ibadah qurban dan aqiqah.
2. Pelaksanaan qurban dan aqiqah dibuat di Negara yang lebih memerlukan seperti Kemboja, Bangladesh, Filipina dan Sri Lanka.
3. Daging sembelihan dapat dirasai oleh mereka yang memerlukan dan mengharapkan.
4. Mengukuhkan hubungan sesama umat Islam serantau dengan pelaksanaan ibadah Qurban dan Aqiqah di pelbagai negara.
5. Menimbulkan rasa insaf dan sedar di kalangan umat Islam bahawa mereka sentiasa diberi perhatian oleh saudara sesagama mereka.



More

Saturday, November 15

0

APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM?



TAJUK : Apa Ertinya Saya Menganut Islam?
PENULIS : Fathi Yakan
PENERBIT : Dewan Pustaka Fajar


Agama Islam mempunyai penganut yang paling ramai di dunia. Namun begitu, ramai di kalangan umat Islam tidak memahami hakikat sebenar menjadi seorang penganut agama Islam. Salah satu sebab mengapa perkara ini berlaku adalah kerana mereka dilahirkan oleh kedua ibu bapa yang muslim dan menerima Islam sebagai warisan. Buku 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam' ini merupakan cetusan daripada pengalaman dakwah penulisnya, Ustaz Fathi Yakan. Ianya disusun supaya umat Islam dapat memahami dengan mudah apakah hakikat sebenar menjadi seorang Muslim. Buku ini dibahagiklan kepada dua bahagian.

Bahagian Pertama
Menerangkan sifat-sifat yang seharusnya ada pada setiap orang yang menganut agama Islam.

Bahagian Kedua
Menerangkan kewajipan beramal dengan amalan-amalan Islam serta kewajipan menggabungkan diri di dalam harakah Islamiah.

Amat penting untuk kita selaku umat Islam, memahami tentang agama yang kita yakini ini. Impaknya, kita dapat sama-sama memperbaiki diri ke arah menjadi seorang Muslim yang sebenar-benar Muslim, bukan Muslim warisan, atau Muslim tempelan. Insya-Allah..

Firman Allah,
"Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu untuk bermain-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami, maka Maha Suci Allah raja yang sebenarnya tiada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) arasy yang mulia."
(Al-Mukminun: 115 - 116)

More
Powered by Blogger.