Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Imran:104)

Sunday, August 31

0

Program Ihya Ramadhan...

Assalamualaikum... Nampaknya esok kita akan menyambut kedatangan Ramaadhan yang dirindui. Pelbagai program sempena ihya' Ramadhan telah disusun bagi memeriahkan bulan yang penuh barakah ini.. Antara program yang bakal dijalankan adalah majlis berbuka puasa yang akan dikelolai oleh setiap unit yang telah dibahagi mengikut hari, Tadarus al-Quran, Qiamullail, Majlis bersahur, dan perkara yang tak kan dilupai setiap kali Ramadhan tiba yakni solat terawikh secara berjemaah. Diharapkan semua warga IPIP dapat sama-sama mengimarahkan surau al Hidayah di sepanjang Bulan Ramadhan ini. Ana mewakili Biro Agama Dan Kerohanian Institut Perguruan Ipoh mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh warga Institut Perguruan Ipoh serta semua warga IPG walau dimana anda berada. Semoga kita semua memperolehi puasa yang mabrur dan segala amalan kita diterima olehNya.. InsyaAllah. Disamping itu marilah kita sama-sama mendidik nafsu kita agar lebih terjaga daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah. carilah malam lailatul qadar yang merupakan malam yang dijanjikan oleh Allah buat hambaNya yang khusyu' dan taat kepada perintahNya..

Sesungguhnya di bulan Ramadhan itu awalnya Rahmah..
Pertengahannya Keampunan..
Dan diakhirnya bebas dari api neraka...
InsyaAllah..
More
Powered by Blogger.